Sunday, September 2, 2012

Sesudah Ber HARI RAYA...



Assalamualaikum
         
Alhamdulillah, hari ini ain dapat mengupdate blog ain. Rasa-rasanya dah hampir 3minggu ain tak update blog ain. Sebelum ain berceloteh panjang, ain nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua umat islam yang menyambut hari raya aidilfitri diseluruh dunia. Alhamdulillah, perjalanan di sepanjang bulan ramadhan lalu dijalankan dengan penuh tekun dan sabar.
         
So, sekarang nak story mory ape yang berlaku sepanjang raya seminggu ni. Ain yang tak pernak bertegur sapa dengan sepupu ain, akhirnya mendapat peluang untuk bermaafan. Biarlah dia beranggapan yang semua itu salah ain, ain dah redhakan semuanya. Punca yang menyebabkan kita orang boleh berenggang tiada siapa yang tahu. Ain pun tak nak tuduh-menuduh dan tak nak mengaibkan orang lain. Sempena syawal ini, ain nak lupa kan semuanya.
         
So, ain nak fokus untuk semester tiga ini. Tak nak main-main lagi, tak nak hampakan harapan mak abah. Ain mesti ambil serius tentang pelajaran ain. Mak abah dah banyak tolong ain, ain kena buat sungguh-sungguh.


wassalam,

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND