Sunday, July 22, 2012

Abah Jatuh Sakit..

Assalamualaikum,

          Alhamdulillah, hari ni boleh lah ain hadap laptop sebentar. Alhamdulillah, ucapan syukur kepada pencipta kita, ALLAH S.W.T. yang telah memberi kesempatan kepada ain untuk menyambut ramadhan kali ini bersama keluarga tercinta. Dan sepanjang nak menghadapi ramadhan kali ini, keluarga ain di timpa musibah kecil yang memberi kita peringatan supaya kita lebih menghargai hidup ini.

          Pada 17 Julai 2012 yang lepas, abah kesayangan telah dimasukkan ke hospital kerana terkena “denah”. “Denah” tu orang-orang tua je faham. Kaki abah dah teruk sangat sampai terpaksa kena bawa ke hospital. So, selama bape hari, ain, mak, dan akak ipar banyak habiskan masa jaga abah. Lawat abah kat hospital. Kesian kat abah.

Ni 1st day kena tahan wad....muka kerisauan terpancar dimuka abah..
Ni tag abah.. aku tanya abah, xdapat tag ke????
Hari kedua kat wad.. dah kena cucuk air..huhuhu.. cian abah...
Ni kesan yang telah di buat pada abah
Waktu makan petang... muka abah yang tidak bersemangat... =_='''
           
         First puasa, dia terpaksa duk hospital. Tapi, before buka kita orang dah boleh bawak abah balik. Abah cakap dah sengal-sengal badan duduk hospital. Abah tu teruk sebab dia ada kencing manis, sebab tu susah sikit luka nak sembuh. Sekarang ni abah kat rumah dah ok sikit. Dah boleh jalan walaupun bertongkat. Tapi pemakanan abah dengan ubat kena sekata. Kalau tak, level gula dalam darah naik lagi.

          Ain harap abah cepat sembuh. Tak mo abah sakit-sakit lagi. Huhuhuhu... nanti ain nangis kalau abah sakit.. =(

Wassalam,

4 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND