Tuesday, April 30, 2013

Aktiviti Sepanjang 2Minggu Lepas



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini ain masih lagi diberi kesempatan untuk hidup sekali lagi selepas dimatikan dari tidur yang panjang.

Ada belog, ain bukannya expose kan kat orang ramai. Sesiapa yang baik hati nak follow belog ain, ucapan terima kasih yang tak terhingga ain berikan kepada follower ain.. ^_^

Ain pun bukan blogger yang aktif. Ain takda benda yang ain nak update. Cuma adalah haritu gi Subang Jaya atas urusan fieldtrip under fakulti. Dapatlah merasa jalan-jalan kat area Selangor buat pertama kalinya ke sana. Perjalanan pun tak lah jauh mana pun. Tapi pengalaman bersama seorang usahawan yang berjaya itulah yang terbaik. And the most important thing, ain dapat merasa produk mereka. Ternyata sangat sedap and sekali jejak kaki di hadapan pintu kedai tu, haruman biskut yang di masak ternyata menguji kesabaran hati sepanjang mereka beri penerangan mengenai syarikat dia. Fuhh..!! Wangi..!! *^_^*
Perjalanan sepanjang ke Subang Jaya

Lori Susu yang menarik minat ain.. ^_^

Ada gambar lembu.. comel..^_^

Lepas je pergi sana, semua balik dengan wajah keletihan. Nasib baik dah mula cuti midsem. Hehe.. mood nak balik kampung tu membara di hati semua housemate ain yang asal dari pantai timur. Housemate ada yang balik menghala ke pantai timur dan ada yang menghala ke selatan. Alhamdulillah, mereka semua selamat sampai ke kampung halaman memasing. Dan ain..... akhirnya pulang ke rumah makcik merangkap adik adik abah di Paroi Jaya, Seremban. Disitulah ain menghabiskan sisa cuti midsem ain. Nak balik kampung, mak cakap tak payah. Huhu.. itulah emak. Kalau A dia cakap, A lah yang aku kena ikut. 

Suasana Kompleks Sukan Paroi di waktu malam..*_*

Macam kat ICT Shah Alam pun adakan... o_o


Gi dengan sepupu

Alhamdulillah, cuti midsem dah berakhir. Harini 1st day kuliah selepas cuti midsem. Mindmap pun dah hantar. Punya lah stress ain nak fikir sal mindmap tu, akhirnya hasilnya sudah dihantar kepada lecturer. 
Mindmap2 pula menanti. Patner dengan budak lelaki jugak lah. Huhu.. 1st day kuliah dah stress dengan test lab, assignment lapangan, interview, report dan sebagainyalah. Tak ke korang rasa banyak sangat yang nak kena buat. Huhu.. -_-‘’’’

insyaAllah, semua akan berjalan dengan lancar, walaupun ain rasa otak dah blank. Sebab tak tahu nak mulakan yang mana. Huhuhu..-_-‘’ . Doakan ain selamatlah ye. Pape hal, ain story lagi lah ye.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND