Thursday, January 3, 2013

Motivasi Buat Diri Sendiri dan Juga Para Sahabat

Assalamualaikum,

     Hari ni ain nak kongsi beberapa kata-kata motivasi, kata-kata hikmat yang boleh dijadikan teladan buat sahabat-sahabat ain di luar sana.  (^_^)

1. Dunia ini umpama lautan yangluas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah banyak kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah IMAN, dan layarnya TAKWA, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

2. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

3. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

4. Sahabat yang beriman  ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH SWT.

5. Yang dikatakan sahabat bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukan kesalahan kita.

6. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; Siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; Sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ( Saidina Ali Abu Talib)

7.   Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Ini sahaja yang dapat ain kongsikan bersama. 

Wassalam,

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND