Thursday, June 14, 2012

Bercouple dan bercinta.


Couple dan cinta merupakan sesuatu yang amat berbeza, cinta boleh sahaja dirasai tanpa couple. Tapi adakah couple itu cinta?
Atau boleh sahaja bercouple tanpa cinta, kalau ada yang mengadakan mereka yang diluar sana bercouple kerana cinta, saya tetap mengatakan ianya sesuatu yang amat sia-sia.
Berpaksikan wahyu teras utama, tetapi couple adakah ianya berteraskan wahyu? Couple syara’? atau bercouple disengaja sebagai hobi untuk sesetengah golongan.
Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, dan tidak payah berbalas-balas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.
Kata-kata di atas yang saya ingat semula yang pernah saya terbaca, ianya memberi maksud yang mendalam bukan. Orang yang betul-betul sayangkan seseorang tidak akan membawa orang yang dia sayang ke jalan yang dimurkai Allah.
Itu tandanya sudah hilang cinta apabila sudah berpegangan tangan, itu tandanya sudah hilang rasa kasih sayang apabila pandangan mereka tidak sekali dijaga. Hati yang tidak tenang sama sekali.
Jadi tidak akan ada bukan insan yang kita sayang diajak lari dari landasan Islam, diajak lari dari landasan redha Allah. Dan diajak lari dari jalan ke syurga.
Apabila di taman bunga ada dua insan yang berdua-duaan, jalan seiringan. Berpegangan tangan, berbalas kerlingan mata, mereka berpegang tangan ke neraka. Itulah namanya couple, couple tidak syara’ tidak kan menjanjikan apa-apa, jadi pilihlah cinta.
Pilih cinta.
Cinta yang bagaimana yang perlu dipilih? Cinta berteraskan wahyu. Tapi bagaimana cinta tanpa bercouple? Persoalan yang perlu dijawab.
Cinta sebelum kahwin dapat dirasai oleh semua orang. cinta sebelum kahwin itu ada, cuma couple sahaja tidak ada. Cinta itu fitrah insan yang perlu disalurkan ke landasan yang betul, tapi bagaimana?
Cinta hendak dirasai, tetapi remaja zaman sekarang merasainya dengan berpegangan tangan, haram namanya. Tidak merasai cinta tetapi merasai bunga-bunga kemurkaan Allah.
Jangan sesekali mengharamkan fitrah cinta yang Allah telah berikan kepada kita semua. Amat kecewa kepada insan-insan di luar sana yang sengaja mengharamkan cinta dengan bercouple.
Jangan sesekali mengotori fitrah cinta kurniaan Allah dengan menghalalkan perlakuan couple. Kesal juga dengan sahabat-sahabat saya yang berbuat demikian. Mungkin saya masih tidak cukup kuat untuk menegur mereka terus. Lemahnya aku ya Allah.
Ibu bapa kita dahulu mungkin boleh dikatakan cinta sebelum kahwin, kerana segala urusan mereka telah diaturkan oleh datuk nenek kita. Di sini sudah kita dapat melihat contoh di depan mata.
Cinta ibu bapa kita selepas berkahwin kekal sehingga kini. Keluarga kita kekal utuh sehingga kini walaupun kadang retak dengan sedikit pertengkaran tapi tetap bahagia jika caranya Islam diletak di hadapan.
Kita semua memerlukan satu kekuatan ruhiyah (HDA= Hubungan dengan Allah) dan interaksi yang tinggi dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kerana saya dan sahabat-sahabat semestinya begitu ghairah dan teruja tatkala mendengar kalimah cinta.
Dan semakin merisaukan lagi, ramai juga para remaja dan para pemuda Islam hari ini telah dipesongkan kefahaman mereka terhadap erti cinta yang sebenar, sehinggakan terpedaya dengan cinta palsu lagi rapuh.
Mereka lebih rela mendahului cintanya kepada manusia berbanding kepada cinta yang agung dan tertinggi iaitu cinta kepada Allah, Rasulullah SAW dan Islam, yang kita sebutkan sebagai cinta berpaksikan wahyu.
Dalam urusan cinta, sebelum ingin memulakan cinta, memerlukan kefahaman yang mendalam mengenai cinta, agar tidak tersungkur di pertengahan jalan.
Untuk memahami cinta, kita tidak boleh pisahkan cinta dengan sang pemilik cinta, iaitu Allah. Maka untuk memulakan cinta, mestilah merujuk kepada yang telah Allah tetapkan.
Mari kita sama-sama tadabbur sahabat-sahabt, ayat cinta dari Allah SWT yang pasti menjadi panduan untuk kita, apakah mindsetting yang betul dan tepat sebelum kita benar-benar mahu menemukan cinta yang terhebat. Allah berfirman:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” (An Nuur: 30 – 31)
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian yang tidak seberapa ini dari saya. Mari sama-sama belajar mengenai definisi cinta yang sebenar demi REDHA Allah.
Semoga artikel ringkas ini mampu memberi kekuatan kepada kita untuk menyalurkan cinta kepada sang pencinta yang layak dicintai.InsyaAllah.

Sebagai bacaan anda semua...^_^

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND