Sunday, March 18, 2012

GADU-GADUH SAYANG by ZANA



Oleh : zana

“Kalau Zara tak nak terima pinangan tu Mak Kiah nak buat apa?” Zara memandang Mak Kiah

“Hey! Berapa kali aku cakap panggil aku Auntie Kelly! Kiah tu nama kampung. Kau kena terima jugak kalau tak tapi jangan harap tanah mak kau nie aku nak bagi dekat kau. Aku akan jual tanah nie. Biar padan muka kau.”

Tak sedar diri dah nama tu Lekiah ada hati nak tukar Kelly! Aku panggil Lengkuas baru tau.

“Mana boleh tu tanah mak. Mak Kiah mana boleh jual. Bukan hak Mak Kiah.” Zara tetap memanggil nama Kiah walaupun dia tau ibu tirinya tak suka.

“Kau nie memang bebal kan? Kelly! K-E-L-I… Kelly bukan Kiah.” Mak Kiah a.k.a KELI seperti yang diejanya tadi membetulkan sanggul bonggol untanya tu. Baru lepas pergi buat rambut. Mahal tu.

Kelly diejanya Keli? Ikan keli…hahaha

“Peduli apa aku dengan hak. Yang aku tau kau kena terima pinangan tu. Faham budak bodoh?” Kasar betul bahasa mak cik tua nie.

“Zara tetap tak nak terima pinangan tu. Zara nak balik geran tanah nie. Zara tak kira Mak Kiah kena bagi balik geran tanah. Tu hak Zara bukan Mak Kiah. Tanah nie milik mak Zara, Mak Kiah tak boleh ambik tanah nie.” Zara merenung tajam ke arah Mak Kiah… betul-betul macam nak telan! Ah, kalau boleh di telan sekalipun Zara tak ingin. Lemak ja yang banyak orang tua nie, buat gemuk badan dia ja nanti. Dah la tu lemak degil! Sebab tu Mak Kiah gemuk walaupun minum vitagen dengan buat sit up hari-hari

“Kau nak tenung aku sampai biji mata kau tercabut keluar sekalipun lantak kau lah… kau pilih terima pinangan tu atau aku jual geran tanah mak kau nie. Tapi dah sah-sah lah aku nak kau terima pinangan nie kan.”

“Zara tak nak!”

“Baik. Aku jual tanah mak kau nanti. Degil. Bodoh macam bapak dia jugak.” Mak Kiah merengus. Dia nak berlalu pergi tapi Zara tahan.

“Mak Kiah bak geran tanah nie dekat Zara.” Zara masih meminta haknya.

“Aku boleh bagi tapi kau kena terima pinangan tu.”

Zara terdiam. Dia tak nak terima pinangan tu sebab lelaki yang meminangnya tu. Kalau lelaki lain memang dah lama Zara terima.

“Zara terima.”

“Bagus. Dari tadi kau terima kan senang. Masa hari nikah kau aku bagi geran tu untuk pastikan kau tak lari dari berkahwin dengan anak Tan Sri tu. Lepas kau kahwin nanti, pergi mampus kau. Ingat jangan tunjuk lagi muka kau tu dekat rumah aku! Dah berambus! Menyampah aku tengok kau.”

Zara merengus kasar. Diikutkan hati ringan saja orang tua tu dia nak tangan-tangankan biar berakal sikit. Zara terima juga pinangan tu. Tanah mak tu tanah pusaka, tanah yang diwarisi dari dulu lagi. Zara tak boleh biarkan tanah nie kena jual. Tapi sebagai ganti dirinya yang ‘terjual’.

Hidup memang tak adil.

Sebaik sahaja Zara keluar dari rumah tu. Bersorak sakan orang tua sorang nie.

“Seronoknya aku. Lepas nie aku nak meloncong ke Paris! New York! Londeh! Eh… londeh ke londen?? Londen kot… hahaha! Aku kaya. Bestnya aku nak pergi jumpa Senah Pendek la… nak canang dekat dia aku nak pergi luar negara. Huh! Bodoh betul Zara tu… dia tak tau yang aku dapat habuan kalau dia kahwin dengan anak Tan Sri tu. Ingat aku kisah sangat ke dengan tanah pusaka yang sekangkang kera nie? tak bernilai langsung kalau nak di banding dengan habuan yang aku akan dapat.” Kelly a.k.a Mak Kiah tengah syok sendiri. Sebut London pun tak betul ada hati nak ke sana… kubur kata mari rumah kata pergi tapi tak sedar-sedar diri jugak.

——————————————————–

“Kau kenapa? Macam orang dah putus harapan nak hidup… ada masalah ek?” Mien menongkat dagu memerhati Zara.

“Memang! Memang aku dah putus harapan nak hidup. Hidup aku dah musnah!” Zara menghentuk kepalanya di meja berkali-kali.

“Woo, woo! Chill la kak, kot ye pun tak payah la nak bunuh diri hempuk kepala atas meja.” Mien menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Kalau lah bunuh diri tu tak salah di sisi undang-undang negara dengan agama dah lama aku buat Mien.” Zara bersuara tetapi kepalanya tetap tak diangkat dari meja.

“Parah betul kau nie. Berat sangat ke masalah kau nie?” Mien menyoal lagi.

“Sangat berat! Penimbang berat pun boleh pecah kalau aku timbang masalah nie…”

“Ya lah berat… tapi apa yang beratnya? Cuba kau story morykan dekat aku.”

Zara menarik nafas panjang, kepalanya diangkat merenung mata Mien sebelum ayat nie terkeluar dari mulutnya. “Aku kena kahwin…”

“La… kena kahwin ja ke? Kahwin ja la, best ooo kahwin.” Mien mencelah sebelum sempat Zara habiskan ayatnya.

“Aku kena kahwin dengan Kumad.” Zara menyambung ayatnya dan serentak tu Mien terbangun dari kerusinya.

“What? Kumad? Ku Ahmad Ku Arshad? No kad pengenalan 840111-14-6111? Bukit Beruntung? Kumad?” Mata Mien dah terbeliak. Wah, dahsyat kau dengan no ic kau hafal.

Lemah Zara mengiyakan. Tiba-tiba…

Kedebukkk!

Mien jatuh pengsan.

“Mien? Bangunlah! Wei, apahal kau lak yang pengsan? Sepatutnya aku yang pengsan bukan kau. Yang kena kahwin tu aku bukannya kau. Mien! Bangunlah…” Zara menampar perlahan pipi Mien.

Kenapa Mien pengsan? Apa teruk sangat ke kalau Zara kahwin dengan Kumad? Tapi dari reaksi Mien nampak sangat kombinasi Zara dan Kumad memang tak ngam! Bak kata Mien dunia boleh terbalik kalau dua musuh seteru nie berbaik. Aish, hiperbola betul Mien nie.

——————————————————–

“Aku nikahkan dikau Ku Ahmad bin Ku Arshad dengan Zara Nameera binti Zulkarnain dengan mas kahwin sebanyak RM 150 tunai…”

“Sah? Sah? Sah… Alhamdulillah.”

Kumad dan orang disekeliling menadah tangan mereka mendengar Imam Khairun membaca doa. Selesai mengaminkan doa, Kumad menuju ke arah Zara untuk sesi membatalkan wuduk pula.

Zara berdebar-debar melihat Kumad yang sedang menuju ke arahnya dalam hati tu Tuhan saja yang tau betapa Zara rasa hatinya nak tercicir… tunggu masa ja nak jatuh.

Lensa-lensa kamera tidak henti-henti menyala menangkap saat terindah dalam hidup Kumad dan Zara. Kumad menyarungkan cincin ke jari runcing Zara dan Zara tunduk menyalami tangan Kumad. Kumad boleh rasakan betapa sejuknya tangan Zara macam ais batu!

Sebelum Kumad menciumi dahi Zara dengan perlahan Kumad bersuara… “Tangan kau sejuk.. kau takut dengan aku ya? By the way… welcome to the hell.” Serentak itu senyuman penuh makna tercetus dibibirnya sebelum hinggap di dahi Zara. Semakin galak pula lensa-lensa kamera berdecit merakam aksi mereka.

Walhal dalam hati, Zara mengumam ‘Masaklah aku… memang pendeklah ajal aku hidup dengan mamat otak separuh siap nie…’

Sebelum bersanding Zara berjumpa dengan Mak Kiah untuk mengambil geran. Tersenyum lebar orang tua tu bila Zara dah sah bergelar isteri Kumad sebabnya dia bakal dapat duit berpuluh ribu dari Kumad. Tu yang Zara tak tahu. Yang Zara tau dia lega geran tanah mak dah ada dalam tangan dia balik.

——————————————————–

Tepat jam 2 pagi, Kereta mewah Bently milik Tan Sri Ku Arshad tiba di Villa Surga Cinta milik keluarga mereka. Mereka tiba agak lewat memandangkan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tidak putus-putus. Maklumlah anak orang kenamaan yang berkahwin. Kawasan villa tu agak lengang memandangkan segala-galanya dilakukan di hotel dan akad nikah pula di masjid.

“Turun.” Pendek saja ayat Kumad.

Zara menurut saja. Sekali imbas dia memerhatikan kawasan dan nama villa tersebut. Surga Cinta?? Apa orang-orang kaya pun layan band indon ke? Ingatkan orang-orang kaya ni hati besi rupa-rupanya hati bunga jugak. Tanpa sedar dia tergelak kecil. Apa kau ingat orang-orang kaya nie Mutant? Tak ada perasaan ke Zara oii.

“Kau apahal gelak? Seronok sangat kahwin dengan aku?” tiba-tiba Kumad bersuara.

Zara tak menjawab tapi jelingan maut sedas dihadiahkan pada Kumad. ‘Tolonglah aku kahwin dengan kau nie sebab terpaksa tak dak maknanya aku seronok!’ Zara menjawab dalam hati.

“Ingat kau jeling macam tu aku takut?? Kirim salam!” Kumad terus berjalan untuk masuk ke dalam rumah.

Zara yang cepat-cepat mengikut di belakang Kumad untuk memasuki rumah juga tapi tiba-tiba ada tangan menghadangnya memasuki rumah. Tangan siapa lagi? Tangan Kumad lah.

“Kau nak pergi mana?” Kumad menyoal.

“Err… bilik la kot…” Zara sendiri pun tak pasti dengan jawapan dia. Yala dia pun baru first time jejak kaki dekat villa nie.

“Bilik kau dekat sana.” Lurus Kumad menunjukkan arah ‘bilik’ Zara tu.

“Sana mana? Tak nampak pun bilik…” melilau mata Zara mencari ‘bilik’ yang Kumad tunjukkan tu.

“Tu yang warna merah tu. Buta ke! Tu bilik kau.”

“Merah?” akhirnya Zara nampak jugak ‘bilik’ dia. “What?? Tu bukan bilik tu store! Tak kan aku nak tidur dekat si….” Belum sempat Zara habiskan ayatnya.

“Bummmm!” Kumad dah tutup pintu utama.

“Memang tak bertamadun mangkuk nie. kecik-kecik tak nak mampus, besar-besar lagi liat nak mampus! Erghh, sabar Zara… sabar… iman kau kuat lagi.” Akhirnya lemah kaki Zara melangkah ke ‘bilik’ barunya itu. Sebaik tombol ‘bilik’ tu dibuka Zara terkedu! Beg ditangan terlepas ke tanah melihat keadaan ‘bilik’ tu.

“YaALLAH! Bilik ka tempat jin bertendang!” Zara rasa nak pengsan. Kerusi meja tunggang terbalik. Tilam berlipat dua. Katil di tengah-tengah jalan. Penyapu bertabur atas lantai. Sampah tak payah cakaplah dah macam hiasan atas lantai tu. Bersepah!

Hampir menangis Zara rasakan. Nie baru malam pertama… hari-hari yang mendatang? Wallahualam… tuhan saja yang tau.

“Tak boleh Zara, kau tak boleh kalah! Kau kena kuat… nie baru sikit mamat tu nak perdajal kau. Kalau awal-awal lagi kau surrender mesti mamat tu perlekeh kau. Kau boleh buat Zara.Gambatte!” Zara tiba-tiba bersemangat. Beg di letakkan di tepi pintu dan sesi mengemas ‘bilik’ bermula!

Permulaan hidup Puan Zara Nameera sebagai isteri Ku Ahmad adalah… mengemas bilik store pada malam pertamanya. Memang tragis!

——————————————————–

“So, how’s your first night? Ada kick tak??” muka miang-miang keladi dah menjelma.

“Apa kata aku Kick kau? Nak tak? Lagi best…” Zara menunjukkan kakinya.

“Ala, gurau-gurau sikit tak boleh kau nie. Cuba story sikit pengalaman jadi isteri orang dekat aku yang tak jadi isteri orang lagi nie. Any good tips ke?” Mien menongkat dagu memerhati Zara. Kedua-dua tanggannya diletakkan di atas meja.

“Hurmm… good tips? Ada! Nanti bila kau dah kahwin perkara pertama kau kena buat masa first night kau jadi isteri orang… kau…” Zara diam tiba-tiba, dia tersenyum penuh makna dah.

“Apa? Buat apa?” Mien dah bersemangat!

“Kau letak racun dalam air minuman laki kau. Biar dia mati terus!”

“Choi!! Mien menjerit kuat. “Mulut kau nie memang sue!” Mien memaki-maki Zara dalam bahasa cinannya. Terherot-herot bibir amoi nie mengutuk Zara.

“Hahaha! Kata nak good tips? Aku bagi dah la tu.” Zara ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Mien.

“Tu bukan good tips! Tu tips nak aku cepat menjanda!”

“Aku cakap betul lah tu Mien… in case kalau kau dapat laki yang macam Kumad tu, aku rasa tu la benda first kau kena buat kalau kau tak nak merana macam aku.” Suara Zara dah berubah serta-merta.

“Apa nak touching-touching nie, Kumad buat apa dekat kau?”

“Arghhh… aku tak nak jadi bini dia Mien! Aku tak nak dekat dia… uwaaa!” tiba-tiba Zara meraung dekat tengah-tengah kedai makan tu. Soalan Mien dibiarkan tak berjawab.

“Woi-woi, tau lah tengah sedih perlahan la sikit suara tu orang tengok tu! Malu la wei… shuhhh…” Mien tersenyum-senyum ke arah orang yang sedang memerhati mereka.

“Kau apa tau? Mamat tu mental tau tak! Ada ke hari tu dia sepak pintu bilik aku semata-mata nak suruh aku bangun cat rumah dia yang bapak gila besar tu. Huh!”

“Dah tu kau buat ke?”

“Buat lah dah dia ugut aku… tapi kan… tak da maknanya aku nak cat rumah dia cantik-cantik. Kau tau aku buat macam mana?” Zara tersenyum sebelum sambung ayatnya. “Aku simbah ja cat tu kat dinding rumah dia. Habis bertompok dinding rumah dia. Padan muka! Suruh lagi aku buat kerja gila tu.” Zara ketawa, tadi menangis sekarang gelak macam esok dah tak ada pulak.

“Gila kau. Bapak mertua kau tak mengamuk ke kau buat macam tu kat rumah dia??” Mien muka dah teruja sangat. Berani mati betul Zara nie.

“Huh, tengok anak dia la… kalau anak pun dah tak serupa manusia nie kan pulak bapak dia, lebih kurang dua-dua beranak tu. Pelik macam makhluk asing. Lagipun dari hari first kami kahwin lagi, bapak mertua aku tu tak ambik tahu hal kami.” Sesedap rasa ja Si Zara nie mengutuk suami dengan bapa mertua dia… ish, ish , ish.

“Lepastu kau tau tak mamat tu suruh aku tinggal dalam store! Tau tak store? Store tempat orang simpan barang tu… dia ingat aku nie kucing kurap ke apa suruh tinggal dalam store? Tak ke gila tu? Kalau tempat tu dia suruh orang gaji dia kemas tak pa la jugak nie aku yang kena kemas sendiri kau tau. Dah la tempat macam tempat jin bertendang! Sepah macam kena hentam dengan taufan Katrina.” Zara kalau cakap ayat mesti hiperbola yang melampau-lampau.

“Serius? Kau tinggal dalam store? Perghh! Zionis gila Kumad nie…” Mien mengurut dagunya yang licin tu.

“Betul! Memang zionis. Kejam! Isk, isk, isk…”

“Tapikan… setahu aku lah kan, rumah Kumad tu bukan sebarang rumah. Villa tu! Mesti besar gila macam istana… then dia punya store pun mesti besar jugak kan? Silap haribulan lagi besar dari rumah sewa aku tu…” Mien mengalih pandangannya ke Zara. Zara tiba-tiba berhenti dari menangis kemudian tersengih macam kerang busuk.

“Hehehe… besar tu besar la jugak. Macam rumah sewa kau ada la sikit saiz dia… hehehe.” Zara tersengih lagi.

Mien dah mula mencebik mulut. “Kau buat teruk boleh.”

“Tapi! Dia masih tak patut suruh aku tinggal sorang-sorang dekat store tu. Tak berperikemanusiaan. Kumad tetap kejam!”

——————————————————–

Minggu tu minggu terakhir Zara kena hantar kerjanya. Tapi…

“Kumad mana Kumad?! Mana jantan tak guna tu?”

Mien pelik melihat Zara tiba-tiba macam orang gila serang bilik kuliah Kumad. Tapi Kumad tak ada pun dekat sana.

“Zara. Kau kenapa buat kecoh kat sini? Malu orang tengok. Jom!” Mien dengan susah payah menarik Zara yang tengah mengamuk pergi tempat lain.

“Kau kenapa mengamuk tak tentu pasal? Tak malu ke wei…” sambil tu Mien menghulurkan air kepada Zara. Biar dia tenang sikit tapi Zara hanya letak air tu di sisinya.

“Aku tension tau tak. Tension… tension!” Zara menumbuk paperwork ditangannya. “Kau tengok nie. Kau tengok paperwork aku nie!”

Mien menyambut huluran kertas yang Zara bagi tu dan…

“Hahahahahahaha! Beb! Aku tak tau pulak yang hubby kau nie kreatif ada bakat terpendam. Pandai melukis kartun… hahaha… kau tengok Powerpuff girls, spongebob nie… eh, sin chan pun ada? Comelnya! Haha, kiutnya dia lukis ninja turtle nie… pergh! Doraemon dengan Power rangers pun termasuk sekali? siap letak kaler-kaler lagi. Haha! Wait-wait! Mak atasinchi pun ada?? Adoi, sakit perut aku Zara… lawaknya…” Mien dah gelak berguling-guling dekat atas simen jalan. Memang tak senonoh amoi sorang nie.

“Woi, bangunlah! Orang tengok tu… buruk sungguh perangai. Kawan tengah tekanan perasaan dia boleh bantai gelak. Tak bertimbang rasa langsung. Huh!” Zara menampar kuat paha Mien.

“Hahaha! Sorry, Zara… aku tak boleh kalau tak gelak. Seriously boleh mamat tu buat kerja macam nie? adoi, comel gila kartun yang dia lukis macam kindergarden punya budak lukis.” Mien mengesat air mata yang keluar dari tubir mata dia sebab gelak banyak sangat.

“Comel tak comel. Paperwork aku tu. Kau tau kan 3 hari 3 malam aku bersengkang mata nak siapkan projek nie sebab nak tampung carrymark aku yang dah macam nyawa-nyawa ikan tu pasal aku tak nak repeat lagi paper Madam Kuan Lin tu… last-last kau tengok! Madam Kuan Lin reject paperwork aku bulat-bulat kau tau tak! Dia siap cakap lagi, aku nie perangai macam budak-budak belum mumaiz. Ntah macam man dia tau istilah mumaiz tu aku pun musykil. Kalau aku cakap Si Kumad punya kerja memang mati hidup balik Madam Kuan Lin tu tak percaya. Last-last aku kena menipu cakap adik aku punya kerja. Padahal celah mana aku ada adik pun aku tak tau! Tension tau tak? Tension! Menipu satu hal, kena repeat paper satu hal. Erghhhh! Semua sebab kuman bakteria tu aku kena repeat paper Madam Kuali nie.”

“Ish, ish… agak la kau nie pun, ada ke patut panggil Madam Kuan Lin tu Madam Kuali… tau la nama diaorang nak iras-iras. Tapikan kalau kau dapat cari Si Kumad tu pun, nak ke dia mengaku dia punya kerja? Aku tak rasa mamat ego tinggi melangit macam Si Kumad tu nak mengaku semua nie dia yang buat.” Mien memberi pendapat yang agak bernas juga pada pendengaran Si Zara nie.

“A’ah kan… macam la Kumad tu nak mengaku dia perdajal aku kan… tapi tak kan nak biar ja dia terlepas? Ini tidak adil!” Zara tak puas hati.

Mien hanya mampu menjongketkan kedua-dua bahunya serentak tanda ‘I have no idea at all.’ Lama dua sahabat nie terdiam sebelum…

TING!! Mentol bulat meyala atas kepala Zara.

“Aku ada idea… Muahahaha!”

“Wooo… agak-agakla kalau ada idea pun. Muka tu cover la sikit dah macam mak tiri nak baling anak tiri dia dalam gaung ja aku tengok. Menakutkan!”

Zara tersenyum makna. ‘Kumad… ada ubi ada batas, ada hari aku balas jugak… kau tunggulah.”

——————————————————–

Pagi tu suasana dalam Villa sepi saja. Hurmm, yang sebetulnya hari-hari villa tu sepi. Zara tersenyum sorang-sorang memerhatikan keadaan sekeliling. Daddy tak ada, Kumad mana? Kepala Zara masih melilau lagi.

“Bik, Tuan Muda mana?” Zara terus bertanyakan pada Bibik lepas tak nampak kelibat Kumad.

“Ya, gayanya Tuan Muda sudah keluar kok awal pagi lagi. Katanya mahu lari-lari perlahan di taman. Apa itu jogging ya? Bik pun enggak pasti. Tapi yang pasti Tuan Mudanya sudah keluar.”

“Ooo, ok-ok… terima kasih Bik.” Zara memberi senyuman pada Bibik.

Langkah kaki diatur perlahan-lahan ke tingkat atas. Sekali tengok macam penyamun tarbus pun ada gaya Si Zara nie. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik Kumad, dia memulas tombol pintu dengan berhati-hati… Kepalanya disuakan sedikit ke dalam bilik dan senyuman penuh muslihat terbentuk dibibirnya bila melihat apa yang dia cari di dalam bilik Kumad terletak elok di atas meja kerja Kumad.

Its revenge time… Kumad.

——————————————————–

Tepat jam 9 pagi, Kumad dah balik. Zara buat tak tahu saja. Matanya langsung tak di alih dari televisyen.

“Bik!” Kumad melaung

“Ya, bik datang nie. Ada apa Tuan Muda? Tuan Muda haus ya? Ini Bibik ada bawakkan airnya.” Bibik nie service memang tip top tak payah cakap dia dah tahu.

“Hurmm, terima kasih. Bik dah bakar belum sampah dekat belakang rumah yang saya suruh pagi tadi?”

“Dah! Udah diberesin dong… ya, pada mulanya. Kepala Bibik nie pusing mahu cari kertas untuk dibakarin. Tapi mujur Non Zara bantuin… jadi kerja Bibik jadi beres.” Bibik tersengih-sengih depan Kumad.

“Hurmm, baguslah.” Kumad hanya menjeling Zara dari hujung matanya. Sebelum kaki di atur ke tingkat atas.

“Countdown, Zara… 5… 4… 3… 2… 1…” Zara mengekek.

“BIK!!!!!!” tiba-tiba bergema satu villa dek tempikan suara Kumad.

“Tanam jagung atas batas, dah aku kata kau buat aku balas.” Berguling-guling Zara ketawa atas karpet di ruang tamu. ‘Hahaha! Rasakan Kumad. Rasakan…’ tunggu lagi? Terus Zara cabut dari Villa tu. Kunci skuter di capai sebelum dirinya jadi mangsa Kumad.

“Ya, ya… bik datang nie.” terkocoh-kocoh Bibik berlari ke ruang tamu.

“Mana model bangunan saya yang ada atas meja dekat bilik saya tu?” Muka Kumad merah padam menahan marah.

Bibik separuh mati kecut perut tengok muka Kumad masa tu. “Ooo, itu kotak-kotak putih buruk ya? Bik sudah bakarin tadi kok sama-sama sampah lain seperti yang Tuan Muda suruhin…” menunduk kepala amah nie.

“What?! Kotak-kotak buruk! Bik tau tak tu model bangunan saya. Penting!” melenting suara Kumad. Sedangkan Bibik hanya menunduk kepala. Takut punya pasal. Kumad mendengus kasar. Marah Bibik bukannya boleh selesaikan masalah dia. Model dia tu bukannya boleh dapat balik. Nie semua Zara! Zara punya kerja.

“Zara. Zara mana?” Kumad mencari Zara.

“Non sudah keluar…” takut-takut Bibik menjawab.

“Perempuan nie memang nak kena dengan aku. Jaga kau Zara.” Kumad mengepal penumbuknya.

‘Datang bertandang tak jemput masuk, memang dasar hati kau busuk!’

——————————————————–

“Kumad, kau dah gila ke? Tak kan dengan bini sendiri pun jadi kerja jugak? Agak-agak la…” Qi atau nama penuhnya Chong Tai Qi (ala-ala tangki air la tu. Hehe)

“Sebab dia bini aku la yang jadi kerja nie.” Kumad masih bercangkung di sisi skuter ego pink Zara.

“Bro, beragak la nak pancitkan tayar Si Zara tu. Jenuh dia nak menapak balik nanti… workshop paling dekat pun 5 km dari sini. Azab budak tu nak menolak skuter nie nanti.” Bood pulak mencelah.

“Ah, biarkan. Biar dia rasa azab nak menapak balik nanti siap suruh dia bakar model hotel aku? Gila punya perempuan. Macam nak mati aku bertungkus lumus 3 hari 3 malam nak siapkan model hotel tu, dia senang-senang bagi dekat Bibik suruh bakar. Lantak dia.” Kumad betul-betul nekad nak perdajalkan Zara kali nie.

“Masalahnya, kau yang cari pasal dulu! Yang kau pergi conteng paperwork dia tu sampai dia kena repeat paper Madam Kuan Lin tu kenapa? Kau yang mula dulu bukan dia.” Bood masih tak puas hati dengan statement Kumad yang dah sah-sah berat sebelah. Memihak kepada Kumad sendiri.

Dari mencangkung terus Kumad berdiri, betul-betul di hadapan Bood.

“Kau apehal? Lantak aku lah, bini aku bukan bini kau. Masalah sekarang kau nie kawan aku ke kau kawan perempuan senget tu!” Kumad menunjal-nunjal dada Bood. Bood muka tak puas hati ja.

“Kau tu yang ego!” tak mau kalah Bood pun.

Belum sempat Kumad nak bukak mulut Qi dah celah. “Wooo… relax la… tak kan pasal perempuan kita yang dah bertahun kawan nie nak bergaduh? Chill lah. Bood nak nasihat kau ja Kumad. Tak payahlah nak emosional sangat.”

“Huhh.” Kumad merengus kasar, dia kembali mencangkung dan memicit tiub angin tayar skuter Zara untuk mengeluarkan angina.

“Kepala batu!” Bood mengumam perlahan. Kumad dengar tapi buat tak tahu ja.

“Wei, cepat sembunyi! Aku nampak Zara dah datang sini. Cepat.” Pakat berterabur mereka bertiga lari. Takut Zara nampak. Mereka menyelinap di belakang-belakang kereta yang berada dalam kawasan parkir kereta tu. Terjenguk-jenguk kepala masing-masing mengendap Zara. Paling excited sekali of course lah Kumad.

——————————————————–

“Aku rasa nak tuntut cerai fasakh la dekat Kumad. Kau rasa ok tak?” Zara tiba-tiba bersuara.

“What the hack? Cerai! Kau gila baru 2 minggu kau kahwin dah nak cerai? By the way fasakh tu apa?” Innocent ja muka Mien tanya dekat Zara.

Zara menepuk dahinya kuat. ‘Allah! Silap tanya orang la pulak. Yang aku pergi tanya amoi nie kenapa? Manala dia tau fasakh, khuluk tu apa. Sengal kau Zara.’ Zara mengumam dalam hati.

“Err, kau abaikan fasakh tu. Kita cakap pasal cerai ja sekarang. Kau rasa ok tak aku mintak cerai dengan Kumad?”

“Tak boleh ke kau cuba bersabar sikit dengan Kumad? Mana la tau, nanti dia berubah dan korang boleh hidup happily ever after macam Cinderella, snow white tu… kan romantik tu.” Mien dah terbayang-bayang muka putera kacak.

“Lutut mak timah kau romantik! Kumad tu hati batu, kepala simen, jantung konkrit, perut besi! Mana dia tau istilah romantik tu apa. Aku dah tak tahan la Mien… dia asyik nak perdajal aku ja. Bukannya kau tak nampakkan macam mana dia selalu cari pasal dengan aku. Hari tu dia suruh cat rumah banglo dia yang bapak gila besar tu lepastu paperwork aku dia bagi jahanam… lepas nie apa pulak rancangan mamat tu nak perdajal? Aku dah penat lah Mien. Aku penat nak layan kerenah mamat tu… huhh.” Zara termenung jauh.

“Walaupun aku tau kau dengan Kumad nie tak sebulu tapi I have strong feeling that you should stick to Kumad. You two seems suit each other. That’s my opinion. Terpulang pada kau. Yang kahwin dengan Kumad… kau bukan aku. Think carefully!” Mien memberi peringatan.

“Whatever miss Mien Susan… tu skuter aku, aku parkir depan nie ja. Kereta kau mana?” Zara menyoal Mien.

“Aku parkir belah sana. Aku balik dulu ya. Bye.” Mien melambai tangan ke arah Zara.

Zara hanya melambai sambil senyum pada Mien. Langkah kaki kemudian di atur ke arah skuternya. Zara masih tak tahu apa yang akan terjadi padanya baru tadi dia sebut pasal bala dari Kumad dan sekarang dia bakal hadapinya. Enjin skuter dihidupkan…

“Eh, apa hal lak lelong ja skuter nie?” Zara berhenti semula, kepala dijengahkan ke arah tayar skuter.

“Pancit? Peliknya baru semalam aku isi angin. Siap tukar tayar baru lagi. Tak kan hari nie dah pancit?” Zara mengaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba…

“Ponnn! Ponnnnn!” kereta Kumad berhenti betul-betul di sebelah Zara. Cermin kereta di turunkan dan wajah Kumad muncul.

“Cik Senah orangnya telinga pekak, tayar motor pancit ya kak? Hahahaha!” Kumad ketawa kuat.

“Hari-hari pergi pekan, nie mesti kau punya kerjakan!” Zaras mengenggam kedua-dua tangannya.

“Kalau aku punya kerja pun, so what? Kau nak buat apa? Hahaha! Potong cili potong cabai, bye-bye!” cermin mata hitam di pakai semula, cermin kereta dinaikkan dan minyak kereta ditekan laju.

“Woi!! Nie skuter la ngok, bukan motor! Pendek akal, motor dengan skuter tak tau beza. Huh!” Zara menjerit kuat walaupun dia tau Kumad takkan mendengar jeritan dia tu.

“Pak Aji suka nombor sebelas, jaga kau tunggulah aku balas…” kemudian pandangannya teralih ke arah skuternya.

“Menapak la jawabnya aku nie…”

——————————————————–

“Dia pancit tayar motor kau? Patutla semalam kau telefon aku pun suara mengah-mengah kau kena menapak balik ya semalam…” Mien mengangguk kepalanya berkali-kali entah apa yang dia anggukan pun Zara tak faham.

“Kau dengan Si Kumad tu sama ja. Tu skuter, skuter! Bukan motor. Nama ja budak universiti, motor dengan skuter tak tau beza…” Zara membebel

Mien hanya tersengih-sengih menutup malu.

“Tanya lagi. Menapak la aku semalam. Macam nak terputus nyawa aku nie tolak skuter aku ke bengkel tu. Gila jauh. Agaknya kalau semalam aku tak kuat semangat hari nie kau tak jumpa dah aku.”

“Hish, mulut celupar kau nie. Lepas tu, kau buat apa pulak nak balas balik dekat Kumad?” Mien faham sangat apa yang kawan dia yang sorang nie fikir. Dah sah-sah nak balas dendam dekat Si Kumad tu.

Zara tersenyum. “Pandai pun kau. Macam tau-tau ja apa yang aku tengah fikirkan. Nak tau aku buat apa? Sini, aku bisik.”

Mien mendekatkan telinganya ke mulut Zara. Zara membisikkan pelan nak rosakkan hari-hari yang indah Kumad pulak. Berkerut-kerut dahi Mien mendengar rancangan Zara, sekejap dahi dia berlipat, sekejap dia senyum, sekejap dia mengurut-urut dagunya pula.

“Amacam?? Baik punya pelankan aku punya otak.” Zara tersenyum bangga.

“Perghhh! Cayalah beb! Otak hantu jugak kau nie bab-bab mengena orang ya. Tak sangaka aku.” Mien menepuk-nepuk bahu Zara tanda kagum.

“See the leg aaa…banyak licin tau!” Zara tergelak kecil.

‘Rasakan Kumad, rasakan… kau ingat senang nak buli aku? Heyy, kalau tidak bukan Zara Nameera Zulkarnain lah kalau senang kena buli.’

——————————————————–

“Bood, kau nampak muka perempuan tu tadi? Berkerut-kerut wei, bila aku reject dia… Haha!” Kumad ketawa bangga.

“Kau tau tak pe, kelat muka perempuan bila kau cakap muka dia bersepah dekat tepi jalan! Tapi yang pelik tu perempuan tu tak tahu malu gila, boleh dia merayu-rayu dekat kau lagi lepas kau cakap macam tu dekat dia. Apa kau guna minyak senonyong ke Kumad?”

“Entah, habis semua budak perempuan dekat kampus kita syok dekat kau. Sudah-sudah lah tu kau dah ada bini, perempuan lain tu pas lah kat kitaorang lak.” Qi pulak mencelah.

“Hello, orang kacak dan hensem macam aku nie tak payah pakai minyak senonyong pun, aku kenyit mata sikit je sangkutlah semua perempuan-perempuan tu… Dah, tutup kes… So, malam jadi pelan kita nak pergi Cherry’s Night Club?” Kumad masih tak tahu bala yang bakal dia hadapi nanti.

“Jadi ja… kitaorang takut kau la kena gari kaki dengan bini kau. Kan Bood?” Qi menyiku Bood niat mahu mengusik Kumad.

“Betul-betul.” Bood sokong.

“Tolong sikit aku tak takut bini ok!” Kumad berkata sambil tangannya sibuk menyelongkar beg galasnya mencari kunci kereta kesayangannya tu. Dalam hati Kumad sambung ‘Bini aku tu yang tak takut dengan aku.’

Tiba-tiba Qi dengan Bood berhenti mengejut! Sampai Kumad terlanggar belakang mereka.

“Apa berhenti tak bagi isyarat nie?” Kumad masih tak nampak apa yang kawan-kawannya nampak.

“Aku rasa pelan kita malam nie kena cancel la bro…” Bood bersuara. Suara dia tegang semacam.

“Aku pun rasa macam tu la.” Qi menangguk kepalanya berkali-kali.

“Pehal pulak cancel? Dah baik punya plan nak clubbing malam nie.” berkerut dahi Kumad dengar jawapan Qi, Bood. (sekali dah macam keyboard pulak rasa. Hehe.)

“Tu.” Jari Bood lurus menunjuk ke hadapan. Kumad pun mengalihkan pandangannya ke arah yang Bood tunjukkan dan…

“Kereta aku!!!” Kelam-kabut Kumad berlari ke arah keretanya. “Sapa punya kerja nie? Sial! Nie mesti kerja perempuan tu. Aku tau Zara punya kerja nie.” Muka Kumad merah padam menahan marah.

Apa taknya, habis ‘botak’ keretanya! Keempat-empat tayar keretanya di pancitkan dan di cabut terus… siap ada bata lagi yang di susun cantik-cantik sebagai ganti tayar. Tayar kereta Kumad pulak di susun cantik-cantik atas bumbung keretanya. Paling Kumad bengang siap ada gambar sin chan jelir lidah lagi dekat cermin keretanya di lukis besar-besar. Haha.

Hati Kumad panas!

“Perghh! Macam tak caya aku rasa nie Zara punya kerja. Memang horror la bini kau Kumad! Rasa macam aku tengah mimpi ja…” tiba-tiba…

“Pang!!” Qi melempang muka Bood.

“Kau apehal lempang aku? Sakitlah mangkuk!” Bood tak puas hati.

“Tak la dah kau kata macam mimpi, tu yang aku lempang kau bukti kau tak mimpi. Sekarang kau pulak lempang aku. Aku pun rasa macam tengah mimpi nie.”

Tak tunggu lama Bood lempang Qi balik… “Pangggg!!!” lagi kuat dari Qi lempang dia.

“Woi, lempang sikit-sikit dah la… sakit!”

“Hehe… kita sama-sama sakit. Kita tak mimpi. Maknanya memang betullah nie. Wow! Zara memang super awesome cool…” Bood teruja.

Kumad yang memerhati gelagat kawan-kawannya makin bertambah panas hati.

“Aku tengah bengang kereta aku kena jahananam, korang boleh lawan lempang muka. Sebelum aku lempang muka korang jadi lempeng hangit, baik korang telefon mekanik cepat suruh datang sini!” Kumad melenting, kelam-kabut Qi dengan Bood menelefon mekanik.

“Hello, Bengkel Wangsa Maju?? Err, apa? Nie Restoran Nasi Kandar Mentol? Sorry-sorry wrong number.”

Bood mengetuk kepala Qi.

“Kau pergi telefon nasi kandar tu buat apa? Sengal!”

Qi hanya mampu tersengih…

Muka Kumad? Dah macam gunung berapi nak meletup.

Tiba-tiba…

“Pinnn! Pinnn pinnn!” comel ja bunyi hon skuter ego pink Zara, dengan pakai helmet kura-kura warna pink siap dengan google pink dia lagi Zara muncul.

“Pakai handset tiga-tiga sekupang, tayar pancit ya bang? Hahahaha!” kali nie giliran Zara pulak gelakkan Kumad.

“Hari-hari makan buah ciku, apa kau dah buat dengan kereta aku!” Kumad macam nak telan Zara.

“Sidai baju kain basah, kalau betul aku buat apa kau kesah?? Haha” Zara masih giat mengusik Kumad.

“Kau… ergghhh! Kauu…” Kumad dah nak serang Zara tapi mujur Qi tarik Kumad.

“Hari-hari makan buah rambai, bye-bye… tolak kereta baik-baik ya bang. Muahhh!” Zara terus memulas minyak motornya. Kemudian dari jauh Kumad nampak Zara melambai tanpa menoleh ke belakang menambahkan lagi sakit hatinya.

“Zara… sarang tebuan jangan dijolok… nanti sendiri yang sakit!”

——————————————————–

Pintu belakang kafeteria di tolak perlahan. Bahagian tukang masak di tuju.

“Wei, kot ye pun bapak kau potong elaun duit kau… takkan lah sampai nak mintak kerja kat sini kot? Agaklah bro… jatuh saham kalau awek aku tau nanti.” Bood protes.

“Eh, aku tak tau pun kau pandai masak Kumad? Masak lemak tempoyak kau tau masak tak?”Qi teruja…

“Apa yang korang merapu nie? bila masa aku cakap aku nak cari kerja. Jangan nak merapu boleh tak? Jalan cepat sikit nanti orang nampak kita kat sini.” Kumad memberi arahan. Mereka bertiga menyusup masuk ke dalam Kafeteria dengan berhati-hati, kiri kanan diperhati takut ternampak dengan orang yang nak jadi mangsa mereka.

“Kau nak perdajal Zara lagi ek?”Tiba-tiba Bood bersuara.

“Shuhhhhh!” Kumad memberi isyarat diam sebelum tangannya memberi isyarat ‘LINE CLEAR!’

——————————————————–

“Zara aku lapar… jom pergi makan nak? Jom lah, aku lapar…” Mien merengek-rengek

“Tau melantak je kau nie, mana badan tu naik macam belon kena pam…” Zara hanya mengeleng kepala.

“Ala… tak mau la cakap macam tu kat aku. Jom la… nanti aku exercise la bagi berat turun. Lagipun orang cakap kalau pun kita diet makan tetap kena makan tidak kita tak ada tenaga. Kan? Kan?” Mien tersengih lagi.

“Cakap banyak jom la cepat… makan dekat café ja.”

“Your treat?”

“Ye, ye… aku bayar. My treat. Cepatlah jalan. Jalan lambat macam mak nenek.”

UnioCafe’s dituju.

——————————————————–

“Akak! Mee goreng satu letak telur dadar seketul atas ya. Teh O ais satu. Sate 50 cucuk.” Mien mengorder dah orang nak tolong bayar. Tunggu lagi.

“Wei, kau makan macam bela jin tau tak? Mentang-mentang aku belanja, tak habis sate tu siap kau. Aku cucuk kau jadi sate!”

“Kak, saya nak nasi goreng tom yam tak nak sayur ya. Sup letak ayam banyak-banyak sikit. Kemudian saya nak mashed potato sekali mangkuk besar. Satu lagi laici kang pun saya nak magkuk besar ya. Biji selasih letak banyak-banyak sikit.” Zara pula memesan makanan.

“Paku dulang paku serpih, mengaku aku kau yang lebih. Ah, kau pun sama ja bukan makan tapi menketedarah! Lagi teruk dari aku.” Mien mencebik mulut sedangkan Zara hanya tersengih.

“Err, ehem-ehem… baik dik… ehem… nanti akak sediakan. Ehemm… adik tunggu kejap ya.” Suara akak café tu kejap kecik kejap besar. Berdehem-dehem bila cakap. Dah la tu siap cover-cover muka dengan scarf lagi.

Berkerut dahi Zara melihat akak café tu yang suaranya kejap kecik kejap besar… macam spesis makhluk dua alam ja dia dengar. Pelik.

“Err, akak tak sihat ke?” Amboi, ramah pulak Si Zara nie kan.

“Err, tak-tak… ehemmm, akak sihat je. Tunggu kejap ya… ehemmmm, nanti order adik siap.” Kakak café tu terus membelakangkan Zara dengan Mien.

‘Biji selasih banyak ya.’ Akak café tu tersenyum penuh makna.

——————————————————–

Selesai mengambil makanan masing-masing Zara dan Mien memilih tempat yang berdekatan dengan pintu masuk untuk menjamu selera.

“Apa yang sedap sangat dengan laici kang tu? Macam-macam aku tengok dalam tu… kau tak geli ke?” Mien menyoal.

“Tak… sedap ja aku rasa. Ermm, sedap… tapi laici kang hari nie rasa lain sikit lah.” Zara meneliti mangkuk laici kangnya tu.

Mien hanya menjuling mata ke atas.

Tiba-tiba pintu Uniocafe ditolak dari luar. Muka yang sekian lama jadi musuh seteru Zara muncul. Sapa lagi kalau bukan Kumad and the geng, Qi dan Bood.

Mien dengan Zara nampak mereka masuk tapi mereka buat tak tahu saja. Masing-masing khusyuk menghadap makanan sendiri. Zara pun malas nak cari pasal dengan Kumad sebab tu dia diam kan diri saja. Tapi lain pula dengan Kumad, dia datang ke café bukan nak makan. Tapi nak cari gaduh dengan Zara. Langkah kaki tiga orang sahabat tu di atur ke arah meja makan Zara dengan Mien.

‘Pehal lak mamat tu datang sini. Blah la… aku meluat tengok muka kau.’ Zara mengumam dalam hati. Tapi luaran masih steady kononnya dia tak kesah lah dengan Kumad tu.

“Ehem-ehem. Hai, Zara.” Kumad menegur Zara, bibirnya menguntum senyuman panjang yang pada pandangan perempuan nampak hensem gila tapi bagi Zara nampak macam mintak kaki ja muka Kumad masa tu.

Zara buat tak tahu.

“Oooo, kau sombong ek dengan aku.” Kumad mula tarik muka. Tapi sekejap saja sebelum tersenyum balik.

“Orang lelaki suka bermadu, sedap makan telur berudu? Hahahaha.” Kumad dah bantai gelakkan Si Zara.

Dengar ja ayat yang keluar dari mulut Kumad, muka Zara berubah terus… jadi biru! Dia rasa nak termuntah.

“Wekk.. gulpp..!” Zara dah memegang mulutnya. Kelam kabut Zara bangun dari kerusi sampai kerusi tu jatuh terlentang ke belakang. Zara berlari ke arah pintu café.

“Hahahahahaha! Padan muka kau Zara. Rasakan.” Kumad tersenyum puas hati.

“Kau! Kau! Dan kau! Memang… erghh, memang hantu! Kalau jadi apa-apa dekat Zara. Aku cari korang tiga orang. Tepilah!” Mien memaki Kumad, Qi dan Bood sebelum turut berlari keluar dari café.

——————————————————–

“Zara kau ok?” Mien mengusap perlahan belakang Zara yang tengah muntah dekat longkang luar café.

“Buwekkkk! Gulp…. Wekkkk… kau, gulp… nampak aku macam… wekkk! Ok ke ha?” tersekat-sekat Zara menjawab soalan Mien. Mien hanya boleh tumpang simpati melihat keadaan Zara sekarang.

Lepas nie taubat Zara tak makan dah laici kang. Fobia!

“Kumad tu memang sial… wekkk! Tau la nasib dia nanti… buwekkkk!” tengah-tengah sakit pun dendam kesumat tu tak hilang.

“Hai, ladies… tengah buat apa tu? Kira anak berudu yang baru keluar dari perut kau ke Zara? Haha.” Kumad tak habis-habis nak menyakitkan hati Zara.

Zara hanya mampu menjeling Kumad. Kumad mencangkung depan Zara.

“Kau ingat lepas apa yang kau buat dekat kereta kesayangan aku tu, kau boleh lepas? Mimpilah Zara. Aku takkan lepaskan kau senang macam tu ja.”

Zara mengelap bibirnya dengan tisu.

“Kenapa kau suka ganggu hidup aku? Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha? Hal dekat sekolah dulu tu lupa-lupakan ja la. Kita bukannya budak kecik lagi.” Zara dah bersandar dekat dinding café. Badannya betul-betul rasa lemah.

“Huh… kau ingat aku boleh lupa kan macam tu ja lepas apa kau dah buat dekat aku? Jangan harap! Kau tu yang musnahkan hidup aku dulu.” Kumad masih tak puas hati.

“Berapa kali aku nak kena bagitau kau, bukan aku yang report dekat cikgu pasal video tu. Aku tak tau langsung sapa punya kerja.”

“Tipu! Semua kau punya kerja. mula-mula kau tuduh aku tengok video porno tu kemudian masa aku tengah dating dengan mak we aku kau nampak kan! Lepastu kau terus report dekat cikgu Hasan cakap aku tengah buat maksiat kat dalam bilik sukan tu kan? Sampai aku kena buang sekolah! Kau yang buat aku dendam dengan kau!” Suara Kumad mula menengking.

“Subhanallah. Sumpah, bukan aku yang buat! memang aku nampak kau tengah dating masa tu tapi bukan aku yang bagitau dekat cikgu Hasan! Aku tak tau sapa punya kerja.”

Zara masih mempertahankan dirinya.

Qi, Bood dengan Mien hanya menjadi penonton setia drama swasta yang tak berbayar nie. Baru mereka tau sekarang punca sebab musabab yang buatkan Zara dengan Kumad bermusuhan!

“Hah! Alasan. Jangan harap aku nak percaya cakap kau. Kau nie penipu!” Kumad terus bangun dan meninggalkan tempat tu.

“Aku dah cakap bukan aku la mangkuk oii!” Zara menjerit sekuat hati menggunakan tenaga yang berbaki.

“Pendek akal betul laki nie. Aku cakap bukan nak caya. Nahas kau Kumad.” Zara berbisik perlahan. Mukanya nyata tak puas hati. Mien masih setia mengusap belakang Zara.

“Sabar Zara, sabar…”

——————————————————–

Seminggu Zara dengan Kumad tak bertegur sapa lepas kejadian dekat café hari tu. Di rumah seboleh mungkin masing-masing cuba elak dari bertembung. Masing-masing ego!

“Kriukk! Kriukkk!” sound effect perut Kumad yang tengah lapar.

“Ala, tengah-tengah malam buta macam nie la dia nak lapar.” Kumad merungut, perutnya ditekan-tekan. “Suruh bibik masak lah.” Tombol pintu dipulas, bilik Bibik di ruang tamu bawah dituju.

“Bik! Ooo Bik… buka pintu nie. Bik! Saya lapar nie. tolong masakkan maggi.”

Senyap. Tak ada bunyi.

“Bik!” makin kuat Kumad memanggil Bibik.

“Mana pulak orang tua nie pergi?”

Tiba-tiba Kumad menepuk dahinya kuat.

“Allah, macam mana aku boleh lupa nie. Bibik mana ada. Dia balik kampung cuti seminggu. Aduss, parah aku macam nie. Lapar gila nie. Nak masak sendiri tak tau, takkan nak tidur terus… dah sah-sah tak boleh tidur punya. Macam mana nie?” Kumad mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Melilau matanya memerhati sekeliling sebelum dia teringatkan sesuatu.

“Zara!”

——————————————————–

“Tukkk! Tukkk! Tukkk!” Sound effect ketuk pintu… hehe

“Sapa pulak yang nak kacau aku malam-malam nie. malasnya nak bangun.” Zara terus menekup kepalanya dengan bantal.

Tapi makin kuat pulak ketukan pintu tu, Zara mengalah dalam keadaan mamai dia bangun membuka pintu.

“Apa?!” Kasar Zara tanya bila nampak Kumad.

Kumad pulak terpegun tengok Zara yang tak bertudung masa tu. First time dia tengok rambut panjang Zara. ‘Cantiknya…’ Kumad terpegun.

“Woi, kalau malam-malam ketuk pintu bilik aku, pastu cangak ja depan aku baik tak payah!” Zara dah nak tutup pintu tapi Kumad tahan.

“Aku lapar.”

“So? Apa aku kesah lantak kaulah.”

“Masakkan untuk aku.” Kumad terpaksa tebalkan muka mintak tolong Zara. Darurat sangat nie! lapar yang boleh membawa mati.

“Hah! Biar kau mati kebulur. Tepi aku nak tidur. Gila pukul 3 pagi nak makan.” Zara sekali lagi nak tutup pintu.

“Aku tak kira. Kau kena jugak masak untuk aku.” Kumad terus mengheret Zara ke dapur villa.

“Woi, apa main paksa-paksa nie. Aku kasut pun tak sempat pakai. Kumad!” Zara dah menjerit pintu biliknya a.k.a store luar rumah tak sempat di tutup.

——————————————————-

“Sengal! Makin tua makin menyusahkan hidup aku. Kalau tau dari dulu lagi aku bagi singa makan mamat nie. Eii, geram aku! Dia nak makan aku kena masak.” Zara mengacau kuat maggi dalam periuk tu tanda protes.

“Dia ingat senang-senang boleh buli aku.” Mata Zara melilau mencari sesuatu dekat dapur tu. “Agak-agak racun tikus ada tak dalam rumah nie? boleh aku racunkan mamat tu. Senang sikit hidup aku lepas nie.” Zara membebel sorang diri. Satu persatu almari dapur dibukanya. Tiba-tiba matanya menangkap ‘sesuatu’. Zara tersenyum.

——————————————————-

“Patik pacal yang hina dah siapkan santapan Tuanku. Silalah jamah juadah nie.” Zara tersenyum manis.

“Sedar diri tak pa.” Kumad dengan pelahapnya terus memakan maggi yang Zara masak tu.

Zara hanya mengetap bibir. ‘Kurang ajar. Aku dah masak untuk dia pun dah kira besar rahmat! Sempat lagi mengutuk aku. Memang dasar kufur nikmat. Tak pa, taulah esok nasib kau macam mana Kumad.’ Zara berkata sendiri dalam hatinya.

——————————————————-

“Bro! kau kat mana? Dah pukul 10 nie. Datang kuliah ke tak hari nie?” Qi menelefon Kumad.

“Aku… aku ada masalah dalaman sikit…” suaranya tertahan-tahan.

“Masalah dalaman apa? Kau sihat tak nie, apasal suara lain macam ja nie.”

“Aku… aku… ok! Errr, dia dah datang. Dia dah datang. Bye!” Kumad terus menekan butang merah di handphonenya.

“Arghhhh… lega…” berpeluh-peluh dahi Kumad. “Kurang ajar kau Zara! Kau perdajal aku ya… nantilah kau.”

“Dia cakap apa?”Bood menyoal Qi.

“Entah… dia cakap dia dah datang, dia dah datang. Aku pun tak tau sapa yan dah datang. Dah la tu suara dia macam bergema ja aku dengar. Macam dalam tandas.” Bood mengerutkan dahinya mendengar jawapan Qi.

Rupa-rupanya Kumad dalam bilik termenung daa atau dalam bahasa rasminya TANDAS! Nie semua gara-gara penangan maggi Zara la. Apa tak nya dituang setengah botol julap dalam maggi tu mau tak jadi penunggu setia dalam tandas tu Si Kumad nie. Haha.

——————————————————-

“Kau letak julap dalam maggi dia?” Mien menggelengkan kepalanya berkali-kali. “Sudah-sudah la tu korang bergaduh. Dah naik penat aku tengok korang bergaduh, korang tak penat ke asyik bergaduh.” Zara mengerutkan dahinya mendengar ayat Mien.

“Apa kau cakap nie? kau sendiri tengokkan Si Kumad yan perangai macam hantu tu yang cari pasal dengan aku. Takkan aku nak diam ja bila dia buli aku. Aku kena balas balik.”

“Habis tu kalau kau tau yang Kumad tu perangai macam hantu, yang kau nak ikut sekali jadi hantu tu kenapa? Fikir-fikirkan la Zara, korang bukannya budak-budak lagi nak bergaduh segala bagai. Yang sudah tu sudah la. Mula kan hidup baru, lagipun korang dah kahwin! Cuba lah fikir masa depan fikir cara nak pulihkan rumah tangga korang nie…” Mien memberi nasihat panjang lebar dekat Zara.

“Yang kau nak berleter dekat aku nie kenapa? Tak nampak aku tengah sakit hati nie? dulu bila aku perdajal mamat tu kau sokong ja semua benda yang aku buat. Nie apehal tiba-tiba kau bangkang aku.” Zara dah mula rasa tak puas hati.

“Aku tak nak kau menyesal ja nanti.”

“Aku takkan menyesal punyalah.”

“Kau nie egolah Zara! Dah la malas aku nak layan kau… kau duduk la kat sini sorang-sorang muhasabah diri kau tu balik. Aku nak pergi kelas!” Mien terus meninggal Zara sendiri. Sakit betul hati dia orang nasihat bukan nak dengar. Kepala batu sama ja laki bini nie.

Zara terdiam. ‘Aku ego? Yeke?’

——————————————————-

“Kau nak buat apa dengan mercun-mercun nie Kumad? Banyak gila, aku rasa hari raya lambat lagi.” Qi menggaru kepalanya tanda bingung.

Bood yang tengah duduk bersantai hanya mampu menggelengkan kepalanya. “Lagi mau tanya ke Qi? Dia tak cakap pun aku dah tau tujuan dia beli mercun-mercun tu… dah sah-sah nak perdajal Si Zara tu lagi.”

Kumad tersengih panjang. “Tau pun kau. Dia ingat senang-senang dia boleh terlepas, lepas letak julap dalam aku punya maggi. Kirim salam.” Mulut cakap tapi tangan sama ligat memasukkan mercun-mercun yang dia beli tadi ke dalam guni.

“Sudah-sudah la tu Kumad. Henti-hentikanlah bergaduh dengan Zara tu. Tak untung apa pun, tak da faedahnya pun. Korang bukannya budak kecik lagi. Dah boleh jadi mak bapak budak. Lagi-lagi korang dah kahwin. Cuba bawak berbaik fikirkan masa depan korang. Cara nak selamatkan rumah tangga korang nie. Lepastu bagi anak buah baru dekat aku dengan Bood nie ha. Kan bahagia hidup macam tu.” Tiba-tiba Qi bersyarah panjang dekat Kumad. Ayat pun dah lebih kurang macam Mien. Ada jodoh tu.

“Setuju! Aku setuju dengan kau Qi. Kau basuh dia cukup-cukup Qi aku dah tak larat nak nasihat mangkuk tu. Bak kata mak aku… Bagai mencurah air kedaun keladi. Hurmm, kau nie cerdik jugak ya Qi? Aku ingat kan otak macam Patrick kawan spongebob tu. Hehe.” Bood mengekek. Kumad pun sama gelak.

“Kurang ajar kau Bood! Mulut bau tempat buang sampah. Busuk! Ha… kau Kumad. Dengar tak apa aku cakap tadi?’

“Hurmmm… dengar. Tapi sorrylah Qi. Memang tak boleh ikut cakap kau tu. Aku dengan Zara ada anak? Tak nak aku anak-anak aku dapat mak macam dia. Sewel.” Kumad balas.

Qi mengeleng kepalanya lagi. “Jangan ego Kumad. Sekali-sekala kena rendahkan ego laki kau tu sikit. Perempuan nie kita kena berlembut. Kalau dia keras, kau pun nak keras jugak. Bila nak berdamai. Aku takut kau menyesal ja kemudian hari.” Qi masih lagi cuba menasihati Kumad. Bood dah malas ambik pusing.

“Tak dak maknanya aku nak menyesal.” Degil la Kumad nie. Orang utara cakap Ketegaq!

“Ego tinggi melangit kau nie. Suka hati kau. Nanti kalau Si Zara tu cari laki lain. Melongo lah kau, lepastu jangan cakap aku tak bagi nasihat dekat kau. Malas aku nak layan orang ego tak bertempat nie.” Qi terus melangkah pergi dari situ.

“Kau tu sebenarnya sukakan Si Zara tu Kumad, mengaku ja la. Buat apa nak susahkan hidup kau nak fikir rancangan nak susahkan hidup Si Zara tu? Conteng paperwork, suruh cat rumah, pancit tayar, beli mercun segala bagai. Kau balik rumah cakap, kau cakap dekat bini kau tu I Love you babeh… habis cita. Aman damai hidup kau. Fikir baik-baik Kumad. Kau cintakan Zara.” Habis ja cakap Bood terus blah dari situ macam Qi.

“Yer ke aku suka Zara?” lama Kumad fikir dan jawapannya… “Tak dak maknyanya aku suka minah tu, jalan pun kengkang…”

Kumad nie ego sama ja macam Si Zara tu. Memang patutlah jadi laki bini.

——————————————————-

Pelan tetap pelan. Kumad dah get ready nak jalankan misinya. Guni yang penuh mercun ditarik menuju ke arah store luar rumah tempat Zara. Tapi sekerat jalan, Kumad berhenti. Apa yang Qi dengan Bood cakap semalam terngiang-ngiang dekat telinga dia.

“Huhh…” Kumad mengeluh kuat. Kumad berpatah balik ke dalam rumah.Tapi tiba-tiba dia tersenyum. Senyum penuh makna.

Ingatkan dah taubat, insaf tak mau kacau Zara. Rupa-rupanya, tukar plan!

——————————————————-

Tepat jam 3 pagi. Mata Zara masih lagi celik. Tiba-tiba malam tu dia rasa lain macam… nie semua salah Mien. Sanggup gerak Zara bangun dari tidur semata-mata nak suruh dengar dia cerita pasal date dia dengan Qi petang tadi. Zara daripada dah tidur terus tak boleh tidur. Tiba-tiba Zara teringat balik perbualan dia dengan Mien.

“Kau dengan Qi? Bila?! Aku tak tau pun…” Zara terkejut dengar Mien dengan Qi.

“Lama tu tak lama la jugak… aku memang nak bagitau kau. Tapi aku takut kau marah. Yala Qi tu kan kawan Kumad… nanti kau cakap aku khianat kau pulak.”

“Ada pulak macam tu. Dengan sapa kau nak couple tu hak kau, aku tak boleh bantah sayang oiii… aku mana ada hak. Apa la kau nie. aku tumpang happy lagi ada la. So, how’s your date?”

“Sumpah best! Kitaorang tengok movie hantu Thailand seram kau. Perempuan duduk sorang-sorang kat rumah dia. Then malam tu tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu bilik dia. Serius wei seram gila. Tiba-tiba hantu terjengul depan muka dia. Gila horror… bla bla bla bla…….”

Soalan pendek ‘So, how’s your date?’ nie lah yang buat Zara terpaksa tadah telinga 1 jam setengah mendengar cerita Mien. Menyesal Zara tanya soalan tu…

Dari pukul 1.30 pagi sampai sekarang baru Mien rasa penat bercakap dan nak tidur.

“Hurmmm… Zara dah pukul tiga kita sambung esoklah. Bye.”

“Eh, jangan lah tidur! Sembang dengan aku sampai pagi esok. Nie semua salah kau aku tak boleh tidur balik. Dah lah kau cerita hantu pelik-pelik dekat aku tadi. Jangan nak mengada nak tidur.”

“Gila kau! Aku nak tidur esok aku ada date dengan Qi lagi. Hurmm, nanti kalau ada orang ketuk pintu bilik kau. Kau jangan pulak bukak. Takut nanti… hi hi hi hi… ‘Benda tu’ yang datang…” Sempat lagi dia mengusik Zara.

“Mien!!”

“Haha… aku main-main ja la. Kau nie penakut sangat. Kalau takut sangat tekup muka dengan bantal. Ok la Bye.” Terus diletaknya telefon.

“Mien! Mien… Mien?? Hello. Mien? Mangkuk la minah nie dia letak telefon. Eii, geram aku.” Zara memerhati keadaan di sekeliling. Gelap! Menyesal dia tak bukak lampu masa sembang dengan Mien tadi.

“Kau jahat Mien. Aniaya kawan kau yang sorang nie. Jaga kau esok Mien. Pendek umur kau… memang menduda Qi tu nanti aku buat.” terus di ambil bantal dan di tekup ke muka.

——————————————————-

“Tukk tukk tukkk!” pintu bilik Zara di ketuk

Zara diam.

“Tukkkk tukkk tukkk!!” makin kuat pintu biliknya diketuk

Zara telan air liur.

“Tukkk! Tukkk! Tukkk!” lagi kuat dari tadi. Masa tu tengiang-ngiang apa yang dia bualkan dengan Mien tadi. Segala jenis muka hantu yang pernah dia tengok dalam movie dah mula terbayang-bayang.

“Mien memang hantu kau.” Zara memaki Mien dalam hati.

Tiba-tiba suasana sunyi sepi. Tak ada dah bunyi ketukan. Zara lega tapi bersyukur sangat-sangat. Tapi tak lama. Telinga Zara menangkap bunyi… “Krekkk…” seolah-olah pintu biliknya di buka.

“Astagfirullahalazim… astagfirullahalazim…” Zara dah mula berzikir. Selimut di tarik kejap menutup seluruh badan.

Senyap lagi. Suasana sepi balik. Zara terdiam. “Benda tu dah tak ada ke?”

Hujung selimut di tarik sikit. Sikit ja cukup untuk mata dia melihat keadaan sekeliling. Sebaik sahaja selimut ditarik… mata Zara bertentangan dengan sepasang mata milik ‘Benda tu’. Jantung Zara dah berhenti berdegup masa tu. Benda tu duduk mencangkun betul-betul depan mata Zara! Depan mata! Bukan tepi bukan tengah bukan belakang… tapi betul-betul depan mata! Terkejut punya pasal spontan kaki Zara menyepak kuat kepala ‘Benda tu’ beserta jeritan yang kuat “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!”

Kuat gila Zara sepak sampaikan ‘Benda tu ‘ terpelanting dan terperosok ke belakang sampai ke bawah meja! “Aduhh!”

Zara dah berdiri atas katil dengan aksi berkung funya tu tiba-tiba rasa pelik bila dengar perkataan aduh.

“Hantu pun pandai mengaduh ke?” Zara pelik. Dia takut-takut berani nak mengahampiri ‘Benda tu’ tapi diberanikan juga diri. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah ‘Benda tu’.

Semakin dekat… semakin dekat… Zara nak pegang… baru tanggannya menghulur tiba-tiba…

“WArgghhhhh!” benda tu bangun menunjukkan wajahnya yang ngeri! “Aaaaaaaaaaaa!” serentak tu Zara menjerit dan sekali lagi kakinya hinggap ke kepala ‘Benda tu’ kali nie lagi kuat dari tadi. ‘Benda tu’ terlentang ke belakang dan terhantuk ke atas lantai sebelum tak bergerak. Zara pulak tak boleh nak imbangkan badan selepas sepakan tu lalu terjatuh sebelum kerusi menghempap kuat kepalanya.

Zara pengsan! ‘Benda tu’… pun tak bergerak. Dua-dua kaku.

——————————————————-

Kok! Kok kokokokk!” sound effect ayam harap maklum. Hehe.

Zara menggosok matanya perlahan. “Huarghhh…” dia menutup mulutnya. ‘Sedapnya bantal peluk aku nie.’ Zara mengguatkan lagi pelukannya.

“Ngeri betul mimpi aku semalam… hishh. Nasib baik mimpi.”

Zara tersenyum tapi senyumannya mati bila terdengar bunyi orang berdengkur. Spontan badannya terbangun, terkejut bukan kepalang bila dia ternampak ‘Benda tu’ rasa nak pengsan balik Zara rasa. Tapi Zara terfikir balik… “Hantu berdengkur?? Mustahil.” Lama dia terdiam… tapi bila terpandang telekung bibik berkerawang merah yang dipakai ‘Benda tu’ Zara dah tau siapa hantu nie.

“Kumad!!!”

“Ha? Ha?” Kumad terjaga. Kepala tertoleh-toleh ke kiri dan kanan.

“Apa kau buat dalam bilik aku?” Zara menyoal.

“Hah??” muka Kumad innocent ja. Blur semacam. Apa tak nya semalam dua kali kepala dia ‘makan’ sepakan padu Zara sampai terpelanting ke belakang. Kemudian terhantuk pulak dengan lantai. Memang semalam kepala dia macam bola.

“Kau… argghhh! Kau tak payah nak buat muka innocent depan aku. Kau takutkan aku semalam. Mangkuk kau. Kalau ikutkan hati aku belasah kau sampai kau…” Zara terdiam matanya tertancap ke hidung Kumad.

“Hidung kau berdarah…” Zara terkejut. Kumad bertambah-tambah terkejut sampai pengsan terus!

“Kumad???”

——————————————————-

“Macam mana doktor dengan anak saya?” Muka Daddy tampak risau.

“Err, kami dah beri rawatan yang terbaik kepada Ku Ahmad. Harap Tan Sri dapat bersabar.” Doktor nie pun cakap macam Kumad tu dah mati. Zara yang mendengar sah tak senang duduk takkan kena sepak sikit dah mati kot. Zara mula rasa bahang.

“Maksud doktor?”

“Kemungkinan besar sebahagian kecil ingatannya mungkin dia tak akan ingat. Means hilang ingatan.”

Daddy terduduk.

“Dari hasil rawatan kami, kami dapati ada kesan lebam di kepala Ku Ahmad. Dia ada terhantuk di mana-mana ke sebelum nie?” tiba-tiba Dr.Rahman menyoal Daddy.

“Saya tak tahu doktor. Pagi tadi masa saya nak pergi kerja, kecoh satu rumah Kumad pengsan. Menantu saya cakap hidung Kumad berdarah dan kami terus ke hospital. Saya…” Daddy terdiam sebelum memandang ke arah Zara.

“Zara tau apa jadi dekat Kumad?” Daddy tanya Zara.

Sepantas kilat Zara menjongket bahunya berkali-kali. “Tak tau, tak tau.” Penipu!

‘Matilah aku kalau Daddy tau aku sepak kepala Kumad sampai hilang ingatan.’ Zara menelan air liur berkali-kali.

“Kalau macam tu tak apa lah. Tan Sri jangan risau, Kumad tak hilang ingatan terus hanya sesetengah perkara saja dia tak ingat. Bila dia sedar nanti kita akan tau…” doktor tu senyum ke arah Zara dan Tan Sri Ku Arshad.

——————————————————-

“Daddy… daddy…” mata Kumad masih lagi terpejam. Berkerut-kerut dahinya.

“Daddy kat sini sayang. Zara panggil doktor. Cepat!”

“Baik-baik.” Tergesa-gesa Zara berlari dapatkan Dr. Rahman.

Selang 2 minit kemudian.

“Ku Ahmad dah sedar. Dia tiada masalah apa-apa tapi kami perlu tahan dia di wad untuk beberapa hari untuk pastikan dia betul-betul sihat.” Selesai berkata doktor muda tu terus keluar dari wad Kumad.

“Daddy, who is she?” Kumad menunding jari ke arah Zara.

Daddy dan Zara saling berpandangan.

“She’s your wife. Zara Nameera… remember?” Daddy mengusap perlahan rambut Kumad yang masih berbalut.

Kumad menggeleng perlahan. “No. I can’t remember single things about her.”

Daddy terdiam. Zara terus keluar dari wad Kumad. Tiba-tiba hati dia rasa sakit sangat mendengar kata-kata Kumad. Kaki dia rasa lemah dan tak boleh berdiri, dia terjatuh bersandar di dinding hospital dan tanpa dia sedari air mata laju keluar dari matanya.

Zara menangis sebab Kumad?

——————————————————-

Sepanjang tempoh Kumad di hospital Zara la yang merawatnya. Setiap kali tiada kuliah pasti dia akan ke hospital menemani Kumad.

Hari nie Kumad keluar dari hospital dan Zara menjemputnya. Sampai saja di villa, Zara hendak ke biliknya. Tapi Kumad menahannya.

“Awak nak ke mana?” Kumad menanya.

“Balik bilik aku lah.”

“Mana bilik awak?”

“Bilik aku dekat sana.” Lurus Zara menunjukkan arah ‘bilik’nya tu.

“Sana mana? Tak nampak pun bilik…” melilau mata Kumad mencari ‘bilik’ yang Zara tunjukkan tu.

“Tu yang warna merah tu. Buta ke! Tu bilik aku.”

“Merah?” akhirnya Kumad nampak jugak ‘bilik’ dia. “Tu bukan bilik tu sto…”

Tiba-tiba Zara sebak, air matanya murah saja nak turun…sebab tu belum sempat Kumad habis cakap dia terus meninggalkan Kumad. Seolah-olah malam pertama hari perkahwinan mereka. Semua macam terimbas balik. Cuma kedudukan yang mereka yang berbeza.

Kumad terpinga-pinga tak faham kenapa Zara tinggal dekat situ sedangkan Zara isterinya.

——————————————————-

“Non Zara… ooo non…” Bibik memanggil Zara di biliknya a.k.a store rumah tu.

“Ada apa bik?” Zara terus menanya sebaik pintu di buka.

“Tuan Muda mahu Non ke biliknya. Sekarang juga.”

“Huh… malas saya. Cakap saya dah tidur.”

“Tapi Non… kalau Non enggak mahu ketemu Tuan Muda. Nanti Tuan Muda enggak mahu makan. Bik takut Tan Sri marahin Bibik. Non tolong ya… pergi ke bilik Tuan Muda. Gayanya mahu Non tukarkan balutan kepalanya.”

“Yala-yala… saya buat nie sebab Bik tau.” Zara dengan malas terus menutup pintu dan mengikut Bibik memasuki rumah. lambat-lambat kaki di atur ke arah bilik Kumad.

Dalam hati tak habis-habis Zara menyumpah. Sejak-sejak hilang ingatan nie. Kumad dah buang tebiat!

Tanpa mengutuk pintu Zara terus masuk bilik Kumad. Natijahnya Zara ternampak Kumad hanya berseluar pendek sedang memakai baju…

“Sorry…” Zara nak keluar semula tapi di tahan Kumad.

“Nope, masuk ja dah siap pakai baju dah.” Dia tersenyum. Zara buat muka menyampah. Nie yang Zara meluat. Kumad dah lain! Kalau dulu tak pernahnya dia nak senyum dekat Zara. Tapi sekarang pantang nampak Zara mesti dia tersengih-sengih.

“Kenapa suruh datang sini?”

“Tolong tukarkan nie.” Dia menunjuk balutan di kepalanya.

“La, yang sakit kepala kau, tangan aku tengok dua-dua elok lagi. Balut lah sendiri. Menyusahkan aku ja.” Lagi sekali Zara nak keluar dari bilik tu. Tapi Kumad menarik tangannya.

“Saya balut tak kemas. Awak balut kemas… lagipun saya dah biasa awak yang tukarkan balutan nie. masa kat hospital selalu awak yang buatkan untuk saya.” Kumad buat muka kesian.

Zara mengalah. Mereka duduk dibirai katil. Berhati-hati tanggannya membalut kepala Kumad. Yang Kumad pulak ambik kesempatan merenung Zara, dari rambut ke dahi, dari dahi turun ke mata ke hidung dan akhir sekali ke bibir. Lama dia merenung bibir comel Zara. Sampaikan Zara tak selesa.

“Mata tu jaga sikit boleh tak. Aku cucuk karang biar buta baru kau tau.” Zara mengugut Kumad tapi Kumad hanya ketawa kecil.

“Sampai hati sayang nak cucuk abang. Tak sayang ke kat abang?”

Zara menjuling mata naik atas. “Pakai bahasa biasa boleh tak? Bahasa yang kita selalu guna. Aku kau! Bukan saya awak. Bukan abang sayang! Sumpah geli tekak aku nie. Nak termuntah.” Zara buat aksi nak termuntahnya.

Kumad hanya ketawa. “Comel sayang buat macam tu.” Zara rasa nak pengsan.

“Dah siap kepala kau nie. Tu makan nasi yang bibik masak. Kesian dia kalau kau tak makan Daddy marah dia pulak.”

“Sayang temankan abang makan ya.” Kumad menarik perlahan tangan Zara.

“Eii, lepaslah. Kau nie betul la ke tak ingat langsung pasal kita? Kau dengan aku guna bahasa aku kau bukan abang sayang. Ke kau buat-buat lupa? Orang lain semua kau ingat. Aku kau tak tak ingat. Kau nak pekenakan aku lagi kan? Baik mengaku.” Zara mendesak Kumad.

“Tak la abang betul tak ingat apa-apa pasal kita. Buat apa nak menipu? Sayang teman abang makan ya… please…” Kumad dah mengeluarkan wajah innocent dia.

Zara dah serba salah. Dia tau kalau tengok muka innocent Kumad mesti dia lembut hati.

“Mengada. Makan la cepat aku tunggu kat sini.” Kan tengok… Zara dah mengalah.

“Sayang suapkan abang…”

“Pangggg!” sekali Kumad kena lempang dengan Zara. Hahaha.

“Mengada kau ingat kau budak kecik nak bersuap-suap. Makan sendiri.” Zara buat muka garang.

Terdiam terus Kumad… laju ja tangan dia ambik sudu kemudian suap sendiri! Hahaha. Tau takut bini.

Selesai saja Kumad habis makan Zara terus bangun.

“Nak ke mana tu?” Kumad tanya.

“Balik bilik aku la. Tanya lagi.”

“Apa pulak. Sayang isteri abang kan… so, bilik sayang kat sini la.” Kumad menahan Zara dari keluar dari bilik tu.

“Jangan nak cari pasal dengan aku la malam-malam nie. Dah la tadi mengada nak macam-macam. Aku nak balik bilik aku. Aku nak tidur, penat tau tak layan kerenah kau nie. Dah tepi aku nak keluar.” Zara menolak badan Kumad yang menghalang jalannya…

“No! abang cakap tak, maknanya tak. Mulai hari nie bilik sayang dekat sini. Zara kena tidur dengan abang malam nie. Muktamad.” Kumad terus menarik tangan Zara.

“Lepas lah Kumad. Aku nak balik bilik!” Zara meronta-ronta.

Sebaik pintu bilik tu dikunci dari dalam dan lampu terpadam, suara Zara pun turut sama terpadam. Diam terus tak berbunyi.

——————————————————-

“Mien hidup aku dah musnah…” kepalanya dihentuk berkali-kali di meja.

“Kali terakhir aku tengok kau macam nie, masa kau kena kahwin dengan Kumad. Apa hal pulak kali nie? tak kan nak kena kahwin lagi kot?”

“Kumad tu gila!” tiba-tiba Zara menjerit. Nasib baik orang tak banyak kat situ.

“Gila kenapa? Dia suruh kau buat apa pulak?” Mien menongkat dagu memerhati Zara.

“Dia tu pelik! Lepas-lepas dia hilang ingatan hari tu. Dia dah jadi orang lain… lain sangat…” Suara Zara dah berubah.

“Ya la gila, ya la pelik… tapi gila dan pelik yang macam mana?” Mien menyoal lagi.

“Dia dah tak marah-marahkan aku lagi…”

“Bagus la tu. Dia nak berbaik dengan kau la tu.”

“Dia tak bagi tinggal dalam store tu lagi…”

“Ok la tu, dulu kau jugak yang bising dia kejam sebab bagi kau duduk situ.”

“Dia panggil aku sayang…”

“Dia nak manja-manja dengan kau kot.” Mien menggaru dahinya pulak.

“Dia suruh aku panggil dia abang…”

Mien terdiam

“Dia suka peluk aku…”

Mien terbeliak mata.

“Dia suka cium-cium aku…” suara Zara makin perlahan.

Mien tutup mulut

“Dia… dia… dia…” Zara terdiam. Mukanya merah sangat.

Mien yang perasan perubahan wajah Zara faham maksud Zara. Dia dah memegang kedua-dua belah pipinya.

“OMG! OMG! Oh mak guard! Kau dengan Kumad… macam nie… korang dah nie?” Mien melagakan kedua-dua jari telunjuk berkali-kali.

Perlahan Zara mengiyakan sebelum kepalanya jatuh ke meja balik.

“Panas! Panas… wuu, mak cik café tak buka air cond ke hari nie?” Mien dah mengipas dirinya dengan tangan. Macam tak percaya ja dengan apa yang dia dengar tadi. Zara dengan Kumad? Woo, dunia memang dah terbalik.

Tiba-tiba…

“Hai sayang…” Kumad muncul entah dari mana. Jatuh dari langit barangkali. Tiba-tiba terjongol kat situ muka dia.

Zara cebik mulut, meluat dengar perkataan sayang tu. Terus wajahnya di kalihkan ke tingkap.

“Sayang sembang apa dengan Mien?” Kumad masih setia melihat wajah isterinya. Mien? Mien tiba-tiba jadi patung cendana kat. Tak bergerak-gerak.

Zara buat tak tahu. Tiba-tiba… “Cuppp!” Kumad cium pipinya.

Terus Zara memandang Kumad “Kenapa kau cium aku!” marah betul dia rasa. Malu dengan Mien pun ya jugak. Mien dah mula betulkan tempat duduk. Tak selesa, segan pulak tengok drama romantik husband and wife nie.

“Err, Zara aku gerak dulu lah. Aku, aku… kucing aku nak bersalin…” Nampak sangat nak lari Mien tu. Alasan langsung tak boleh pakai bila masa entah dia bela kucing. Tergesa-gesa dia bangun.

“Sapa suruh sayang buat tak tahu masa abang tanya tadi. Geram sangat, abang ciumlah pipi tu. Ikutkan hati nak ja abang gigit pipi tu.” Kumad tersengih-sengih.

Zara cepat-cepat memegang pipinya. “Gila.”

“Memang pun… abang gila dekat sayanglah. Tak nampak nie dah separuh gila.” Lagi sekali pipi Zara jadi mangsa.

“Eii, tak maulah Kumad! Aku tak suka lah.” Zara terus menolak Kumad dan keluar dari situ. Takut dia dengan perangai romantik Kumad yang tak bertempat tu. Ngeri!.

——————————————————-

“Kumad…”

“Hurmm…” Mata Kumad langsung tak di alih dari sketch nya tu. Tangannya ligat melakar atas kertas lukisannya.

Petang tu Kumad lepak dengan Bood ja. Qi? Dia pergi dating dengan Mien.

“Sampai bila kau nak menipu Zara?” batu kecil di capai dan dilontar ke dalam tasik.

Tangan Kumad terhenti dari melukis. Tiba-tiba dia mengeluh.

“Entahlah aku pun tak tau. Kadang-kadang tu aku rasa aku nak terus ja berlakon aku nie hilang ingatan.” Drawing booknya ditutup dan diletak disisinya.

“Kalau Zara tau aku takut perang besar nanti korang.”

“Tu aku tau. Tapi kau tengoklah sendiri. Dengan jadi Kumad yang baru nie ja aku boleh dekatkan diri dengan Zara. Kalau dengan Kumad yang dulu…” Kumad senyum. “Jangan nak dekat, pandang aku pun dia tak nak Bood.”

Bood diam.

“Aku tak dak niat pun nak menipu dia. Aku tak rancang pun semua nie. Tiba-tiba ja pagi yang aku sedar hari tu aku terus cakap macam tu and suddenly everyone think I can’t remember anything. Aku pun terfikir mungkin cara nie boleh buat Zara dengan aku berbaik. And yes it works.” Kumad tersenyum lagi.

“Entahlah Kumad. Tu hal rumahtangga kau. Cuba satu ja aku nak nasihat sebelum dia dengar dari mulut orang lain baik kau berterus-terang dengan dia.”

“I sure will. Tapikan aku terpaksa mengaku yang apa yang kau dengan Qi cakap hari tu betul.”

“Aku dengan Qi cakap banyak… yang mana satu?”

“Yang aku sebenarnya ego nak mengaku aku suka dengan cintakan Zara.”

——————————————————-

Masa berganti masa. Zara dengan Kumad dah tamat belajar dan bekerja di syarikat Tan Sri Ku Arshad. Daddy sendiri yang nakkan anak menantunya bangunkan syarikat mereka. Walaupun Zara dengan Kumad tolak dengan alasan nak berdikari. Daddy tak terima. Katanya dekat syarikat sendiri pun boleh cari pengalaman boleh berdikari. Zara dengan Kumad bukannya dilantik terus memegang jawatan tinggi. Masing-masing terpaksa bermula dari bawah. Zara dan Kumad akur sebab ada betulnya cakap Daddy mereka tu. Gembira betul Tan Sri Ku Arshad tengok Zara dengan Kumad hidup bahagia tak macam mula-mula masa mereka kahwin. Ya ALLAH. Dia tak mau ingat balik teruk tak teruknya perangai anak menantunya tu… baik sikit ja dari hantu!

“Lepas nie Daddy nak cucu. Boleh Zara?”

Zara terdiam… glupp… tiba-tiba ja air liur rasa kesat semacam.

“Boleh ja Daddy no hal… setakat tujuh enam orang tu dak masalah.” Kumad tersengih miang-miang keladi.

Zara dah pandang macam nak telan Kumad tu. Tapi cover-cover depan bapak mertua kan.

“La, apasal tujuh enam orang ja bang… kenapa tak bagi genap sepuluh terus? Rasa-rasa tak cukup kita ganda bagi cukup dua puluh… boleh buat team sokongan baru dekat syarikat kita kan abang kannnn.” Beserta dengan ‘kannnn’ yang panjang tu paha Kumad jadi mangsa kena cubit dengan Zara. Berkerut-kerut dahi kawan tahan sakit. Tak kan nak menjerit depan Daddy? Jatuh la air muka dia.

Tan Sri Ku Arshad ketawa besar tengok gelagat anak menantunya dalam hati syukur dipanjatkan moga berkekalan hingga akhir hayat mereka.

——————————————————-

“Sayang baju biru abang mana?” Kumad melaung dari bilik.

“Ada atas kerusi tu kan. Cuba cari betul-betul.” Zara menyahut.

“Mana? Tak ada pun… cepatlah sayang. Hari nie abang ada meeting, tak kan nak datang kerja lambat sayang.” Kumad merengek-rengek macam budak.

“Ish, nie apa? Mata ja besar tapi tak leh pakai.” Zara menyerahkan baju tu pada Kumad.

“Pakai kan…” Kumad tersengih lagi. Suka betul dia bermanja dengan Zara.

Zara menjeling Kumad. Tapi jeling-jeling manja gitu.

“Macam budak-budak. Baju pun orang kena pakaikan.” Satu persatu butang baju dipakaikan. Kumad hanya memerhati raut wajah isterinya tu.

“Sayang cantik.” Kumad memuji isterinya.

“Tau…” Zara tersenyum.

“Eii, perasan!” hidung Zara di cuit manja. Zara ketawa kecil. Tie di capai dan dipakaikan untuk suaminya.

Sebelum berbaik? Hari-hari hidup mereka sengsara dipenuhi dengan kata-kata maki dan adegan macam nak membunuh hidup masing-masing. Senang cakap macam dalam neraka!

Lepas berbaik? Hari-hari hidup mereka bahagia dipenuhi dengan kata-kata sayang dan gurau senda manja sesama sendiri. Pendek kata macam dalam Syurga cinta.

Beza gila kan dua situasi kat atas nie? kalau Kumad tau hidup dia akan sebahagia nie. Dari dulu lagi dia dah ikat Zara.

——————————————————-

Sepandai-pandai tupai melompat pandai lagi arnab melompat!

Disangka cerah sampai ke petang rupanya mendung di tengahari.

Sedangkan lidah lagi tergigit nie kan pulak suami isteri.

Sekali ombak bah, sekali pantai berubah…

Haipp, terlebih peribahasa pulak… hehe

Lama Kumad menipu Si Zara tu. Tapi akhirnya Zara tau jugak. Buat kali pertama sejak mereka berbaik Zara dengan Kumad bergaduh.

“Maknanya Zara dah tau la ya selama nie abang buat-buat hilang ingatan?

“Tau…” sepatah Zara balas. Kacang di capai dan di masukkan ke dalam mulut. Riak muka Zara tenang dengan selamba gila. Kumad pulak yang cuak lebih.

“Bila sayang tau? Sapa yang bagitau?” Kumad hanya terbayang wajah Bood. Hanya Bood yang tau rahsia dia nie.

“Zara terdengar abang cakap dengan Bood dalam telefon minggu lepas.”

“Kenapa Zara diam kalau tau minggu lepas? Kenapa baru sekarang Zara tanya abang?” Kumad tak faham.

“Sebab Zara nak tengok abang nak terus menipu Zara sampai bila.” Satu lagi kacang memasuki mulutnya.

“Er… sayang tak marah abang?” Kumad takut-takut berani ja nak tanya isteri dia nie.

“Marah…” sepatah jugak Zara balas. Kumad dah panas punggung. Dia bangun dah duduk di sebelah Zara pulak.

“Habis tu, kenapa muka relax ja? Tak maki-maki abang pun.” Tie di leher dilonggarkan. Panas!

“Dah tu tak kan Zara nak terpekik terlolong, maki-maki abang macam orang hilang pedoman hidup?” Zara masih steady mukanya hanya difokuskan menghadap tv.

“Ish, Zara nie buat abang takutlah. Kalau Zara nak marah, marah ja. Abang sanggup terima. Zara nak pukul abang pun. Nie abang dah stand by. Pukul lah. Pukul sekuat hati sayang.” Kumad dah membuka dadanya menunjukkan dia dah ready kena belasah dengan Zara.

“Buat pa… nanti Zara yang sakit.” Satu lagi kacang masuk mulutnya. Muka Zara masih tak ada perasaan.

Kumad dah garu kepalanya. Betul la hatinya tak tenang tengok keletah bininya nie. Kata marah tapi reaksi? Macam orang tak ada perasaan.

“Apa abang rasa kalau Zara tipu abang bulat-bulat? Zara rahsiakan sesuatu dari abang 6 bulan lamanya. Rasa-rasa abanglah kan… abang suka tak? Happy ke Zara tipu abang.” Zara tiba-tiba bersuara. Nada suara dia biasa ja macam orang tak perasaan. Muka langsung tak pandang Kumad. Seolah-olah dia tengah cakap dengan Tv.

“Abang… ermmm, abang… marah kot…” tiba-tiba Kumad terfikir ‘aku tipu dia boleh takkan dia nak tipu aku tak boleh?’ jadi Kumad cepat-cepat ubah jawapan dia.

“Eh, tak-tak abang tak marah.” Tapi hati dia berbolak-balik lagi. ‘Ish, tapi dia tipu aku tu. Tak kan aku tak marah? Mestilah aku marah. Dosa tipu suami!’

“Eh, abang tukar balik la jawapan abang… abang marah.” Kumad yakin. Tapi pulak tiba-tiba dia terfikir lagi… ‘Habis tu tipu bini tak berdosa ker?? Ha sudah…’

“Ermmm, abang tukar lagi jawapan abang. Abang tak marah. Tak-tak abang marah. Tapi tak sampai hati nak marah… abang tak marah, abang tak marah… ermm, abang tak tau la sayang. Sayang jangan lah nak dera mental abang…” Kumad dah pening dengan soalan jerat isterinya.

“Sayanggg…” dah mendayu suara Kumad nie.

“Betul abang salah… ye abang tipu Zara, tapi jangan la buat macam nie… Zara jangan diam ja buat macam tak ada apa-apa. Zara buat abang rasa tak tenang hati tau tak. Abang buat semua nie sebab abang nak kita baik balik. Abang tak tau nak mula berbaik dengan Zara macam mana. Abang terpaksa tipu Zara yang abang hilang ingatan sebab dengan cara nie ja abang boleh dekat dengan Zara. Please sayang… I’m truly sorry. Zara kan kita dah happy sekarang. Kita lupakan ja semua yang lepas. Kita mula hidup yang baru. Ya sayang ya?” Kumad bersungguh-sungguh menerangkan pada Zara.

“Senang ja kan abang cakap. Mulakan hidup baru? Habis tu cuba abang fikir. Abang tipu Zara, Zara tenang hati la ye? Suka kena tipu macam tu?” Akhirnya pandang jugak muka Kumad. Tapi sekejap saja. Mata dia di pandang semula ke hadapan tv. Zara betul-betul rasa sakit hati kena tipu dengan Kumad selama nie.

“Zara… abang…” Kumad dah mati akal. Tak tau nak cakap macam mana lagi. Kali nie betul-betul dia rasa tak sedap hati. Tekak dia tiba-tiba rasa loya macam nak muntah pun ada. Ditelannya air liur-liur berkali-kali. Kepalanya tiba-tiba rasa pening. Sejak dua menjak nie. dia selalu rasa tak sedap badan. Kepalanya selalu pening.

“Dah la abang. Zara penat nak tidur.” Zara terus bangun dari kerusi dan menuju ke arah tangga. Zara kecik hati dengan Kumad.

Kepala Kumad makin kuat berdenyut. Sakit!

“Bummmm!” Tiba-tiba bunyi sesuatu benda terjatuh kuat sekali.

“Ya ALLAH. Abang!” terkejut Zara melihat Kumad terlentang atas lantai. Hidung Kumad berdarah sebab terhantuk ke sofa sebelum jatuh terbaring.

Zara panik tengok keadaan Kumad. Zara mula menyalahkan dirinya.

“Bang bangun lah… abang Zara mintak ampun dengan abang… Zara salah Zara janji tak marah abang, tak buat macam nie kat abang… isk, isk, isk… abang bangunlah. Jangan tinggal Zara sorang-sorang. Bik telefon ambulans!”

——————————————————-

Di luang legar hospital, Zara tak senang duduk. Kejap dia bangun kejap lagi dia duduk balik. Kemudian jalan ulang-alik dihadapan bapa mertuanya.

“Zara, cuba duduk bawak bertenang. Pening Daddy tengok kamu ke hulu ke hilir. Doa banyak-banyak mudah-mudahan Kumad selamat tak apa-apa.” Zara akur dia duduk di sebelah Tan Sri Ku Arshad.

“Nie semua salah Zara. Kalau Zara tak buat abang tension tadi mesti abang tak pengsan. Zara isteri yang jahat daddy. Suami sendiri tengah sakit pun masih nak penting diri sendiri, fikirkan perasaan sendiri ja sampaikan suami sendiri terlantar dekat hospital.” Zara dah mula meraung. Suaranya teresak-esak.

“Benda yang sudah tu sudah la. Adat berumah tangga semua tu. Cuma daddy harap lepas nie jangan terlampau ikutkan perasaan. Bawak berbincang apa-apa perkara pun.”

Zara mengangguk. “Kalau jadi apa-apa dekat abang, Zara takkan maafkan diri Zara sendiri Daddy…” Mata Zara dah merah.

“Tan Sri. Ku Ahmad dah sedar.” Dr Rahman yang juga merangkap doktor peribadi keluarga mereka tiba-tiba muncul.

“Alhamdulillah…”

“Cuma saya nak kena buat pemeriksaan ke atas Puan Zara jugak. Saya syak Ku Ahmad pengsan ada kena mengena dengan Puan Zara.”

“Saya?” Zara menunding jari ke arah dirinya. Doktor muda tu mengangguk perlahan kepalanya.

Zara dah mula menangis. Lagi kuat dari tadi. “Daddy. Kan Zara dah cakap Zara punca abang sakit… wuarggghhh!” Tan Sri Ku Arshad dengan Dr. Rahman dah mula panik melihat Zara tiba-tiba meraung.

“Zara sabar Zara…ingat Tuhan.” Tan Sri Ku Arshad memeluk bahu Zara sebelum Zara terkulai pengsan.

“Nurse!! Tolong angkat pesakit. Cepat.”

——————————————————-

Daripada Kumad seorang yang kena pakai baju biru. Sekarang Zara pun kena join sekaki pakai baju biru hospital tu.

Kalau tadi Kumad yang pengsan sekarang bila Kumad dah sedar Zara pulak yang pengsan. Macam-macam Zara dengan Kumad nie.

“Sayang? Sayang dah sedar?”Kumad memegang tangan Zara. Walaupun Kumad terlantar atas katil tapi disebab jarak katinya dan Zara tak terlampau jauh jadi dia boleh capai tangan Zara. Lagipun katil mereka hanya bersebelahan.

Sebaik saja Zara buka matanya. Dia ternampak Kumad memegang tangannya. Tiba-tiba matanya berair lagi.

“Abang… Zara mintak ampun. Zara salah… sebab Zara abang masuk hospital. Isk, isk…” Zara dah mula nak menangis tapi tak seteruk tadi.

“Shh, apa sayang abang cakap macam nie. Tak bukan salah sayang, abang yang salah. Abang yang mula-mula tipu sayang.”

Wah… tiba-tiba ada drama swasta pulak dalam bilik sakit tu. Dr. Rahman hanya melihat adegan romantik mereka. Tan Sri Ku Arshad pulak diam tak berkutik. Sebelum masuk ke bilik sakit tu, Dr. Rahman ada bagitau sesuatu pada Tan Sri Ku Arshad.

“Tan Sri. Lepas saya buat pemeriksaan ke atas Zara tadi. Ternyata memang betul apa yang saya syak sebelum nie. Memang Zara penyebab Kumad sakit.” Tan Sri Ku Arshad sangat terkejut.

“Biar betul Man. Macam mana Zara boleh sebabkan Kumad sakit? Tak faham saya.”

“Macam nie sebenarnya…” Dr. Rahman menceritakan perkara sebenar. Berubah air muka Daddy. Dia tak tahu nak berreaksi macam mana setelah dengar penjelasan Dr. Rahman.

“Kita tunggu Zara sedar. Baru kita beritahu mereka berdua.” Tan Sri Ku Arshad membuat keputusan.

——————————————————-

“Kumad memang betul apa yang Zara cakap tu. Memang dia punca awak tak sihat selama nie. Punca kepala awak sakit selama nie.” akhirnya doktor muda tu mencelah perbualan Zara dengan Kumad.

Zara makin kuat esak tangisnya bila dengar ayat doktor muda. Kumad pelik.

“Apa yang doktor cakap nie? doktor jangan nak bawak fitnah kat sini. Isteri saya tak da kena mengena dengan sebab saya sakit.” Kumad bengang bila orang tuduh bininya macam tu. Sapa tak sayang bini oiii.

“Betul tu Kumad. Apa yang Dr. Rahman cakap memang betul Zara yang sebabkan kamu sakit.” Tan Sri Ku Arshad pula menyampuk.

“Abang Zara mintak ampun…” Zara mati-mati ingat disebabkan peristiwa dia sepak kepala Kumad sampai dua kali tu punca Kumad sakit. “Zara salah. Zara yang buat abang sakit.” Makin lebat air mata Zara turun.

“Doktor tipu! Kalau betul apa sebabnya?” Kumad dah mula bengang, kalau bukan sebab dia terlantar atas katil nie memang dah lama lebam sebelah mata doktor tu.

“Terus-terang sahaja Man. Biar Kumad tau Zara punca dia sakit.” Tan Sri Arshad masih serius riak wajahnya.

“Sebenarnya…” Doktor muda tu terdiam. Dipandang wajah Zara dan Kumad silih berganti. Kemudian ke arah Tan Sri Ku Arshad pula. Daddy menganggukkan kepalanya tanda ‘Teruskan.’

“Baiklah. Sebenarnya… Puan Zara awak menghidapi ketumbuhan yang serius. Dah lama ketumbuhan nie membesar dalam badan awak. Dah 3 bulan.”

Kumad terkejut. Zara rasa nak pengsan.

“Habis tu kenapa suami saya pulak yang sakit doktor?” Zara cuba tabahkan dirinya mendengar berita yang baru disampaikan tu. Dia sakit. Dia ada ketumbuhan dalam badannya?

Tiba-tiba Dr. Rahman dengan Daddy tersenyum. Kumad dengan Zara rasa pelik sangat. Anak menantu sakit pun Daddy boleh senyum??

“You’re pregnant Puan Zara. Dah 3 bulan.” Dr. Rahman berterus-terang.

“Hahh?!” serentak Kumad dengan Zara bukak mulut. Mereka berpandangan.

“Tapi… tapi… doktor cakap saya ada ketumbuhan tadi? Mana satu nie.” Zara pening. Daddy dengan doktor muda tu ketawa melihat reaksi Zara.

“Saya acah ja tadi tu. Saja nak buat surprise kat awak berdua. Hehe. Sebenarnya, awak tak sakit apa pun Kumad… awak cuma pengsan sebab penat bekerja.”

“Habis tu apa kaitan saya sakit dengan isteri saya?” Kumad masih lagi blur.

“Hish! Kamu nie lambat loading betullah Kumad. Yang selama nie Kumad rasa pening-pening, loya pagi-pagi tu sebab Zara tengah berbadan dua la. Sebab tu kamu sakit.” Daddy menggeleng kepalanya.

“Tapi kenapa suami saya pulak yang sakit patutnya saya la yang sakit doktor. Saya yang mengandung bukan suami saya.” Sorang lagi bendul. Elok la tu dua-dua jadi laki bini.

“Sepatutnya macam tu la. Tapi ada jugak kes suami yang alami alahan teruk masa isterinya mengandung. Muntah-muntah, sakit kepala, semua tu si suami yang alami. Isteri dia tak sakit apa pun. Contohnya macam korang berdua nie la.” Doktor muda tu tersenyum lagi.

Kumad dan Zara saling berpandangan sebelum kedua-dua sengih melebar.

“We are gonna be parents!” Kumad menjerit. Tapi tiba-tiba… “Gulpp…gulp…. Wekkk!” Kumad termuntah dekat tepi katil. Zara menepuk-nepuk perlahan belakang Kumad.

“Daddy ingatkan daddy ja yang alah teruk masa arwah mummy mengandungkan Kumad. Rupa-rupanya kamu lagi teruk alahnya Kumad. Haha.” Tak senonoh betul Tan Sri nie. Anak tengah sakit boleh dia bantai gelak.

“Abang nak anak berapa orang hari tu? 6 7 orang kan? Zara ok ja… kalau macam nie punya gaya tiap-tiap tahun Zara boleh mengandung… haha.” Zara pun sama ja dengan bapak mertuanya. Tapi tangannya masih setia mengurut belakang suaminya.

“Buwekkk… tak nak! Abang tak sanggup… sorang pun cukup lah… gulp… wekkk!” berkerut-kerut dahi Kumad tahan sakit.

Gamat satu bilik sakit tu dengan ketawa.

“Mati-mati tadi Zara ingat abang sakit sebab Zara sepak kepala abang dulu… haha.” Zara ketawa.

Terus sepi bilik sakit tu… tiga pasang mata tak berkelip memandang ke arahnya. Terdiam terus Zara. ‘Erk, terlepas cakap.’

Terlajak perahu boleh di undur terlanjak kata? Lu pikirlah sendiri.

“What??!” terkejut Dr. Rahman, Daddy dengan Kumad! Dia sendiri pun dah lupa pernah kena kick boxing dengan isterinya.

“Err… alamak… kantoi.” Zara tersengih-sengih menampakkan giginya…

Terjawab sudah persoalan tiga lelaki tu macam mana Kumad boleh pengsan dan tanda lebam di kepalanya dulu.

“Abang… ampun… Zara ingat abang hantu. Tu yang kaki Zara naik atas kepala abang. Sorry ye?” Zara membuat muka comel Kumad meminta maaf.

Kumad mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

‘Zara, Zara… moga bahagia milik kita selamanya… anak baba nanti jangan brutal sangat macam mama tau. Takut baba.’ Kumad berkata dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND