Tuesday, January 22, 2013

Bila diri dirisik orang


     Alhamdulillah, hari ni dapat nak buat post. Hari ni ain terasa nak story what i've feel right now. Hehehehe.. Gedik pulak ain ni. Actually, dalam bape hari ni, tetiba, ada seorang hamba ALLAH SWT ni ajak ain nikah??? So, ain terasa terkejut beruk giler. NIKAH??? Tetiba keluar semua benda dalam kepala otak ain ni. Pelbagai persoalan demi persoalan yang keluar.

  1. Ape ain nak cakap kat mak abah yang ada orang nak pinang ain?
  2. Ape reaksi mak abah nanti?
  3. Nikah?
  4. Nikah adalah perkara yang berlaku sekali dalam seumur hidup. Tak kan nak main-main pulak?
  5. Akhirnya, ain pening memikirkan semua benda ni.

Akhirnya, jawapan terbaik ain bagi, ain minta dia tunggu ain sampai ain habis belajar and start keje. Bukan apa, ain tak nak bagi harapan. Banyak kemungkinan yang akan berlaku, sepanjang ain belajar ni. Mane tahu, dia jumpa jodoh lain ke. Tapi, ain memang terkejut lah bila ada orang utarakan benda macam tu pada ain.



    InsyaALLAH, kalau ain ada jodoh dengan dia, ain terima dengan hati yang terbuka, kalau tak ada, ain redhakan sahaja. Cukuplah sampai sini, insyaALLAH, andai ada perkembangan lain, ain akan story mory kat blog tercinta ain ni.

Wassalam,

Thursday, January 3, 2013

Motivasi Buat Diri Sendiri dan Juga Para Sahabat

Assalamualaikum,

     Hari ni ain nak kongsi beberapa kata-kata motivasi, kata-kata hikmat yang boleh dijadikan teladan buat sahabat-sahabat ain di luar sana.  (^_^)

1. Dunia ini umpama lautan yangluas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah banyak kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah IMAN, dan layarnya TAKWA, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

2. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

3. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

4. Sahabat yang beriman  ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH SWT.

5. Yang dikatakan sahabat bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukan kesalahan kita.

6. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; Siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; Sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ( Saidina Ali Abu Talib)

7.   Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Ini sahaja yang dapat ain kongsikan bersama. 

Wassalam,

Tuesday, January 1, 2013

Musibah Kecil Buat Hamba-MU




Assalamualaikum.

            Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menulis. Walaupun tidak seberapa yang ain nak tulis. Tapi, ini adalah yang terbaik ingin ain nak tulis. Hehehe. Hari ini badan tak sihat, dah dua tiga hari ain macam ni. ini semua penangan “ bisul “ yang ain kena.

            Alhamdulillah, ini semua dugaan yang ALLAH SWT berikan kepada ain. Ain tak merunggut. Tapi ain salahkan diri ain, sebab cepat sangat putus asa dengan dugaan yang ALLAH SWT berikan ini. Sahabat ain ada cakap-cakap, dugaan ini adalah penghapus dosa kecil ain. Alhamdulillah, sedapnya mendengar kata-kata sebegitu dari insan bergelar sahabat. Kalau hati tak kuat, mesti ada insan yang yang tak betah nak hadapi dugaan ini. Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kekuatan untuk menunaikan kewajipanMU, Ya ALLAH. Tidak sekali-sekali aku meninggalkan suruhanMU.



            Ain sayang korang, sebab korang sangat caring dengan ain (macam ayat poyo je kan). Walaupun, ain ni jenis yang menyakitkan hati korang. Hehehehe. Terima kasih sahabat sebab bantu ain masa ain punya jiwa raga terganggu. Haritu, entah makhluk ALLAH mana yang nak kacau ain dekat-dekat nak final exam ni. 




            Terima kasih sebab bagi semangat dekat ain waktu ain sakit-sakit. Haritu, ain ada sedikit berlagak kat korang, time  korang sakit. Ain minta maaf ye. Tak ada niat ain nak berkata begitu. Ain tahu, korang menyampah giler time ain cakap macam tu kan. Ain minta maaf ye. insyaALLAH, ain akan cepat sembuh dari dugaan yang kecil ini. Walaupun, ain rasa macam nak tercabut seluruh tulang-temulang ain ni. Hehehe.

            By the way (poyo je nak speaking LONDON), ain doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat ain yang bakal menduduki PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (hurup besar lah pulak, mesti stress sahabat aku baca. Buat yang terbaik dalam hidup korang. Ini masa depan korang. Ain cuma dapat doakan korang SUKSESSSS...!!!!



‘ Daripada ALLAH SWT kami datang,
Kepada ALLAH kami kembali,
Ya ALLAH, berilah aku pahala atas musibah ini,
Dan gantikanlah bagiku yang lebih baik. ‘


Wassalam,

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND