Saturday, February 23, 2013

Cuti Semester


     Alhamdulillah, akhirnya cuti berbaki 6hari lagi. Sebenarnya, berat hati ingin meninggalkan rumah yang tercinta ini. Bukannya apa, dengan keadaan abah yang tak bape nak sihat. Hati ni meronta-ronta rasa tak nak pulang. Rasa berat hati sangat-sangat. Tapi, apakan daya, ain tak mampu untuk menolak takdir . Hidup perlu dijalankan seperti biasa. Abah, masih lagi ada mak untuk menjaganya. Tapi sedih, tak dapat melihat perubahan keatas diri abah.

     Selama satu bulan lebih ni, bermacam-macam orang yang aku kenal. Sekarang, misi untuk meneruskan pembelajaran. Tapi kadang-kadang, otak ni jahat jugak. Teringin mencari seseorang yang bakal menjadi imam buat ku. Bukan apa, bila umur semakin meningkat, pemikiran pun semakin meningkat ke satu tahap. Yang mana, kita mempunyai keinginan untuk mempunyai seseorang yang boleh di jadikan suami in future nanti. Hehehe.. Normal lah tu kan.. 

     Setakat ni, masih belum ditemui. Ain pun bukan nya mengharap sangat sekarang ni. Cuma ini permulaan untuk mencari. Jadi, pencarian demi pencarian. Hehehe.. Nak kahwin awal? Bukan cara ain. Mak abah pun tak bagi ain kahwin masa study ni. Jadi, misi mencari je lah.. Hehehe.. Kalau ada pun, bukan semua boleh terima kita seadanya. (^_^).. Itu masalah mudah bagi ain. Ain bukan jenis yang berkecil hati atas tanggapan orang terhadap ain. Ain redha and ain bersyukur dengan anugerah yang ALLAH berikan pada ain ni. Ain tak mengharap yang lebih-lebih. Ain cuma inginkan kehidupan yang normal dan diberi esihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah.

InsyaALLAH, ada masa lagi, ain akan story mory lagi. 

Wassalam.

Tuesday, February 5, 2013

Story of SHINHWA

Siapa kaki korea variety show? Ain, sepanjang cuti ni layan RUNNINGMAN dengan SHINHWA BROADCAST.. Memang lawak giler.. So, ni ain ada letak pic yang ain upload dari google.. Hehehe.. Ini pic sepanjang SHINHWA BROADCAST berlansung ke udara.. ^_^



























So, inilah yang ain dapat.. Ain jadi minat giler dengan SHINHWA.. hahahhaha...

Wassalam,
 

Monday, February 4, 2013

Majlis Sambut Menantu Part 2

Hi, harini update lagi gambar.. hehehe.. ain memang dah takde keje.. asyik ambil gambar dan edit je..







Wassalam

Majlis Sambut Menantu Part 1

Alhamdulillah, akhirnya abang sulung ain menemukan jodohnya. Alhamdulillah, dia selamat diijab kabulkan dengan pasangannya pada 26 Januari 2013 di rumah pengantin perempuan.

Kebiasaannya, akan ada majlis kenduri sambut menantu yang akan dilakukan bagi menguar-uarkan perkhabaran pernikahan seseorang kepada orang ramai supaya tidak berlakunya fitnah.

Jadi, family ain membuat satu majlis sambut menantu di kediaman keluarga ain pada 10 Februari 2013. So, sini ada sedikit persiapan kecil-kecilan yang kami sekeluarga buat sebelum hari lansung.






Cukup sampai sini.. nanti ain upload lagi beberapa % yang tertinggal... hehehe..

Wassalam,

Sunday, February 3, 2013

Segmen Blogger i2 Sahabat ku



Alhamdulillah, harini sesaja nak buat entri sal blogger salah seorang sahabat ni.. saje je nak try.. lagi pun ain bukan nye blogger yang aktif macam blogger yang lain.. InsyaALLAH, kalau dapat buat entri ni, mane lah tahu dapat mengubah nasib blogger seperti ain ni.. hehehhee...

So, ada satu segmen ni yang di buat oleh salah seorang blogger jugak. Segmen Blogger i2 Sahabat ku.. Memang blogger adalah sahabat ain, cuma sahabat di alam maya yang mampu berkongsi cerita masing-masing. Kadang-kala entri masing-masing mempunyai input yang tersendiri.. Mungkin juga berguna buat diri sendiri..

 

Ini adalah gambar yang blogger tu buat.. ^_^

InsyaALLAH, sahabat blogger ain pon boleh follow blogger ni.. ^_^
Boleh klik di gambar tersebut atau di link yg ain dh buat... okey..

Wassalam ,

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND