Sunday, July 15, 2012

Kahwin Muda...?????

Assalamualaikum,


         
Hari ni, ain rasa macam nak post something tentang kahwin muda.. Hmm, muda-muda dah kahwin? Adakah trend atau seru dah sampai? Acap kali, dengar tentang benda tu kat tv, blog, majalah dan seangkatan dengannya. Dan yang paling popular dikalangan anak muda sekarang ni, blogger pon ada yang kahwin muda dan peratusan yang tinggi adalah sekitar umur 20 ke 23 tahun. Hmm, sangat ramai kan yang berkahwin muda sekarang ni.
         
Ain bukannya nak kata benda yang tidak baik, Cuma meluahkan rasa gembira keatas mereka. Kadang-kadang timbul rasa geli hati melihat mereka yang sudah berkahwin. Yelah, sepatutnya, umur mereka yang sebegitu, masih lagi menghadap buku, kelas, kawan-kawan. Walaupun mereka masih lagi menuntut di IPTA ataupun IPTS, tapi mereka sudah memikul tanggungjawab yang besar dalam hidup mereka. 


         
Ain terfikir juga, macam mana dia orang punya life? Masih boleh ke bahagi masa dengan study dan suami? Hehee.. ain doakan mereka bahagia dengan life mereka. Ain bukan ape, saja nak post benda ni. Tadi ain tengok tv, ada blogger yang ditemu ramah. Dan dia adalah salah satu blogger yang kahwin pada usia muda, 20 tahun rasanya umur dia.


         
Apa-apa pun, ain sentiasa berharap, jodoh dia orang akan kekal sampai ke syurga. InsyaALLAH. Setiap orang mahukan yang terbaik dalam life  mereka kan.
         
Jodoh ain, biar ALLAH SWT yang tentukan. Sekarang ni, fokus pada study dan kawan-kawan. InsyaALLAH, ada jodoh, ain terima dengan hati yang ikhlas. Mak dan abah pun nak ain habiskan study dulu. Bab-bab kahwin ni, nanti-nanti lah. Dah habis study senang, ain tak perlu nak susahkan family ain. Masa tu, baru fikir life jauh sikit. Nak tolong family, fikir kerja. Huhu, banyak lagi yang perlu dilaksanakan sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar iaitu, ISTERI.
         
So, kalau korang nak bace story blogger yang kahwin muda.. ain boleh bagi link kat korang....



Wassalam,

4 comments:

  1. dulu masa belajar pun, si dia nak masuk meminang, tapi mak ayah suruh habiskan belajar dulu. sekarang dah habis, umur pun dah meningkat ni, barulah mak ayah bagi dan sekarang proses nak melangsungkan. alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah akak, ain pon cuma bagi pendapat je.. hehehee..kekadang kat umah sewa, duk dengan kawan-kawan, hati dia orang tergugat jugak bila tengok post kat facebook dengan blog orang yang kahwin muda ni... heheheee..

      Delete
  2. dahulukan yg utama kannn...gdluck for ur exam...moga beroleh kejayaan..
    salam ramadhan
    done follow awak jgk :)

    ReplyDelete

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND