Sunday, April 13, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan nak mengupdate belog..
Lama sangat tak bukak blog since November 2013..
SO.. this is the first post from ain for 2014..
Busy sangat dengan study, family...
InsyaALLAH, ain akan cuba perbaiki lagi blog nih...
hehehehheee..


Friday, November 15, 2013

Kembali Bernyawa...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni den berkesempatan nam mengupdate belog den ni ha.....
Rasanya kalau rumah, mesti dah ada hantu raya, jembalang dan seangkatan dengannya..hikhik..
Almaklumlah, semester 5 nih, ain terlampau sebok sesangat.. dengan presentation, proposal fyp lah.. assignment lah...
Hishhh... siapa lah susun jadual kelas nih,,, tak praktikal langsung.. subjek hardcore sume dia letak dekat tahun akhir..
Deme tu dok tau ke yang den ni dah separoh nyawa nak buat semua tu...

Tapi.. its ok.. ain akan cuba sedaya-upaya untuk laksanakan.. itu misi ain.. hahahahaaa.. macam poyo je.. macam poyo je.. hahahaa

InsyaALLAH, ada masa, den update lagi.. kesian dengan blog den ni ha,,, tak bernyawo jo...
Den kuor dulu lah yo..

Wassalam..

Friday, May 31, 2013

Mimpi mainan tidor...



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, harini berkesempatan lagi nak mengupdatekan..

Biasalah, cuti-cuti ni pun banyak kerja menimbun..

Assignment lah, test lah, presentation lah..

Semua sekali lah... dah macam nasi kandar dah.. hahahaha..

Tiba-tiba harini tersa macam berdebar-debar and nak tersenyum je..

Bukan apa, semalam mimpi best..

Tak sangka boleh mimpi dengan orang  ain minat..  hahahaha..

Tu yang tersenyum je kalau buat assignment..

Hahahaha.. mimpi orang yang kita admire.. mesti lah serunuk...

Ain rasa, korang pon pernah lalui macam ain kan.. hahaha..

Mimpi sal apa dengan orang tu, secret.. hahahaha..

Tapi totally, watak utama dalam cerita mimpi tu, ain dengan dia lah kan..

Hehehe.. so, saja je ain nak chot chet kat belog nih..

Nak cerita kat member macam segan silu lah pulak.. hahahaha..

InsyaALLAH, kalau ada pape lagi.. ain setory mory..

Wassalam.

Thursday, May 30, 2013

Keserabutan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan nak mengepost kat belog ni..

Alhamdulillah, cuti kali ni, mindmap untuk Biotek dah settle..

Kali ni dapat yang senang sedikit berbanding yang lepas...

Ini adalah hasil selepas membuat mindmap..

Ini peneman sepanjang ain membuat mindmap..


Selepas kerja menyiapkan mindmap.. ni dah siap kemas.. yang belum kemas punyer.. tak sempat nak snap...lagi macam tongkang pecah..

Bestpren pulak mintak tolong update belog dia..



Ini hasil sepetang di surau kampus..

Sini je yang ada line wifi.. hehhe..

Oklah.. tu je yang nak kongsikan..

Wassalam

Wednesday, May 22, 2013

Dalam Ingatan - Almarhumah Nur Farhana Binti Rahmat


Assalamualaikum..

Harini 21hb Mei 2013, hari lahir Almarhumah Nur Farhana binti Rahmat. 

Dah nak hampir setahun pemergian arwah. 

Ya ALLAH, terasanya hati ini dengan pemergian Kak Farah. Batapa rindunya hati ini dengan arwah. 

Aku ibarat adik kepadanya. Kalau dah namanya adik, hati mana yang tak terasa akan kehilangan dia. 

21tahun aku hidup dengan dia walaupun bukan selalu bersama.

Kami ibarat kembar yang berbeza fizikal. Masih segar di ingatan aku ini, kami sering bercerita tentang waktu kecil kami. 

Duduk berdua di beranda rumah atok, bercerita sakan waktu kecil-kecil dulu. Keakraban kami terjalin sewaktu kecil. 

Kak Farah tak ada adik, jadi, akulah adik, akulah sepupu, akulah kawan dia.

Aku teringat lagi masa kecik-kecik dulu, aku selalu suka habiskan masa cuti sekolah duduk rumah dia, teman dia. 

Hampir saban tahun aku akan ke rumah dia. 

Sampai semua barang kami akan sama. 

Dari baju, makanan, barang sekolah, kasut.. semuanya sama. 

Kami pernah jalan-jalan kat Summit Batu Pahat, beli baju t shirt warna pink, aku pakai macam sarung nangka, sebab aku memang budak gendut dari kecik lagi. 

Tak macam arwah kak Farah, cantik, kurus, and suka buat lawak. 

Arwahlah paling mudah mesra dengan semua orang. 

Mak ada buatkan kami baju "gaun" warna merah. 

Masa tu mungkin aku dalam darjah 4 or 5. 

Cantik baju tu.

Tapi semua baju tu dah tak ada. 

Mungkin kena buang dengan mak rasanya. 

Kami selalu main pondok-pondok sesame. 

Hehehe, seronok time tu, kitaorang masak ubi bakar kat belakang rumah Wak Satiyah. 

Kalau gi beraya, aku jarang gi dengan family, semata-mata nak ikut kak Farah je. 

Hehe, macam aku ni dah jadik anak wak asiah. Hehehe. 

Kalau bergosip, kitaoranglah paling happening. 

Duduk rumah atok tu, suara kitaorang bergelak ketawa je. 

Rindu sangat waktu. 

Makan sesame dalam dulang time kenduri. 

Ketawa time nak solat.

Betapa rindunya saat itu. 

Sampai sekarang terasa. 

Pemergian dia adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh keluarga aku dan juga semua orang.

Nasib baik aku masih sempat mengucap perkataan maaf sewaktu raya tahun lepas. 

Raya yang terakhir buat aku dan dia.

Time tu, dia dah sakit. 

Betapa kurusnya dia. 

Selalu mengadu sakit dada. Sejuk, demam tiba-tiba.

Seakrab mana pun kita, ain tak pernah simpan dendam pada kak Farah. 

Benda lepas tak perlu dikenang-kenangkan. 

Masa raya tu, itulah kali terakhir aku peluk arwah, ketawa bersama buat kali terakhir, makan bersama buat kali terakhir dan duduk bersama buat kali terakhir bersama arwah.

Dalam kenangan bersama arwah.
AL_FATIHAH
Nur Farhana Binti Rahmat
1988-2012

Wassalam.. 

Monday, May 20, 2013

Doodle Housemate

Assalamualaikum..

Harini nak post doodle yang telah siap direka buat housemate sekalian..

Hasil ehsan tutorial INCIK HafizzyAziz @ Apit

Memang terbaik..







  

 Wassalam..
 

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND