Thursday, July 5, 2012

Maaf buat yang pernah berkecik hati dengan aku..


Assalamualaikum,
          Buat diari tercinta (padahal blog je..)
Aku rasa nak bercurhat untuk hari ni. Aku rasa aku nak bersuara tapi apakan daya, aku jauh di negeri orang bukan di johor. Ape yang aku dapat katakan, aku dah bosan dengan semua ni. Ni semua gara- gara orang yang dahulu nya aku rapat gila, tapi bila ada masalah yang melanda diri dia, satu kampong dia nak story. Yang tak best nyer, nama aku boleh naik, nama mak aku pun boleh naik jugak. Yang tak boleh blah, aku dikatakan sombong. Aku rasa nak gelak pon ada bila aku cakap dengan mak cik aku.
          Aku ni bukan nya baik sangat, tapi tak lah sampai nak sampaikan cerita yang tak tahu sahih ke tak kat semua orang. Aku dapat tahu sal masalah dia pon dari orang-orang ramai and mak dia pon ada cakap yang anak dia tu tak buat hal tu. So, bile anak dia tak buat, buat apa dia nak jaja cerita kat semua orang yang anak dia tak buat. Senyap-senyap sudah lah. Ni tak, kat semua orang dia nak bagitahu yang konon nya dia pertahankan anak dia.
          Aku dah tak kisah lah semua tu. Terpulang lah nak jaja cerita buruk sal aku kat semua orang. Aku pun dah mintak maaf  kalau aku ada wat salah kat dia. Aku dah mesej kat dia. So, kalau dia nak maafkan atau tak, terpulang pada dia. Itu hal dia dengan ALLAH SWT. Aku dah lepas dari masalah tu. Kalau dia berkeras nak salahkan aku. Aku dah tak boleh nak pape.
          Kalau, dia rasa aku yang salah, terpulang pada dia. Aku tak bergaul dengan sepupu-sepupu aku kerana bersebab. Aku bukan nak jauhkan diri dari semua orang. Aku buzy dengan study. Bukan aku main-main kat sini. Kalau semua orang rasa aku sombong. Aku tak sombong pon. Korang tegur aku, aku tegur je. Aku tak pernah fikir nak putuskan tali persaudaraan yang ada dengan korang. Cuma aku sibuk, kadang-kadang, korang ada, aku tak de. Bila aku ada, korang takde. So, susah sangat nak jumpan and sembang-sembang dengan korang semua.
          So, aku nak minta maaf lah andai aku buat korang terasa hati dengan ketiadaan aku sewaktu majlis-majlis yang mak ayah korang buat. Aku memang tak boleh nak elak dengan aktiviti kat kampus aku. Tambah-tambah lagi aku ni student perladangan. So, ada je lah aktiviti yang di buat sewaktu cuti. Maafkan aku yer..



wassalam,
 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND