Saturday, June 30, 2012

Manzil sebagai PENAWAR

Hari ini ayuh kita belajar mengenai pengubatan Islam.
Kita cuma ikhtiar, Allah jua yang mempunyai kuasa untuk menyembuh. Ianya mengenail kelebihan ayat Manzil.

Manzil mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir. 

 Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab “HAYATUS SAHABAH” (Jilid 3 mukasurat 74) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah. Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat, “Ya Rasulullah SAW, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit. “Penyakit apa?” bertanya Rasulullah SAW. “Sejenis penyakit gila” menjawab orang tersebut. Rasulullah SAW pun membacakan surah al-fatihah, 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah. Ayat yg bermula dengan Wailahukum ilahun wahid…., ayat Kursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu…terakhir dari surah al-Mu’minun (Fataaalallahuuumalikul haq…,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala), sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr, Surah al-ikhlas, Surah al-Falaq dan surah AN nas.

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak dan dari pengalaman kebanyakan orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain boleh membacakan dan menghembuskan ke dalam air dan air tersebut itu diminum oleh pesakit tersebut.




Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil ” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT).

Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

Ayat Manzil terdiri dari ayat-ayat berikut dari Al-Quran:
* Surah Al-Fatihah (bab 1): ayat 1 hingga 7
* Surah Al-Bakarah (bab 2): ayat 1 hingga 5,, 163 255-257, dan 284-286
* Surah Al-Imran (Bab 3): ayat 18, 26 dan 27
* Surah Al-A’araf (Bab 7): ayat 54-56
* Surah Al-Isra (bab 17): ayat 110 dan 111
* Surah Al-Muminoon (bab 23): ayat 115-118
* Surah Al-Saaffaat (bab 37): ayat 1 hingga 11
* Surah Al-Rehman (bab 55): ayat 33-40
* Surah Al-Hashr (Bab 59): ayat 21 hingga 24
* Surah Al-Jinn (bab 72): ayat 1 hingga 4
* Surah Al-Kaafiroon (bab 109): ayat 1 hingga 6
* Surah Al-Ikhlas (bab 112): ayat 1 hingga 4
* Surah Al-Falaq (bab 113): ayat 1 hingga 5
* Surah Al-Naas (bab 114): ayat 1 hingga 6
Saya syorkan anda mendengar ayat-ayat Manzil tersebut di atas di sini.




No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND