Sunday, March 18, 2012

BENCI DAHULU , SAYANG KEMUDIAN..


“Where your’s brother?” sergah Syafirah setelah membuka pintu bilik Adryan. Syafira menajamkan mata melihat gelagat setiausaha lelaki itu yang sedang bertenggek di atas meja dengan pakaian seksinya. Eisshhh meluatnya saya melihat benda yang tak nak di lihat. Perempuan yang bertenggek itu berlalu pergi dengan lenggang lenggoknya.

“Saya cakap dengan awaklah Ryan, tolong la jangan buat pekak pula,” bicara Syafiraf geram.

“Kau ni kenapa pula ni datang pejabat aku nak marah-marah,” Adryan menyandar malas sambil memandang wajah gadis yang sudah kemerahan menahan marah.

“Macam mana saya tak marah, saya tanya awak baik-baik mana abang awak?” soal Syafirah lagi. Adryan sudah ketawa kecil sinis sahaja bunyinya.

“Kau ingat ni kaunter pertanyaan ke atau pun agensi mencari orang hilang. Tolonglah macam tak ada tempat lain je kau nak tanya,” balas Adryan sambil lewa membuat Syafirah mengetap bibirnya geram.

“Saya rasa tempat yang sesuai nak cari Ashraff dekat sini je. Awakkan adik dia and both of you pun close. So tipu kalau awak tak tahu dekat mana Ashraff,” Syafirah meninggikan suaranya sambil bercekak pinggang. Geram ni kalau tak geram tak adanya nak cekak-cekak pinggang macam orang tua pula.

“Kalau aku tahu mana abang aku pun kan rasanya aku takkan bagi tahu dekat kau. Tengoklah perangai serupa serigala meroyan. Eishhh aku rasa abang aku lari sebab tak tahan dengan perangai kau ni yang macam serigala,” ejek Adryan.

“Ryan ni bukan masa nak cari gaduh tahu. Majlis perkahwinan lagi dua harilah, boleh tak awak jangan nak main-main,” Syafirah memandang wajah lelaki yang tidak berperasaan tu. Eeee geramnya nak je tinju wajah tu.

“Aku tak tahu abang dekat mana, eah kau ni tak faham bahasa ke??. Penat la aku cakap aku tak tahu la. Aku banyak kerja lain lagi la nak buat,” balas Adryan.

“Kerja apa sangat yang awak banyak kerja ni. Owhhhh buaya tembaga macam awak ni memang banyak kerja kan. Yelah hari-hari tukar aweks mana tak banyak kerja,” perli Syafirah. Adryan memandang wajah gadis di hadapannya kemudian ketawa kecil sambil berjalan menghampiri gadis itu. Hanya beberapa langkah sahaja kedudukan mereka. Mata beradu mata.

“Kau ni memang suka cari gaduh dengan aku kan. Kau dengki sangat dengan aku kenapa? Suka hati aku lah nak buat apa pun. Ashraff yang kau puja-puja tu pun boleh lari time last-last minutes ni. Kesian lah kau ni perempuan sekarang ni kau nak buat apa ye? Aku pun terfikir lah… ermmm,” Adryan menaikkan keningnya bagaikan mencabar gadis itu.

“Awak ni kan…..” gumam Syafirah geram dan serentak itu pintu bilik di buka dari luar dan serentak keduanya memandang ke arah pintu. Kelihatan Dato Amran dan Dato Kamarul memandang ke arah mereka berdua.

“Papa..” Adryan memanggil pelik.

“Ayah..” Syafirah juga memanggil pelik melihat ayahnya ada di sini. Kedua mereka menyebut serentak.

“Erm baguslah kalau dua-dua ada dekat sini,” Dato Amran masuk kebilik dan menutup pintu bilik Adryan.

“Papa dah berbincang majlis perkahwinan dua hari tu akan di teruskan juga.”

“Ashraff dah balik ke uncle?” soal Syafira sedikit teruja.

“Nope sayang, tapi kami dah cadang majlis tu nanti tetap di teruskan Cuma pengantin lelakinya adalah Adryan,” Dato Kamarul pula menyambung.

“No!!!!” keduanya menjerit serentak. Mata dah macam nak terkeluar dengar arahan orang tua mereka ni. Ni kerja gila, dari universiti lagi mereka memang tak boleh nak rapat, apatah lagi ni ke gerbang perkahwinan. Memang rosaklah rumah tangga.

“No more excuse anymore,” Dato Amran menyahut pula.

“Kami tak boleh kahwin papa, Kenapa Ryan pula yang terlibat ni,” Adryan memandang Syafirah jengkel. Eeeee kecik je aku tengok minah serigala ni.

“Sebab kamu ahli keluarga ni jadi automatik kamu turut terlibat. Kamu nak keluarga kita malu ke Ryan?” soal Dato Amran.

“Papa… Ryan tak nak lah kahwin dengan serigala jadian ni,” bangkang Adryan. Syafirah yang mendengar sudah angin, ewahhhh macamlah aku nak kahwin sangat dengan mamat ni. Boleh dia bagi tahu depan-depan aku ni serigala jadian. Bikin hot je.

“Ayah… Fira tak nak kahwin dengan buaya tembaga ni lah,” Syafirah membela diri pula sambil menjeling Adryan yang sudah memandangnya tajam. Uwekksss tak takut la.

“Kami tak nak dengar apa-apa lagi dah. Yang kami tahu kamu berdua siap sedia untuk majlis dua hari lagi. Kami berdua dah sepakat dan tak ada apa lagi yang kamu berdua nak bangkang. Faham!!” suara tegas Dato Amran mematikan bicara keduanya.

……………………………………………….

Hari yang di janjikan telah tiba, sekali lafaz sahaja Syafirah sudah sah menjadi milik Adryan. Tiba masa untuk menyarungkan cincin. Syafirah memandang wajah Adryan yang suram. Memang kena kahwin paksa betul mamat ni. Eeeeh aku pun kena kahwin paksa jugakan, macam nak pergi je depan cermin sekarang nak tengok muka suram aku ni macam tapai basi milik buaya tembaga ni tak?…. ermmm.

“Dah sarung cincin cepat,”Adryan yang di sergah lantas mencapai tangan milik Syafirah. Wah lembut juga tangan minah garang ni. Tak padan garangnya tapi lembut, ermm sejuk tangan singa ni. Syafirah tarik tangannya dan Adryan tarik. Keduanya main tarik-tarik tangan.

“Ehem!!!” sergahan dari mama dan ibu membuatkan duanya terdiam. Pantas Adryan menyarungkan cincin ke jari manis milik Syafirah yang putih melepak. Kulit cantik, muka pun cantik patut pun jadi rebutan dekat universiti tu. Tapi kami memang tak boleh nak jadi kawan, ada je perkara yang menjadi pergaduhan. Rasanya kita orang ni pun tak pernah cakap baik-baik.

“Salam tangan suami kamu tu Fira,” Syafirah mencebir bibir memandang wajah riak milik Adryan. Lantas dengan senyuman palsu lantas di capai tangan itu dan di cium bagaikan mereka pasangan pengantin yang bahagia kononnya.

Syafirah dan Adryan yang berada di dalam bilik buat muka toya je. Dah berdua-duaan macam ni tak tahu dah nak buat apa. Nak bergaduh dah lah penat lepas majlis bersanding tadi. Tak patut betul suruh kita orang berposing depan kamera macam lah kita orang ni pasangan yang bahagia. Kan dah tercipta pengantin suap kek dekat hidung. Syafirah tersenyum kecil mengaingati macam mana geramnya dia tadi dan kek yang patut di suap penuh kasih sayang ke dalam mulut dah melekat dekat hidung. Yang geramnya boleh lelaki tu balas balik.

“Dah gila apa sengih-sengih,” perli Adryan, Syafirah yang di tegur lantas menjeling dan masuk ke dalam bilik air mahu membersihkan diri. Malas nak bergaduh malam ni kalau nak gaduh tunggu tenaganya kembali pulih ye.

Syafirah keluar dari bilik air dengan seluar pendek paras peha dan singlet pinknya. Adryan yang melihat sudah menelan air liur. Eah minah ni nak goda aku ke apa? Lupa ke kita ni kena kahwin paksa. Eeee selambanya dia pakai macam tu, tak takut ke aku terkam dia malam ni??? Ke dia memang sengaja nak goda aku ni.

Adryan memandang wajah Syafirah yang selamba berbaring di sebelahnya tanpa riak wajah yang takut. Selambanya perempuan ni eahh nama pun serigala mana nak takut kan.

“Woi pompuan,” panggil Adryan. Syafirah memandang wajah Adryan di sebelahnya sambil menjungkitkan keningnya. Matanya dah mengantuk giler ni.

“Siapa suruh kau tidur atas katil ni?” soal Adryan.

“Habis tu awak nak saya tidur dekat mana? Sofa.. lantai.. ermmm kalau itu terlintas dekat fikiran awak yang kurang cerdik ni kan Ryan apa kata awak je yang tidur dekat situ. Dah lah saya nak tidur, penat tahu jangan kacau!!!!” hah kan volume dah naik satu lagi tone. Adryan sudah terkebil-kebil. Eahhh kenapa minah ni marah aku pula dahlah tidur dekat katil aku.

Syafirah yang bangun keesokannya menggosok matanya perlahan, matanya memandang sesuatu yang melingkar di pinggangnya lantas menyelak blanket yang menutupi tubuhnya. Bibirnya di ketap geram melihat wajah Adryan yang lena tidur sambil memeluk tubuhnya. Ewahhh moleknya mamat buaya tembaga ni tidur. Ingat aku ni bantal peluk ke?. Lantas Syafirah bangun dan menangkis tangan lelaki itu.

Syafirah yang sudah bersiap mandi dan berpakaian pejabat melangkah keluar dari bilik air. Matanya memandang wajah Adryan yang sudah menyandar di kepala katil, jelingan maut di berikan.

“Lena tidur malam tadi, opss mesti lah lenakan tidur sebelah aku yang handsome ni,” bicara Adryan yang tersengih-sengih.

“Better awak bangun pergi sembahyang subuh dan jangan nak perasan sangatlah ye. Tak ada awak pun saya boleh tidur lena. Opsss saya rasakan Ryan, awak yang tidur lena sangat sebab dapat peluk sayakan,” balas Syafirah sambil tersenyum sinis. Adryan sudah ketawa besar mungkin tidak percaya.

“Aku peluk kau???? Uhh lebih baik aku peluk tiang tepi jalan tu tahu,” mendengar Adryan berbicara seperti itu membuatkan Syafirah melangkah menghampiri Adryan yang sedang menyandar selesa itu.

“Owww ye ke, jadi lepas ni apa kata awak tidur dekat tepi tiang tepi jalan supaya saya rasa selamat sikit. Sebab saya memang rasa tak selamat tidur sebelah buaya tembaga macam awak ni, lagi-lagi saya bangun pagi tengok awak peluk saya. Errr seram lah pula so better awak tidur pakai baju la ye sebab saya rasa tak selesalah awak peluk saya dengan keadaan macam tu,” Syafirah lantas berpusing dan berjalan menuju ke pintu.

Adryan mengetap bibirnya kemudian menggaru kepalanya. Eah aku peluk dia ke tadi malam, tengok muka dia macam tak tipu. Ermm patutlah lena je aku tidur. Hahahahah. Adryan lantas bangun dan mencapai tuala kemudian bergerak ke bilik air.

Syafirah yang berada di dalam biliknya merenung ke langit melalui tirai pejabatnya. Keluhan di lepaskan, air mata yang hampir menitis di kesat kasar. Dia benci dengan keadaan sekarang, dirinya berpura bagai tiada apa tetapi hatinya sakit bagaikan di hiris belati tajam.

“Jauh awak termenung Fira?” soal Fatin membuatkan Syafirah terkejut.

“Eah bila awak masuk tak perasan pun Fatin?” soal Syafirah pelik. Fatin sudah ketawa kecil melihat kealpaan Syafirah.

“Mana tak perasan asyik berangan je, apa yang mengganggu fikiran awak ni. Pasal Ashraff ke?” soal Fatin.

“Ermm saya asyik terfikir je kenapa dia buat saya macam ni. Dia yang beria ajak saya kahwin last-last dia buat macam ni. Awak rasa dia nak balas dendam ke sebab saya selalu gaduh dengan Ryan tak?” soal Syafirah sambil memandang wajah Fatin.

“Tak lah saya tak fikir macam tu, tapi yang saya tahu dia rugi sebab dah lepaskan awak. Kalau saya jumpa dia memang nahas lah dia kena dengan saya sebab buat kawan baik saya macam ni,” balas Fatin sambil meramas tangannya geram.

“Dahlah awak tak payah fikir lagi pasal Ashraff tu buat sakit kepala je. Ni apa cerita awak dengan dengan si Ryan tu?” soal Fatin dengan wajah teruja.

“Awak rasa apa lagi yang nak di cerita kalau saya dengan Ryan tu, mestilah bertekak je. Malam tadi awal-awal nak ajak saya bertekak. Eishh macam manalah nak hidup selamanya macam ni,” bebel Syafirah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fatin sudah ketawa kecil.

“Awak janganlah balas balik, tak boleh ke awak berlemah lembut sikit macam mana awak dengan orang lain. Kalau dua-dua tak nak kalah sampai bila pun tak habis betul tak?” provokasi Fatin membuat kan Syafirah memuncungkan mulutnya.

“Saya nak berlemah lembut dengan buaya tembaga tu ke??? ohh pleaselah nanti dia ingat saya nak goda dia pula. Dahlah malas lah nak cakap pasal dia jomlah balik rumah dah pukul 6.00 petang ni,” Syafirah sudah bangun sambil berjalan ke arah pintu di ikuti Fatin.

“Fira ingat taw jangan benci sangat lama-lama jatuh cinta pula nanti,” balas Fatin dan Syafirah hanya membuat gaya mahu muntah.

Syafirah yang sudah sampai di rumah melangkah masuk ke dalam bilik. Di liarkan pandangan ke dalam bilik yang gelap gelita tanda lelaki itu belum pulang dari kerja. Syafirah lantas meletakkan beg tangan ke atas meja dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Syafirah yang sudah membersihkan dirinya lantas keluar menuju ke almari pakaian mencari singlet dan seluar pendeknya. Pintu bilik di buka dari luar membuatkan matanya beralih ke arah pintu. Wajah lelaki itu yang memandang dirinya bagaikan mahu menerkam membuatkan dirinya lantas melangkah masuk ke dalam bilik air.

Syafirah yang keluar dari bilik air lantas menunaikan solat maghrib dan seusai itu melangkah ke meja dan duduk sambil membuka laptopnya. Adryan yang keluar masuk bilik hanya di pandang sepi bagaikan kewujudan lelaki itu tidak memberi kesan kepada dirinya langsung. Syafirah yang membaca satu part di dalam internet mengenai pelabur ke dalam syarikatnya membuatkan dirinya terkedu.

“Saya dan Pengurus besar syarikat Setia Holding selalu keluar lunch bersama dan kami di dalam hubungan yang cukup baik. Pelaburan ini dengan hubungan yang terjalin baik tiada kena mengena. Jika ada jodoh saya tidak akan melambatkan, mungkin dengan jodoh itu syarikat Mawar Coo. dan syarikat Setia Holding boleh bergabung.”

“Eah apa ni,” marah Syafirah tiba-tiba. Adryan yang sedang berbaring di atas kati memandang isterinya yang tiba-tiba menjerit.

“Eah kau ni kenapa buat terkejut orang je,” marah Adryan dan Syafirah memandang wajah Adryan di atas katil lantas laptop di tutup dan menelefon Fatin. Setelah habis mengadu kakinya melangkah ke atas katil.

“Eah Ryan saya rasakan kita patut pindahlah cari rumah sendiri. Atlease saya tak payah share bilik dengan awakkan,” Syafirah memandang wajah Adryan di sebelahnya.

“Eah apasal pula. Aku bukan kacau kau pun dalam bilik ni, kita buat hal masing-masingkan so tak ada alasan untuk pindah lah,” balas Adryan. Syafira lantas berpaling memandang Adryan dengan meninggikan dirinya yang dalam keadaan berbaring itu.

“Memanglah tapi tak salah kalau kita nak pindah kan. Awak ni dah kahwin pun masih nak duduk dengan mama dengan papa lagi ke? Aduh awak tak faham ke saya tak nak terserempak dengan dia lah,” bebel Syafirah memandang wajah Adryan. Dilihat Adryan tidak menumpukan perhatian pada bicaranya matanya menyoroti mata milik suaminya itu. Bila melihat mata itu pada dadanya lantas bantal golek di pukul di badan lelaki itu.

“Eeee awak ni gatallah Ryan memang patut pun saya panggil awak buaya tembaga. Orang sibuk cakap dengan dia boleh pandang tempat lain,” Syafirah bising sambil membetulkan pembaringannya mahu tidur lagi baik. Adryan hanya tersengih-sengih di berikan pandangan maut tahap boleh bawa mautlah. Memang gatal betul laki sorang ni.

……………………………………………

Syafirah yang sampai di pejabat lantas bising dengan Fatin. Dia mahu berjumpa dengan En. Fakhrul yang pandai – pandai memberitahu cerita seperti itu. Tak patut betul ni belum ayahnya Dato Kamarul tahu lagi memang nahaslah dirinya kena. Masuk pejabat je semua mata dah menyoroti langkahnya. Eeee tak patut betullah.

Syafirah lantas mengajak Fatin ke Syarikat Mawar Coo. mahu berbincang dengan lelaki itu supaya tidak membuat pelbagai spekulasi. Pagi ini sahaja sudah heboh di internet En Fakhrul memberitahu mengenai mereka sudah ke frasa yang lebih serius.

Syafirah yang mahu melangkah keluar dari pejabatnya sudah melihat wajah tidak puas hati milik Adryan yang memandang ke arahnya. Ahh masaalah betullah kenapa pula mamat ni datang sini.

“Fira apa benda semua cerita yang tersebar dekat internet, tahu tak papa dengan ayah dah bising,” Adryan lantas berdiri di depan Syafirah dengan wajah merah padam. Mahunya tak pasal-pasal dirinya yang kena serang dengan papa masa di pejabat tadi. Syafirah sudah terkebil-kebil.

“Nope saya pun tak tahu, En Fakhrul tu pandai-pandai je. Tanya Fatin kalau tak percaya, lagi pun saya baru nak jumpa En Fakrul lah ni nak minta penjelasan,” jelas Syafirah. Adryan menaikkan blaus isterinya yang londeh menampakkan bahu putih milik isterinya. Walaupun mereka dalam hubungan tidak baik tapi dia tetap tidak suka tubuh isterinya menjadi santapan lelaki lain.

“No need nanti lagi banyak cerita yang tak sedap di dengar,” bantah Adryan.

“Tapi saya tak sukalah dia buat cerita macam ni,” rungut Syafirah geram sambil bercekak pinggang. Adryan membetulkan kembali blouse isterinya yang menampakkan bahu Syafira. Fatin yang melihat sudah tersenyum melihat gelagat Adryan yang membetulkan blouse Syafira dan kawannya hanya membiarkan sahaja.

“En Fakhrul,” sebut Syafirah perlahan sambil memandang kelibat yang baru muncul di pejabatnya. Adryan lantas berpaling sambil memandang lelaki berkaliber itu. Ermm masih muda lagi tapi agak-agaklah isteri orang ni.

“Apa ni En. Fakrul you tak boleh buat cerita macam tu tahu tak?” marah Syafirah sebaik mereka masuk ke dalam biiknya.

“Why I tak rasa tu satu kesalahan pun, lagi pun ia baik untuk pelaburan syarikat kita kan. I pun tak main-main dengan apa yang I kata pasal jodoh tu,” balas En Fakrul. Adryan mengetap bibirnya kemudian memandang wajah kemerahan mungkin wajah marah milik isterinya. Melihat blouse milik isterinya terlondeh lagi lantas di betulkan lagi. Eishhh berapa kali betulkan ni si Syafirah pun agak-agaklah kalau nak pakai baju pun. Marah Adryan tapi hanya di dalam hati sahaja.

“Masaalahnya you memang tak boleh buat macam tu,” jelas Syafirah.

“En Fakrul I rasa nak kena bagi tahu you something yang mungkin you tak tahu lagi,” sambung Adryan.

“You siapa ni hal I dengan Syafira,you tak ada kena mengena pun,” balas En Fakrul tak puas hati lagi tak puas hati bila sesekali lelaki itu membetulkan blouse milik gadis itu.

“Saya husband Syafirah, so saya tak suka ada perkara macam ni berlaku dekat wife saya. So saya harap En Fakrul boleh betulkan balik apa yang you dah bagi tahu dekat internet tu ye,” balas Adryan.

Setelah hampir 15 minit perbincangan mereka selesai. Syafirah lantas mengeluh lega setelah En Fakhrul keluar dari biliknya. Adryan memandang wajah isterinya tidak puas hati. Syafirah yang di pandang begitu memandang wajah lelaki itu. Tanda tanya apa masalah lelaki itu.

“I don’t like to see you using this blouse anymore. I hope this is a last time you wear this okey,” Adryan memberi arahan kepada isterinya sambil melangkah keluar. Syafira hanya mengerutkan dahinya, eah apa hal pulak la si Adryan ni. Tetibe je masuk part baju ni.

…………………………………………..

Syafira yang baru pulang dari office melangkah penat ke dalam rumah, di lihat ada kereta lain yang tersadai. Mungkin ada tetamu bisik hati Syafira. Kedengaran suara yang berborak sambil di iringi ketawa kecil membuatkan dirinya mengerutkan dahinya. Masuk sahaja di dalam rumah matanya terpaku pada satu wajah yang membuatkan dirinya terluka. Semua mata kini hinggap di wajahnya. Perlahan kakinya melangkah masuk dan tersenyum lantas naik ke atas.Syafira yang berada di dalam bilik duduk diam di sofa sambil merenung entah sampai ke mana.

“Are you okey?” soal satu suara mematikan lamunan Syafira.

“What do you mean by that. Now are you happy to see me hurting?” soal Syafira geram. Adryan memandang wajah isterinya yang terus bangun melangkah ke dalam bilik air.

“Awak tak nak makan ke? mama dengan papa sibuk tanya kat bawak tu?” soal Adryan yang baru masuk ke bilik. Syafira di lihat sudah berbaring di atas tilam sambil melihat PDA nya. Persoalannya langsung tidak di jawab

“Awak dengar tak ni?” soal Adryan lagi.

“Saya tak lapar la, boleh tak awak jangan banyak cakap. Cuba buat macam saya tak ada dalam bilik ni boleh tak?” soal Syafira geram.

“Macam mana saya nak buat tak nampak awak sedangkan memang sah sah awak depan mata saya ni hah Fira,” balas Adryan membuatkan Syafira memandang wajah Adryan yang sudah berbaring di sebelahnya.

“Saya tak ada masa nak melawak ke nak bergaduh ke nak berbual dengan awak malam ni. So just shut up okey,” marah Syafira . Ye lah dah la mood tengah tak okey lagi nak banyak cakap.

“Apasal awak nak mengamuk sangat malam ni. Sebab abang Ashraff balik dengan bawak isteri sekali. Relax la cuba jangan tunjuk kelemahan awak sangat,” balas Adryan membuatkan Syafirah semakin angin.

“Can you shut up just tonigh because I don’t want to hear your voice. Pasal Ashraff saya peduli apa siapa yang dia nak bawa balik. I don’t care anymore.” Syafira lantas membaringkan tubuhnya yang sedap menyandar dan menutup matanya terus. Adryan yang melihat Syafira memejamkan mata hanya menjungkitkan bahunya. Mata Adryan terkebil-kebil memandang siling. Lama dirinya berkeadaan sebegitu sehinggalah ada satu tangan yang memeluk pinggangnya. Lantas matanya memandang Syafira yang sedang lena tidur memeluk dirinya.

Rambut Syafira di usap perlahan, kemudian tangannya menyentuh kening, hidung dan bibir isterinya lembut. Dadanya berdebar kencang bila berhadapan dengan wanita ini. Hanya Syafira sahaja yang tidak tahu perasaan ini sejak di zaman universiti lagi. Bila isterinya menunjukkan sikap tidak ramah dengan dirinya serta merta egonya juga tinggi melangit. Perlahan dirinya menarik tubuh Syafira agar lebih rapat dan tangannya merangkul lembut tubuh isterinya dan perlahan ubun-ubun Syafira di kucup syahdu. Serta merta kantuknya datang menjengah, lena tidurnya sehingga ke pagi.

Adryan yang bangun pagi itu memandang Syafira yang sudah bersiap mahu ke tempat kerja. Awalnya isterinya bersiap pagi itu atau dia yang sudah terlewat? Bila melihat jam di dinding kemudian dirinya memandang semula ke arah Syafirah.

“Awalnya siap ?” soal Adryan membuatkan Syafirah yang sedang bersiap terkejut dengan teguran itu.

“Ish awak ni Ryan terkejut saya tahu tak. Hah saya kena outstation taw mungkin 4 atau 5 hari sebab tadi ayah call saya bagi tahu projek dekat Putrajaya ada masalah,” Syafira memberitahu Adryan yang terus terduduk di atas katil.

“Bila, sekarang ke?” soal Adryan bagaikan orang dung. Syafirah sudah mengerutkan dahinya.

“Memanglah sekarang awak tak nampak saya dah bersiap dan ni beg saya. Takkan tak faham kot?” perli Syafirah perlahan.

“Okeylah awak saya gerak dulu,” Syafirah lantas bergerak pergi. Adryan hanya mampu memandang sahaja.

………………………………………………..

Syafirah yang sudah berada di hotel penginapannya hanya terkebil-kebil memandang siling. Sudah 3 hari dirinya di sini dan sudah 3 hari tidurnya tidak lena. Selalunya mudah untuk dirinya tidur, tetapi 3 hari ni dirinya tidak mendapat tidur yang secukupnya. Syafira tidur mengiring memandang sisi yang selalunya ada Adryan. Pelahan tangannya mengusap sisi katil itu, keluhan perlahan lahir dari bibirnya.

Di sebelah sana juga Adryan tidak dapat tidur, bantal yang selalu di jadikan alas kepala isterinya di capai dan di peluk kejap. Dirinya merindui Syafirah dan adakah isterinya juga merindui dirinya. Tidak tidak dapat tidur lena bila tiada Syafirah di sebelahnya almaklumlah sejak mereka jadi suami isteri tidak pernah sekali mereka tidur berasingan. Ini kali pertama mereka tidur berasingan dan benar-benar membuatkan dirinya angau.

………………………………………………..

Setelah hampir seminggu baru Syafira dapat balik apabila projek yang di uruskan mempunyai pelbagai masalah. Dirinya benar-benar rasa tidak sedap badan dengan tidak dapat tidur lena lagi sepanjang berada di sana. Masuk sahaja di dalam rumah wajah Ashraff orang pertama yang di lihatnya sedangkan dia mengharapkan wajah seseorang yang lain.

“Fira tak sihat ke? muka Fira pucat ni,” tegur Ashraff dan Syafira hanya menggeleng kepalanya pada hal kepalanya sudah pening bagaikan mahu tumbang sahaja dirinya.

“Awak nak saya panggil doktor ke, lagi pun Ryan ada outstation dekat luar,” balas Ashraff mengambil berat akan wanita yang pernah mengisi hatinya dan mungkin sehingga kini. Yang menjadi penghalangnya adalah Safura isterinya dan merupakan kawan baiknya yang meminta pertolongannya kerana mengandung dengan teman lelaki yang meninggalkan dirinya. Kalau lah Syafira tahu adakah wanita itu akan memaafkan diriya.

“Awak jangan sibuk hal saya boleh, just care about yourself and your wife. Saya tak perlukan awak untuk menyibuk hal saya okey,” tekan Syafira lantas mandaki tangga mahu ke bilik. Sampai di bilik Syafira terus baring di atas katil, kepalanya semakin berpusing membuatkan matanya berpinar-pinar. Sedar tidak sedar Syafira terlelap.

Ketukan pintu membuatkan dirinya tersedar dari tidur lantas perlahan kakinya melangkah membuka pintu. Sebaik terbuka matanya terpandang wajah Adryan yang sedang memandang dirinya. Syafira lantas pusing kembali mahu ke katil bila terasa bilik bagaikan berpusing-pusing.

“Bila balik?” soal Adryan. Syafira hanya diam dan baring di atas katil sekelip mata tidurnya kembali menjengah dirinya. Adryan lantas melangkah dekat dengan Syafira, di lihat mata isterinya terpejam rapat. Bila mendapati Syafira benar-benar tidur lantas Adryan mencium lembut dahi isterinya.

“Panasnya,” gumam Adryan perlahan lantas tangannya merasa haba di dahi dan leher Syafira. Bulat matanya bila merasai kepanasan tubuh Syafira.

Segera dirinya berlari ke dapur mahu mengambil besen dan kemudian mengisi dengan air suam. Setelah itu segera dirinya meletakkan kain dari air suam ke dahi Syafira berulang kali. Di lihat baju kemeja yang di pakai isterinya menunjukkan baju kerja, segera dirinya melangkah ke almari mahu mencapai baju tidur milik isterinya. Ermmm di lihat seluar pendek dan singlet lantas di geleng kepala dan mengambil gaun tidur milik Syafira. Segera dirinya menukar pakaian kerja yang tersarung di badan isterinya berganti pakaian tidur yang di pilih.

Syafira tersedar dari tidur bila terdengar bunyi guruh yang kuat. Di lihat Adryan terlelap di sisinya, dirinya yang tadi bangun solat kembali melelapkan mata setelah menelan ubat dan kembali tersedar bila mendengar bunyi guruh. Kesejukan yang di rasai sehingga ke tulang rusuk membuatkan dirinya sedikit menggigil. Adryan di sisinya tidur bagaikan lena dengan keadaan guruh dan hujan lebat yang membawa angin yang sejuk.

“Ryan…” panggil Syafirah lembut sambil menggoncang tubuh Adryan di sisinya.

“Ryan,” Syafirah mencuba sekali lagi dan membuatkan Adryan tersedar dari lenanya. Terus mata tertancap pada wajah isterinya yang mula dirindui.

“Kenapa sakit kat mana?” soal Adryan sambil meraba dahi isterinya.

“Awak tutup aircond tak, saya sejuk la,” perlahan saja bicara Syafirah dan Adryan menganggukkan kepalanya.

“Dari tadi tak buka aircond la Fira,” bisik Adryan bila melihat Syafirah bagaikan menggigil lantas dirinya memeluk isterinya.

“Awak…” panggil Syafira perlahan terkejut bila Adryan memeluk dirinya.

“Ermmm, kurang sejuk tak?” soal Adryan pula. Syafira mengangguk kepalanya perlahan.

Syafira memeluk tubuh Adryan bila terasa sejuk bagaikan mengurangkan kesejukan yang di rasai. Adryan yang di peluk begitu membuatkan dirinya di buai perasaan indah. Kali pertama mereka dekat dengan keadaan yang sedar. Adryan mengucup ubun-ubun Syafira lembut membuatkan isterinya memandang wajahnya. Adryan yang melihat tiada wajah kemarahan yang terpamer mencium kening kemudian ke pipi dan akhirnya di bibir basah milik Syafira.

Syafira yang menerima kucupan memejam matanya entah apakah perasaannya ketika ini. Kenapa dirinya langsung tidak marah malah bahagia. Seakan kerinduannya seminggu ini sudah terlerai. Tanpa sedar akhirnya dirinya membalas ciuman bibir itu. Adryan mengeratkan lagi pelukan antara mereka bila mendapat tindak balas dari Syafira. Akhirnya malam itu kedua-duanya tewas dengan ego masing-masing. Keindahan malam di nikmati dengan penuh romantik.

Syafira sudah bersiap mahu ke tempat kerja lagi pun dia perlu menghadiri mesyurat untuk menjelaskan masalah di tapak projek mereka ke ahli lembaga pengarah. Walaupun kepalanya masih terasa pening tetapi di gagahi juga dirinya. Syafira yang sedang menyikat rambut terhenti bila kenangan malam semalam terimbau kembali. Bibirnya di ketap perlahan, aishhh malunya macam mana nak buat ni.

Pelukan di pinggangnya membuatkan lamunannya terus terbang. Melalui cermin Syafira melihat wajah Adryan di belakangnya. Tertelan air liur bila melihat senyuman lelaki itu, err nak cakap apa eak. Automatik pipinya berona merah lantas kembali menyikat rambut. Tiba-tiba Adryan memusingkan tubuhnya menghadap suaminya itu. Kini mereka saling berhadapan hanya sekejap sahaj mata Syafira di wajah Adryan kemudian beralih ke bawah.

“Fira,” lembut panggilan itu membuatkan Syafira kembali memandang wajah di hadapannya tetapi tidak lama. Kemudian Adryan mencuit dagu Syafira agar memandang wajahnya.

“Are you shy?” soal Adryan lembut.

“Ehemmm saya nak pergi kerja la,” kalut Syafira bila di soal sebegitu. Adryan sudah ketawa kecil membuatkan Syafira terpaku melihat ketampanan suaminya ketika ketawa sebegitu.

” Eahhh kenapa selama ni tak perasan tu suami aku ni handsome sangat patutlah ramai yang terkejar-kejarkan Ryan,” gumam Syafira di dalam hati. Baru Syafira mahu bergerak pergi tubuhnya di peluk oleh Adryan dan terus di rapatkan sehingga wajah Syafira hanya beberapa inci sahaja. Mata Syafira terpaku pada wajah Adryan di hadapannya.

Adryan yang melihat wajah terkejut Syafira meliarkan matanya ke wajah insan yang di rindui. Perlahan di dekatkan wajah kemudian mengucup lembut bibir basah milik isterinya. Syafira yang pada mulanya terkejut dengan tindakan itu akhirnya merelakan. Perlahan tangannya merangkul batang leher milik Adryan kemudian berbalas kucupan itu jua. Perbuatan mereka terhenti sehinggalah ada yang mengetuk pintu bilik.

“Ryan, Fira kamu berdua dah bangun belum?” soal mama membuatkan keduanya terpaku . Wajah Syafira sudah membahang kemerahan.

“Dah mama,” jerit Adryan tetapi matanya masih terpaku pada raut wajah di hadapannya.

“Mama ni kacau kita lah sayang kan. Selalu bising nak cucu tapi tengok mama yang kacau projek kitakan,” bicara Adryan membuatkan Syafirah semakin malu.

“Kita nak sambung balik ke projek kita?” soal Adryan kemudian merapatkan kembali wajahnya ke arah isterinya. Syafira lantas menghalang wajah itu mendekati wajahnya dengan kedua tangannya menyentuh pipi Adryan menahan.

“Kita dah lambat la Ryan tengok jam tu dah pukul berapa, Fira ada mesyuarat lagi,” balas Syafira lembut. Adryan tersenyum manja.

“Owh malam nanti kita boleh sambung balik la projek untuk dapat baby?” soal Adryan bagaikan keanak-anakan membuatkan Syafira ketawa kecil menampakkan lesung pipitnya. Sebelah tangan Adryan menyentuh lembut lesung pipit itu.

“Ryan suka lesung pipit ni dari dulu lagi tapi almaklumla kitakan selalu gaduh kalau Ryan cakap macam ni dulu mesti tak pasal-pasal makan kasut tumit Fira kan,” mendengar bicara Adryan itu Syafira lantas ketawa kecil yang semakin menampakkan lesung pipitnya. Adryan tersenyum juga melihat isterinya sudah boleh ketawa bila berada dengannya.

“Tahu tak pe. Bukan makan kasut tumit Fira makan penumbuk sekali Fira bagi,” balas Syafira.

“Kalau sekarang Ryan cakap cantiknya lesung pipit Fira nak buat apa?” soal Adryan sambil tersenyum nakal. Syafira bagaikan berfikir dan kemudian menjungkit bahunya dan mahu melangkah pergi.

Adryan sudah tersenyum melihat kemesraan yang di tunjukkan oleh Syafira nampaknya masa seminggu membuka hati mereka untuk lebih mengenali diri masing-masing.

…………………………………………………

Sudah seminggu hubungan mereka bahagia dan berjalan lancar. Kini mereka memang sudah bahagia, Syafira tersenyum melihat sikap romantik Adryan. Mungkin terlalu lama dia menutup mata untuk melihat kelebihan yang ada pada suaminya kerana hanya memandang Ashraff.

Syafira yang sampai di pejabat Adryan terus menghalakan kaki mahu ke sana. Ada fail yang perlu di ambil dari suaminya itu pun setelah di beritahu ayahnya tadi. Melihat tempat setiausaha Adryan kosong membuatkan matanya meliar ke kanan dan ke kiri mencari kelibat gadis seksi itu. Setelah tiada lantas di naikkan bahu mendengar suara yang merengek di dalam membuatkan dirinya mendekatkan telinga di pintu yang sedikit terbuka.

“Jom lah Ryan kita keluar malam ni,” rengek wanita itu membuatkan Syafira berangin. Ishhh memanglah tak dengar suara suaminya tapi panas juga hati ni. Si Adryan ni tak reti nak halau perempuan tu ke?. Syafira melihat ke dalam bilik dan di lihat wanita itu mengurut urut bahu suaminya dan Adryan kelihatan menolak-nolak tangan itu kemudian meneruskan kerjanya. Kenapa tak Adryan marah je tangan sotong yang memegang bahu, ish laki aku ni pun sama naik ni. Syafira berfikir mahu membalas suaminya yang di cintai itu. Errrr lantas kot yang tersarung di badannya di tanggalkan lantas menunjukkan baju yang Adryan tidak suka dirinya pakai. Lantas di turunkan baju itu menunjukkan bahunya putinya terselak.

“Saya ganggu you all ke?” soal Syafira terus masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu. Muka setiausaha Adryan sudah pucat dan segera melangkah keluar dari bilik. Ermm dan suaminya hanya tersenyum sambil buat muka cute tak bersalah. Eishhh macam mana nak marah kalau macam ni. Itu pun tak lama kemudian Adryan menilik dirinya atas bawah.

“Sayang tahu Ryan tak suka kan Fira pakai baju ni kat tempat awam?” soal Adryan dan Syafira hanya menjungkit bahunya bagaikan tidak bersalah.

“Fira nak fail projek mawar holding sebab ayah cakap ada dekat syarikat papa, boleh bagi tak sebab Fira nak kena ke site lagi,” Syafira tidak melayan persoalan Adryan sebab nak balas dendam.

“Sayang Ryan cakap lain la bukan fail ke apa taw,” balas Adryan kemudian melangkah pergi ke arah isterinya yang berdiri tegak menghalakan tangan mahu faillah tu.

“Fail please.” Adryan lantas mencapai tangan isterinya dan di tarik ke arah tubuhnya setelah itu di rangkul pinggang isterinya yang sudah melekat ke tubuhnya.

“Apa ni Fira minta fail la bukan minta peluk dari Ryan,” balas Syafira memandang wajah Adryan geram tanda tak puas hati.

“Wife Ryan merajuk ke ni. Jangan la macam tu Ryan tak layan pun okey, dia je pegang-pegang Ryan,” Pujuk Ryan sambil mencium telinga Syafira lembut.

“Ryan tergoda dengan wife Ryan sorang je tak perlu wanita lain, just you can make me crazy,” bibik Adryan membuatkan Syafira tersenyum kecil.

“Sayang dah senyum?” soal Adryan sambil memandang wajah Syafira.

“Bila masa Fira senyum mana ada,” sangkal Syafira.

“Ryan ta suka Fira pakai baju ni untuk keluar macam ni. Fira taw kan Ryan tak suka orang lain nampak tubuh seksi sayang ni,” Adryan menegur perlahan sambil mencium lembut bahu Syafira yang terdedah. Bayangkan kalau dia sendiri teruja melihat bahu milik isteri apatah lelaki di luar sana yang melihat. Arggghh tetiba dia menjadi cemburu.

“Oww tak suka eah, Fira main capai je baju ni tadi pagi tak perasan pula,” balas Syafira selamba sambil menahan senyum tahu Adryan cemburu. Bayangkan seminggu di rumah pun di larang pakai tshirt leher besar yang menampakkan bahunya sebabnya jelous kan Ashraff. Ishh sayang aku sorang ni.

“Sayang ni saje nak nak buat Ryan hot taw,” Adryan terus memandang wajah Syafira geram. Matanya memandang ke bahu isterinya yang terdedah. Lantas ciuman menjalar di bahu Syafira lembut sehingga isterinya mengeliat kegelian. Kemudian naik ke leher milik isterinya dan lama di situ. Adryan kemudian memandang wajah Syafira yang kemerahan menahan malu barangkali, isterinya sekarang sudah tidak pandai marah.

“Ryan… nanti orang nampak la,” tegur Syafira sambil menampar lembut dada milik suaminya kemudian menyentuh tempat love bite yang di buat Adryan.

“Biarlah ni cop rasmi,” gurau Adryan membuatkan Syafira ketawa kecil.

“I love you,” bicara Adryan bila melihat ketawa manis yang menghiasi bibbir isterinya. Syafira menyangkut tangannya di leher Adryan.

“I love you to,” kemudian Syafira mengucup lembut bibir milik suaminya.

“Kita akan sama-sama bina hidup bahagia lepas ni dan lupakan kisah lampau okey sayang,” ungkap Adryan dan Syafirah mengangguk kepalanya tanda setuju.

“Abang Ashraff?” soal Adryan meminta kepastian. Syafira tersenyum mendengar persoalan itu.

“Dalam hati Fira sekarang hanya ada Ryan je. Ashraff dah lama hilang dalam hati Fira. Now I just want my hubby only , just care about my hubby only just for you.” Syafira melihat wajah Adryan yang tersenyum puas.

“Fira takkan pandang belakang lagi sebab Allah dah berikan Fira seorang suami yang soleh, bertanggungjawab, tampan, baik, semua dah cukup,” balas Syafira sambil mengusap pipi Adryan lembut.

“Ryan pun bersyukur sebab Allah dah berikan Ryan seorang isteri yang cukup sempurna sekali. Ryan sayang sangat kat sayang. Terima kasih kerana buka hati Fira untuk Ryan,” Syafira tersenyum manis mendengar luahan hati Adryan.

“Tu lah lain kali jangan benci lama-lama kan dah sayang,” Syafira menyakat suaminya.

“Eah bukan sayang ke yang benci sangat kat Ryan?” soal Adryan balik dengan senyuman nakalnya.

“Dulu je sekarang dah sayang sangat dah,” balas Syafira sambil menyandarkan kepalanya manja di dada Adryan. Syafira mahupun Adryan berdoa agar mereka sentiasa bersama selamanya.


-- by fieda --

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND