Tuesday, January 1, 2013

Musibah Kecil Buat Hamba-MU




Assalamualaikum.

            Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menulis. Walaupun tidak seberapa yang ain nak tulis. Tapi, ini adalah yang terbaik ingin ain nak tulis. Hehehe. Hari ini badan tak sihat, dah dua tiga hari ain macam ni. ini semua penangan “ bisul “ yang ain kena.

            Alhamdulillah, ini semua dugaan yang ALLAH SWT berikan kepada ain. Ain tak merunggut. Tapi ain salahkan diri ain, sebab cepat sangat putus asa dengan dugaan yang ALLAH SWT berikan ini. Sahabat ain ada cakap-cakap, dugaan ini adalah penghapus dosa kecil ain. Alhamdulillah, sedapnya mendengar kata-kata sebegitu dari insan bergelar sahabat. Kalau hati tak kuat, mesti ada insan yang yang tak betah nak hadapi dugaan ini. Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kekuatan untuk menunaikan kewajipanMU, Ya ALLAH. Tidak sekali-sekali aku meninggalkan suruhanMU.



            Ain sayang korang, sebab korang sangat caring dengan ain (macam ayat poyo je kan). Walaupun, ain ni jenis yang menyakitkan hati korang. Hehehehe. Terima kasih sahabat sebab bantu ain masa ain punya jiwa raga terganggu. Haritu, entah makhluk ALLAH mana yang nak kacau ain dekat-dekat nak final exam ni. 




            Terima kasih sebab bagi semangat dekat ain waktu ain sakit-sakit. Haritu, ain ada sedikit berlagak kat korang, time  korang sakit. Ain minta maaf ye. Tak ada niat ain nak berkata begitu. Ain tahu, korang menyampah giler time ain cakap macam tu kan. Ain minta maaf ye. insyaALLAH, ain akan cepat sembuh dari dugaan yang kecil ini. Walaupun, ain rasa macam nak tercabut seluruh tulang-temulang ain ni. Hehehe.

            By the way (poyo je nak speaking LONDON), ain doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat ain yang bakal menduduki PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (hurup besar lah pulak, mesti stress sahabat aku baca. Buat yang terbaik dalam hidup korang. Ini masa depan korang. Ain cuma dapat doakan korang SUKSESSSS...!!!!



‘ Daripada ALLAH SWT kami datang,
Kepada ALLAH kami kembali,
Ya ALLAH, berilah aku pahala atas musibah ini,
Dan gantikanlah bagiku yang lebih baik. ‘


Wassalam,

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND