Saturday, February 23, 2013

Cuti Semester


     Alhamdulillah, akhirnya cuti berbaki 6hari lagi. Sebenarnya, berat hati ingin meninggalkan rumah yang tercinta ini. Bukannya apa, dengan keadaan abah yang tak bape nak sihat. Hati ni meronta-ronta rasa tak nak pulang. Rasa berat hati sangat-sangat. Tapi, apakan daya, ain tak mampu untuk menolak takdir . Hidup perlu dijalankan seperti biasa. Abah, masih lagi ada mak untuk menjaganya. Tapi sedih, tak dapat melihat perubahan keatas diri abah.

     Selama satu bulan lebih ni, bermacam-macam orang yang aku kenal. Sekarang, misi untuk meneruskan pembelajaran. Tapi kadang-kadang, otak ni jahat jugak. Teringin mencari seseorang yang bakal menjadi imam buat ku. Bukan apa, bila umur semakin meningkat, pemikiran pun semakin meningkat ke satu tahap. Yang mana, kita mempunyai keinginan untuk mempunyai seseorang yang boleh di jadikan suami in future nanti. Hehehe.. Normal lah tu kan.. 

     Setakat ni, masih belum ditemui. Ain pun bukan nya mengharap sangat sekarang ni. Cuma ini permulaan untuk mencari. Jadi, pencarian demi pencarian. Hehehe.. Nak kahwin awal? Bukan cara ain. Mak abah pun tak bagi ain kahwin masa study ni. Jadi, misi mencari je lah.. Hehehe.. Kalau ada pun, bukan semua boleh terima kita seadanya. (^_^).. Itu masalah mudah bagi ain. Ain bukan jenis yang berkecil hati atas tanggapan orang terhadap ain. Ain redha and ain bersyukur dengan anugerah yang ALLAH berikan pada ain ni. Ain tak mengharap yang lebih-lebih. Ain cuma inginkan kehidupan yang normal dan diberi esihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah.

InsyaALLAH, ada masa lagi, ain akan story mory lagi. 

Wassalam.

1 comment:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND