Tuesday, December 25, 2012

d' BROGA HILL


Kenangan di Broga Hill.. Penat lelah mendaki bukit, sampai ain menangis dalam 10min..
Terharu sebab sampai atas dan kepenatan membuatkan ain mengalirkan airmata..


wassalam..

Sunday, November 18, 2012

Nasihat yang BERGUNA

Assalamualaikum,

     Alhamdulillah, hari ini ain berpeluang untuk mengupdate post. Mungkin dah lama sangat ain tak online.. ain tak de benda nak post, tapi hari ni, ain nak post something yang ain peroleh dari rakan blogger ain. Terima kasih atas nasihat dan bimbingan yang dia beri kepada ain untuk menyelesaikan masalah yang ain hadapi.

Ini adalah petikan komen yang sahabat blogger ain beri kepada ain,

Blogger E-rah said...
Alhamdulillah, terima kasih kerana memberi komen yang memang menjadi persoalan untuk ramai hamba Allah yang ingin berubah.

Teguran tak semestinya secara direct kadang boleh jgk kita menegur dgn 'indirect way' seperti teguran Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husein semasa melihat seorang nenek tua berwudhu dengan cara yg salah.

Sebelum menegur, berdoalah pdNya.. Mintalah kekuatan untuk menegur, kehalusan bahasa yang membuatkan insan itu faham akan apa yang disampaikan dan kelembutan hati agar terbuka hati insan tersebut untuk berhenti drpd melakukan maksiat.

Yang paling penting, hendaklah menegur pada masa yang sesuai dan bertepatan. Fahamilah sifatnya, tegurlah dia seperti kita mahu diri kita ditegur. And jangan bagi dia rasa down selepas menegur, everybody has an ego problem that kita perlu jaga :)

Menegur seseorg tak pernah senang apatah lagi jika orang tersebut adalah yg paling rapat dengan kita. tapi.. perlu ingat, jika kita betul2 sayang dengan orang tersebut tegurlah dia sebelum semakin tersesat.

Berikut adalah link kisah "sayyidina hassan & sayyidina husein". Semoga komen ini boleh membantu Ukhti. Mudah2an Allah sentiasa memberikn kita hidayah & petunjuk untuk ke jalanNya yang benar. Dan mudah2an di kurniakan kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi hidup ini, Aamiin..

http://www.cahayakebenaran.com/?p=290

Jangan menyerah kalah, Ya Ukhti. If our niat betul, lillahi ta'ala. Insya Allah, He will help us in whatever that we do.

Terima kasih atas nasihat yang diberi.
 http://lifestories-e-rah.blogspot.com/2012/11/kesalahan-dalam-teguran.html

Wassalam,

Tuesday, October 30, 2012

Keluhan Hati Kecil saya... =_='''

Assalamualaikum..

     Alhamdulillah, ain masih lagi diberi peluang untuk menyedut oksigen di muka bumi milik ALLAH S.W.T.

     Alhamdulillah, Hari Raya Aidiladha disambut dengan meriah tahun ini. Kenapa meriah? Sebab nenek buat qurban lembu sekor. Huhh! Terasa raya haji tahun ni meriah semacam walaupun malam tu ada kenduri 40 hari arwah sepupu ain, Almarhumah Nur Farhana binti Rahmat. Semoga roh dia dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T.

     And the best part is cuti ni terlalu banyak assignment yang perlu dibereskan.. Hurmm! Hampeh! Duduk rumah just nak kena siapkan assignment. But the best thing is this is for my future. Kalau ain tak berusaha, sape lagi yang nak tolong majukan diri ain melainkan diri sendiri.

     So, Alhamdulillah sekali lagi, sepanjang cuti ini, ain muhasabah diri ain. Ain terfikir, ain ni lebih banyak baik atau jahat. So, fikir punya fikir. Mungkin ain banyak yang jahatnya. Bukan apa, luar nampak ok, tapi hati ain, masih lagi kotor. Ain bukan nak cakap diri ain hebat. Tapi itu yang ain rasa. Mungkin ada hikmah dengan apa yang ain rasakan ini.

     Ain rasa, ain perlu berhenti dari mengotorkan diri ain dalam benda-benda yang tak sepatutnya ain tahu, ain dengar, ain buat. Tapi, ain terasa ain jahat sangat bila ain dapat tahu benda yang xsepatutnya ain tahu, and ain tak cegah. Ain bingung, how to solve the problem??? Bermacam-macam cara yang ain fikirkan. Tapi setiap cara ada risikonya. Humm.. Ain terlalu banyak mengeluh memikirkan benda ini.

     Kenapa sanggup berbuat demikian, sehinggakan ain yang terpaksa menanggung beban. Even, with my own family, I didn't know how to share this problem. Serabut pun ada. Ain biarkan, benda tu menghantui diri ain. Nak bagitahu, rasa ain ni jahat sangat sebab ambil tahu sangat benda-benda macam tu.

     OTOKE..!!!! Ditelan mati emak, diluah mati bapak..(betul ke perumpamaan ni..??) Haaaaaaa... ~_~'' Kalau lah masalah itu dapat diselesaikan seperti memetik bunga ditaman. Mungkin dah lama ain buat camtu. Masalahnya ini, perlu berhadapan dengan orang. Ain paling tak gemar nak berhadapan dengan orang. Tengok je diri ni besar and gendut, tapi hati cam kutu.. kecikkkkkkk sangat.. Dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangatttttttttt penakut orangnya. Tu lah masalah ain bial ada probs, takut nak luahkan...

     Ain ingat lagi satu hadith mengenai masalah ain ini :

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).

 Jika di kalangan kaum Muslimin hari ini tidak mempunyai sebarang usaha untuk mengubahnya, bahkan dengan hati pun jauh sekali ingin melakukannya di samping langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat Islam, ini bererti imannya sudah pun hilang di dalam dirinya dan kemungkaran akan tumbuh subur menyelimuti seluruh umat manusia. Dan akhirnya, pintu azab Allah SWT yang sangat pedih akan terbuka. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh  kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak,  Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ain merasakan ain adalah hamba yang sangat-sanagt lemah imannya. Apayah lagi ain baca petikan dari satu artikel diatas dimana jika kita tidak mencegah kemungkaran segala amalan jita tidak berguna. Ya ALLAH, besarnya hukuman yang menimpa aku ini. Ain terasa sangat takut. Apakah ain punya amalan tidak diterima oleh ALLAH S.W.T ?? Terasa butiran airmata mengalir apabila mengenangkan hal ini.

     Ya ALLAH, sesungguhnya, ain tak tahu lagi nak berbuat apa.

Seandainya ada hamba ALLAH yang dapat membantu masalah ain, ain mengucapkan terima kasih dan ucapan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana menitipkan seseorang yang dapat membantu ain.

Wassalam,
Dari hati kecil,

Monday, October 29, 2012

3 Kategori Cinta

Assalamualaikum

          Hari ni nak buat entry ni lah.. tetiba hati terdetik nak taip benda ni...



          1. CINTA DARIPADA SYAITAN
              - Lelaki dan perempuan menyukai antara satu sama lain, dan berpegangan tangan dan            melakukan maksiat.

          2. CINTA DARIPADA JIN
              - Lelaki menyihir wanita agr mencintainya tanpa diketahui oleh wanita.

          3.JODOH DARIPADA ALLAH S.W.T
             - Lelaki mencintai wanita dan meminangnya agar wanita itu halal baginya.


Kategori yang mana cinta anda?
Jika ianya cinta selain daripada 3,
adalah lebih baik jika anda mengubahnya.
Sesunggunya kamu mempunyai akal yang sempurna untuk memikirkannya.
Muhasabah diri dan berubahlah ke arah yang lebih baik.
InsyaALLAH Allah S.W.T akan permudahkan anda.

Wassalam,

Sunday, October 28, 2012

Bila DIRI SENDIRI kebosanan...

Assalamualaikum..


          Hari ni terasa nak update wallpaper yang shumel-shumel...

 





















inilah hasilnya bila tiada entry yang mahu di post....

wassalam

Sunday, September 9, 2012

Bilik "AKU" bernafas BARU... wakakaka..*_+

Assalamualaikum,

          Alhamdulillah, selamat sampai di rumah sewa. Sesudah sampai, terus kemas bebarang yang ain bawak satu bagasi.. Fuhh..!! Penatnya jangan cerita. Gigil-gigil tangan ain tarik troli dari train ktm ke terminal bas..

          Ni sedikit gambar yang ain upload selepas mengemas bebarang.. tampak bersih dan ceria.. hahahaha... sesaje.. ain nak letak..

Rak baju yang bernafas baharu.. hahahhaaa...





Purse baru.... hehehhe.. black + red...




Keadaan atas kotak baju saya... hehehehee...





wassalam,

Thursday, September 6, 2012

AKTIVITI 2HARI YANG TERAKHIR DI RUMAH.. ~_~''

Assalamualaikum,

          Hurm, tinggal sehari lagi je ain akan berada dirumah.. hati jadik makin tak keruan.. ape lah nasibku ini yang akan meninggalkan kampung halaman.. Kuatkanlah hati ini Ya ALLAH...

          Malam semalam buat biskut raye untuk di bawa pulang ke rumah sewa... huhuhu.... hari ni lipat baju pulak.. waaaaa... ingin menangis aku melipat baju.. Inilah penangan cuti lame... dah tak nak balik dah rasenye ni...

BISKOT DAHLIA... malam tadi punyer gambar ain ambil..

Ni pulak satu dulang penuh before masok ke dalam oven..

Baju kurung yang akan dibawa pulang ke rumah sewa... huhuhuu.. ~_~'''

Wassalam,

Tuesday, September 4, 2012

KEMBALI KE KAMPUS...?????? =_='''

Assalamualaikum,
Ni lah muka aku bila dengar nak balik kekampus......... hmmmm =_='''

          Hari ni tetiba ain nak post sal balik kampus.. means kuliah akan bermula.. hurmm.. kalau di ikutkan hati yang kecil ni, mau saja ain cakap dekat mak, tak balik... huhuhuhu.. nanti dah xde cuti lagi... Korang tak kesian kat akak ke..????

          Ha.. itulah yang ain rasa... dah lame meninggalkan kampus.. rumah sewa.. buku.. pensel.. hurmmm.. akhirnya kena pulang semula ke sana.. Ape lah nasib badan.. fikiran ni dah bercampur aduk rasenya.. Nak menghadap ketua fakulti lagi atas sebab result drop.. huihui...

          Ottoke... malas nye badan.. kalau tak balik.. aku nk buat ape??????? Korang yang dah habis study mesti dah tunggang terbalik kat rumah... Ain..????????? Tunggang terbalik pon, kena jugak balik kampus... Hishhh....

          So, ain nak manfaantkan cuti berbaki 3hari ni bersama family tercinta.. wahahahahaahaaaa... =_=''''''...

Wassalam,

Monday, September 3, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN ABANG POJIE & KAK MAZNAH




Assalamualaikum,

          Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk post something sekitar majlis pertunangan cousin ain. Alhamdulillah, ucapan syukur kehadrat Illahi, di mana cousin ain akhirnya menemui jodoh pilihan hatinya. Seronok sekitar majlis yang berlangsung walaupun cousin ain tu lelaki. Disebabkan ramai sangat sedara mara yang datang, rumah pakcik jadik gempak. Hahahhaha.

          Ain nak story sal barang hantaran pulak. Dari pihak lelaki, lebih kurang 16 or 17 dulang, something like that. Ain lupa sangat nak kira berape sebab dah sibuk sangat nak berangkat ke tempat perempuan. Dari pihak lelaki warna purple, hehehehe.. I love purple. Tapi bila dah ramai guna purple, time ain, ain nak warna grey + black... hahhahaa.. pelik sikit. Family ain sediakan manisan dari gula-gula, while my along bagi telur masin. Nanti ain bagi pic nye.

          Dari pihak perempuan warna gold camtu lah. Barangan semua branded, ya lah, orang kerja bagus. Mak ain cakap, tunang cousin tu engineer. Hehehe.. tak ape lah, yang penting dah jodoh mereka. So, lepas balik dari majlis tu, ain terun amik chocolate, sume chocolate sesedap, pastu banyak kacang hazelnut. Ain mana boleh tahan. Amik lah jugak. And the best thing in the world, ain dapat makan kek sedap dari Secret Recipe.. Fuhhh!! Marvelous.. hehehhee

          So, ini lah picture sekitar majlis pertunangan itu...









wassalam

Sunday, September 2, 2012

Sesudah Ber HARI RAYA...



Assalamualaikum
         
Alhamdulillah, hari ini ain dapat mengupdate blog ain. Rasa-rasanya dah hampir 3minggu ain tak update blog ain. Sebelum ain berceloteh panjang, ain nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua umat islam yang menyambut hari raya aidilfitri diseluruh dunia. Alhamdulillah, perjalanan di sepanjang bulan ramadhan lalu dijalankan dengan penuh tekun dan sabar.
         
So, sekarang nak story mory ape yang berlaku sepanjang raya seminggu ni. Ain yang tak pernak bertegur sapa dengan sepupu ain, akhirnya mendapat peluang untuk bermaafan. Biarlah dia beranggapan yang semua itu salah ain, ain dah redhakan semuanya. Punca yang menyebabkan kita orang boleh berenggang tiada siapa yang tahu. Ain pun tak nak tuduh-menuduh dan tak nak mengaibkan orang lain. Sempena syawal ini, ain nak lupa kan semuanya.
         
So, ain nak fokus untuk semester tiga ini. Tak nak main-main lagi, tak nak hampakan harapan mak abah. Ain mesti ambil serius tentang pelajaran ain. Mak abah dah banyak tolong ain, ain kena buat sungguh-sungguh.


wassalam,

Sunday, July 29, 2012

Melukis lagi...



Ini hasil kerja sepetang tadi... maaf kawan-kawan.. ain saje je nak draw balik muke korang.. tp xbpe nk jadik...





InsyaALLAH,, ada mase.. ain cer try draw muka org lain pulak....

Wassalam..

Sunday, July 22, 2012

Abah Jatuh Sakit..

Assalamualaikum,

          Alhamdulillah, hari ni boleh lah ain hadap laptop sebentar. Alhamdulillah, ucapan syukur kepada pencipta kita, ALLAH S.W.T. yang telah memberi kesempatan kepada ain untuk menyambut ramadhan kali ini bersama keluarga tercinta. Dan sepanjang nak menghadapi ramadhan kali ini, keluarga ain di timpa musibah kecil yang memberi kita peringatan supaya kita lebih menghargai hidup ini.

          Pada 17 Julai 2012 yang lepas, abah kesayangan telah dimasukkan ke hospital kerana terkena “denah”. “Denah” tu orang-orang tua je faham. Kaki abah dah teruk sangat sampai terpaksa kena bawa ke hospital. So, selama bape hari, ain, mak, dan akak ipar banyak habiskan masa jaga abah. Lawat abah kat hospital. Kesian kat abah.

Ni 1st day kena tahan wad....muka kerisauan terpancar dimuka abah..
Ni tag abah.. aku tanya abah, xdapat tag ke????
Hari kedua kat wad.. dah kena cucuk air..huhuhu.. cian abah...
Ni kesan yang telah di buat pada abah
Waktu makan petang... muka abah yang tidak bersemangat... =_='''
           
         First puasa, dia terpaksa duk hospital. Tapi, before buka kita orang dah boleh bawak abah balik. Abah cakap dah sengal-sengal badan duduk hospital. Abah tu teruk sebab dia ada kencing manis, sebab tu susah sikit luka nak sembuh. Sekarang ni abah kat rumah dah ok sikit. Dah boleh jalan walaupun bertongkat. Tapi pemakanan abah dengan ubat kena sekata. Kalau tak, level gula dalam darah naik lagi.

          Ain harap abah cepat sembuh. Tak mo abah sakit-sakit lagi. Huhuhuhu... nanti ain nangis kalau abah sakit.. =(

Wassalam,

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND