Tuesday, October 30, 2012

Keluhan Hati Kecil saya... =_='''

Assalamualaikum..

     Alhamdulillah, ain masih lagi diberi peluang untuk menyedut oksigen di muka bumi milik ALLAH S.W.T.

     Alhamdulillah, Hari Raya Aidiladha disambut dengan meriah tahun ini. Kenapa meriah? Sebab nenek buat qurban lembu sekor. Huhh! Terasa raya haji tahun ni meriah semacam walaupun malam tu ada kenduri 40 hari arwah sepupu ain, Almarhumah Nur Farhana binti Rahmat. Semoga roh dia dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T.

     And the best part is cuti ni terlalu banyak assignment yang perlu dibereskan.. Hurmm! Hampeh! Duduk rumah just nak kena siapkan assignment. But the best thing is this is for my future. Kalau ain tak berusaha, sape lagi yang nak tolong majukan diri ain melainkan diri sendiri.

     So, Alhamdulillah sekali lagi, sepanjang cuti ini, ain muhasabah diri ain. Ain terfikir, ain ni lebih banyak baik atau jahat. So, fikir punya fikir. Mungkin ain banyak yang jahatnya. Bukan apa, luar nampak ok, tapi hati ain, masih lagi kotor. Ain bukan nak cakap diri ain hebat. Tapi itu yang ain rasa. Mungkin ada hikmah dengan apa yang ain rasakan ini.

     Ain rasa, ain perlu berhenti dari mengotorkan diri ain dalam benda-benda yang tak sepatutnya ain tahu, ain dengar, ain buat. Tapi, ain terasa ain jahat sangat bila ain dapat tahu benda yang xsepatutnya ain tahu, and ain tak cegah. Ain bingung, how to solve the problem??? Bermacam-macam cara yang ain fikirkan. Tapi setiap cara ada risikonya. Humm.. Ain terlalu banyak mengeluh memikirkan benda ini.

     Kenapa sanggup berbuat demikian, sehinggakan ain yang terpaksa menanggung beban. Even, with my own family, I didn't know how to share this problem. Serabut pun ada. Ain biarkan, benda tu menghantui diri ain. Nak bagitahu, rasa ain ni jahat sangat sebab ambil tahu sangat benda-benda macam tu.

     OTOKE..!!!! Ditelan mati emak, diluah mati bapak..(betul ke perumpamaan ni..??) Haaaaaaa... ~_~'' Kalau lah masalah itu dapat diselesaikan seperti memetik bunga ditaman. Mungkin dah lama ain buat camtu. Masalahnya ini, perlu berhadapan dengan orang. Ain paling tak gemar nak berhadapan dengan orang. Tengok je diri ni besar and gendut, tapi hati cam kutu.. kecikkkkkkk sangat.. Dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangatttttttttt penakut orangnya. Tu lah masalah ain bial ada probs, takut nak luahkan...

     Ain ingat lagi satu hadith mengenai masalah ain ini :

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).

 Jika di kalangan kaum Muslimin hari ini tidak mempunyai sebarang usaha untuk mengubahnya, bahkan dengan hati pun jauh sekali ingin melakukannya di samping langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat Islam, ini bererti imannya sudah pun hilang di dalam dirinya dan kemungkaran akan tumbuh subur menyelimuti seluruh umat manusia. Dan akhirnya, pintu azab Allah SWT yang sangat pedih akan terbuka. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh  kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak,  Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ain merasakan ain adalah hamba yang sangat-sanagt lemah imannya. Apayah lagi ain baca petikan dari satu artikel diatas dimana jika kita tidak mencegah kemungkaran segala amalan jita tidak berguna. Ya ALLAH, besarnya hukuman yang menimpa aku ini. Ain terasa sangat takut. Apakah ain punya amalan tidak diterima oleh ALLAH S.W.T ?? Terasa butiran airmata mengalir apabila mengenangkan hal ini.

     Ya ALLAH, sesungguhnya, ain tak tahu lagi nak berbuat apa.

Seandainya ada hamba ALLAH yang dapat membantu masalah ain, ain mengucapkan terima kasih dan ucapan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana menitipkan seseorang yang dapat membantu ain.

Wassalam,
Dari hati kecil,

2 comments:

  1. Replies
    1. InsyaALLAH cik qynhiou.. tapi ain takot ain tak kuat nak hadapi semua benada.. =(

      Delete

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND