Thursday, March 22, 2012

KECANTIKAN SEBENAR


Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain,perlu sentiasa berubah,diperbaharui,di bentuk kembali dan diampuni.Jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.Apabila anda sudah melakukan semua itu,ingatlah sentiasa.Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,akan sentiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda.anda akan sentiasa mensyukuri telah diberi dua tangan,satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Untuk membentuk bibir yang menawan ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah,carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah,mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,bukan pada bentuk tubuhnya,atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya,cara dia memandang dunia.Kerana,dimatanyalah teletak gerbang menuju ke setiap hati manusia,di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND