Monday, April 15, 2013

CERITA CINTA MAWAR PUTIH I



Ombak berkejaran sesama sendiri menghempas di persisiran pantai. Aku duduk seorang diri di situ. Aku memikirkan hal yang ibu utarakan pagi tadi. Perlukah aku menerima lamaran dari anak kawan ibu tu? Sedangkan aku sudah ada Rizal, cinta pertama aku dari zaman universiti lagi. Takkan aku nak tinggalkan dia begitu sahaja? Tak adil buat aku. Arghh!! Stress aku memikirkan hal ini. Apa pun, aku perlu berjumpa Rizal untuk selesaikan masalah ini. Dan aku perlu berhadapan dengan ibu juga. Apalah nasib aku ni, dah macam cerita novel ar. Malam ni kena settlekan juga apa-apahal pun.
Sesampai di rumah, ibu menghampiriku.

             “ Ain, ibu nak nak cakap something. Boleh Ain?” Tanya ibu yang menyuruh ku duduk sebentar di sisinya.

Aku akur dan berlalu ke ruang tamu.
             
            “ Ada apa bu? Ibu nak cakap pasal lamaran itu ke bu?” Tanyaku kepada ibu.
            
            “ Ya Ain. Ain  setuju ke dengan pilihan ibu? Ibu cuma nak yang terbaik untuk anak perempuan ibu yang seorang ni. Abang-abang kamu semua mengikut pilihannya. Cuma Ain je yang boleh tunaikan permintaan ibu. Ibu tak minta banyak dari Ain, tapi fikirkanlah ya.” Kata ibu sambil mengelus pipiku. Tidak sampai hati aku nak mengguris hati kecil tua ini. Sungguh banyak jasanya serta pengorbanannya terhadapku.
            “ Bagi Ain masa ya ibu? Ain nak buat solat istikharah. Kalau dia jodoh Ain, Ain terima. Sekiranya tidak, Ain minta maaf ya ibu.” Jawabku.
            “ Baiklah Ain. Ibu akan tunggu keputusan dari Ain.” Jawab ibu dengan segaris senyuman. Aku menghadiahkan sebuah kucupan di pipi ibu yang tersayang ini.
Aku berlalu meniti anak tangga satu persatu. Malam itu aku menghabiskan masa dengan melalukan solat istikharah serta solat hajat. Meminta pertolongan, petunjuk serta memohon kepada-NYA jodoh yang terbaik untuknya. Selesai solat, dia mengambil handphone untuk menghubungi Rizal. Sudah hampir seminggu dia tidak menghubungi Rizal kerana urusan kerja Haziq yang membataskan dia untuk selalu menghubungi Rizal.
            “ Assalamualaikum, Rizal?” salamku kepada Rizal.
            “ Hai, Rizal is not here. Who is there?” suara perempuan.
Aku terus mematikan telefon. Sungguh aku terkejut sekali dengan mendengar  suara tadi. Siapakah perempuan itu? Menjadi tanda tanya buat aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, aku pergi ke pejabat dengan pelbagai tanda tanya. Aku teringin berjumpa Rizal untuk menyelesaikan keserabutan di kepala aku ini. Terlalu susah untuk aku menerima sekiranya Rizal sudah mempunyai kekasih lain selain aku. Tiba-tiba interkom aku berbunyi,
            “ Cik Ain, Tuan Hashim ingin berjumpa Cik sekarang.” Kata setiausaha ayahku, Fazlina.
            “ Baiklah Kak Faz. Sekejap lagi Ain sampai. Terima kasih kak.” Aku menekan punat off di interkom aku.
Aku mencapai buku catatan dan berlalu ke pejabat ayah. Pejabat ayah agak jauh dari pejabatku. Terpaksa aku naik ke tingkat atas. Setibanya di hadapan pinti bilik ayah, aku mengetuk pintu kayu itu dan membukanya. Kelihatan dua orang lelaki asing di pandangan mataku berada di hadapan ayah.
            “ Kenalkan, ini anak gadis saya, Nur Ain. Nur Ain, ini sahabat ayah dari Sutera Holdings, Dato’ Fariz yang akan bekerjasama dengan syarikat kita.” Kata ayah dengan panjang lebar. Aku hanya mampu menlemparkan senyuman sahaja. Nak bersalaman tidak manis sebab bukan muhrim aku. Aku terpandang jejaka di sebelahnya. Hanya sekilas pandang sahaja.
            “ Apa khabar Ain. Dah besar pun dia. Cantik persis ibunya.” Kata Dato’ Fariz dengan melemparkan senyuman.
            “ Hahaha. Dulu masih budak-budak lagi. Ni sekarang dah besar panjang. Ada masa nanti, jemput datang rumah.” Kata ayah lagi.
            “ Ayah, Ain perlu uruskan kertas projek. Abang Long dia nak hari ini. Kalau tak ada apa-apa, Ain nak minta diri dulu.” Jawabku.
            “ Ya lah. Pergilah dulu.” Kata ayah sambil melemparkan senyuman terhadapku. Aku memberi salam kepada ayah serta rakannya dan mengundurkan diri untuk keluar dari bilik itu.
Aku meneruskan perjalanan turun ke bawah. Tiba-tiba, muka pemuda di bilik ayah sebentar tadi hadir di benak fikiranku. Ishh! Apa la aku ni. Tak elok ingat anak orang. Aku terus masok ke bilikku. Baru sahaja aku meletakan punggung di kerusi, handphone aku bordering menunjukkan ada mesej masuk. Aku segera melihat pengirimnya. Rizal.
-           Salam..in wt pe?
+          Salam..ngah wt keje. Npe?
-           Rindu..=)
+          ye..??hehehe..awk,sy ada bnda nk ckp dgn awk. Boleh kte jmpe..?
-           Ok..bila nk jmpe..??tp mnggu ni xleh,sy ada hal dgn client..u set de date..ok syg..
+          ok...sy nk wt keje..awk hti2 n jaga diri..salam..=)
-           Ok wk..salam..
Tapi aku perlu mnyelesaikan masalah ini dalam minggu ini juga. Kusutnya otak aku ni. Rasa nak tanggalkan tudung ni aja. Serabut kepala otakku. Apa-apa hal, kertas projek kena siapkan. Nanti along bising pulak. Satu hal kalo along dah bising. Sejak kakak iparku disahkan mengandung, along menjadi lebih banyak berleter mengalahkan perempuan. Pelik aku. Yang mengandung isteri dia, tapi yang buat perangai dia. Hish! Target aku, kena siapkan before lunch hour. Aku nak gi satu tempat waktu lunch hour ni. Aku ajak salah seorang pekerjaku merangkap sahabatku, Anis.
-           Anis, mkn luar jm..aq blnje.
+          roger..=)
Cantik. Anis ikut aku. Aku ajak Anis ke mall yang berhampiran dengan pejabat. Tidak la terlalu sesak rasanya. Aku ke Butik Muslimah, aku nak cari tudung sebenarnya. Dah bosan dengan koleksi tudung kat rumah tu. Hari tu surf kat internet ada banyak tudung baru keluar. Mana tahu, kat butik tu ada. Semasa menaiki escalator, aku terpandang satu susuk tubuh yang sangat aku kenali. Rizal. Tapi dia bersama seorang perempuan yang aku rasa aku cukup mengenali perempuan itu. Yana? Anak Dato’ Khalid. Apa yang dia buat bersama Rizal? Sesampai di tingkat dua, aku cuba melihat dari atas perlakuan mereka. Rizal sanggup memeluk pinggang Yana? Apa semua ini? Aku cuba mengambil gambar mereka dari jauh. Selepas itu, aku dengan Anis terus mendapatkan merpati dua sejoli tu.
            “ Assalamualaikum. Nampak mesra ya?” aku menegur dari belakang. Seraya itu, Rizal serta Yana berpaling. Sungguh terkejut aku melihat orang yang aku saying berpelukan dihadapan aku. Sungguh tidak ku sangka. Suara perempuan yang menjawab di telefon tempoh hari adalah Yana.
            “ Aa..Apa Ain buat dekat sini?” tanya Rizal dengan suara yang teragak-agak.
            “ Ain nak beli barang. Lepas tu terserempak dengan awak. Tak sangkakan akan berjumpa di sini.” Aku menggagahkan suaraku. Aku menggenggam tangan Anis dengan begitu kuat sekali. Aku cuba untuk bertahan dihadapan lelaki ini. “ Rizal, dengan detik hari ini, kita putus. Awak dan saya tiada apa-apa lagi. Terima kasih untuk segalanya. Assalamualaikum.” Aku berlalu dengan airmata yang sudah bertakung di pelupuk mataku.
“ Ain..!!!” jerit Rizal.
Aku terus berlalu tanpa menoleh kebelakang. Aku tidak sanggup melihat insan yang aku sayang berlaku curang dihadapan mataku sendiri. Sewaktu memulakan pejalanan yang hanya beberapa langkah, Anis melepaskan tanganku dan kembali kebelakang. Aku mendengar Anis telah menampar pipi Rizal,
            “ Kau tak layak memiliki insan yang sebaik Ain. Aku harap kau sangat bahagia dengan perempuan murahan ini.” Kata Anis yang berbaur cemuhan. Anis terus mendapatkan aku dan berlalu pergi meninggalkan merpati sejoli tadi.
Aku terus mengeluarkan kunci kereta dari handbag. Tanganku menggigil sebab menangis.
            “ Bagi kunci pada aku. Biar aku drive balik ofis.” Anis menyuruh aku tukar tempat duduk.
Aku duduk di sebelah Anis dengan menangis teresak-esak. Aku sudah tidak dapat menahan lagi.
            “ Menangis lah sepuas-puasnya. Jangan kau tahan perasaan kau tu.” Kata Anis.
Aku menangis semahu-mahunya. Sesampai di pejabat, aku terus mengambil wudhuk serta bersolat. Aku sudah memberitahu setiausahaku, bahawa aku tidak mahu di ganggu. Lama kau berteleku di atas tikar sejadah. Memohon keampunan kepada-NYA kerana kealpaan aku menilai seorang insan. Sedar-sedar hampir petang. Aku terus solat asar dan mula mengemas barang aku di atas meja. Aku ingin segera pulang ke rumah. Aku dah tak larat nak melakukan sebarang kerja. Aku memberitahu ayah yang aku ingin pulang awal. Ayah memberikan kebenaran. Aku drive ke rumah dengan hati yang kosong.
Sesampai di rumah, aku terus mendapatkan ibu. Aku menangis di pelukan ibu. Ibu ke hairanan dengan sikap aku. Ibu cuba tenangkan aku. Setelah tenang, aku menceritakan segalanya dari A hingga Z. Baru ibu faham dengan masalah aku ini dan ibu memberi nasihat kepadaku supaya jangan menyayangi orang terlalu mendalam. Aku akur dengan nasihat ibu.
Aku berlalu ke bilik dan mengambil tuala untuk menghilangkan segala kepenatan hari ini. Penat kerana menangis. Aku berkurung di bilik dan melayari internet sehingga masuk waktu maghrib. Selepas solat dan makan malam bersama ibu dan ayah, aku terus menuju ke bilik. Aku cuba membuka internet lagi. Aku masuk ke dalam sebuah blog dan mula berchatting dengan orang-orang di situ. Aku mula tertarik dengan seorang chatter ini. Kami bertukar email dan mula berchat di yahoo messenger. Dengan cara ini lebih mudah aku berbual dengannya.
SUFI AIMAN     : Assalamualaikum.
NUR AIN          : Wa’alaikumsalam.
SUFI AIMAN     : Buat ape je memalam ni...=)
Aku tergelak kecil apabila melihat perkataan ‘memalam’
NUR AIN          : Buat kapal terbang..hahahaha..=)..on9 je la..nk wt cm ne lg..
SUFI AIMAN     : Ooo...bagus2..hahaha..npe masuk roomchat?? Bosan ke??
NUR AIN          : Ya..tak tau nk wt pe..bila masuk blog tu..byk bnda yg kta boleh kongsi..pndapt..serta ilmu yg tidak smpat sy dpt dr buku..dkat situ pun dh ada..
SUFI AIMAN     : Oooo..bagus lah kalau awak berfikir sebegitu..
NUR AIN          : Hmm..tu la..awk ni duk mne?dh lma ke chat dlm blog tu?
SUFI AIMAN     : Lama pun xla..ada la dalm beberapa tahun cmtu..
NUR AIN          : What?? Means, blog tu awk pnye la?
SUFI AIMAN     : Lbih kurang cmtu la..hehehee..=)
NUR AIN          : Ok..i see..hehehe..ok lah..dh lewat ni..esok ada kls la..
Aku berpura-pura menjadi student. Tidak perlu lah aku memberitahu latar belakang aku.
SUFI AIMAN     : Ooo..studnt lg rupanya..ok lah..stdy smart k..
NUR AIN          : Hehehee..ok..night..assalamualaikum..
SUFI AIMAN     : Nite..wa’alaikumsalam..
Aku terus log out. Hati aku tersenyum sendiri. Bukan apa, kerana aku suka dengan cara dia mesej. Dialah teman siber aku. Aku ni kadang-kadang malas untuk berkawan dengan lelaki. Sikap aku ni dulu pun kasar sebab hidup selama 25 tahun bersama lelaki iaitu Along dan Angah.
Hidup sorang-sorang ni rasa bosan juga. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran anak kawan ibu itu. Bukan apa, umur dah banyak ni, dah malas nak fikir benda yang remeh-temeh ni. Biarlah urusan hidup aku ibu bapa aku yang tentukan. Keredhaan anak datang dari keredhaan kedua ibu bapanya.
            “ Ibu, Ain terima lamaran itu. Andai dia jodoh Ain, Ain terima.” Kataku kepada ibu sewaktu kami sedang menyediakan sarapan pagi.
            “ Alhamdulillah. Akhirnya Ain terima juga. Ibu dah jumpa calon suami Ain tu. Sedap mata memandang dan baik.” Kata ibu kepadaku. Melambung sungguh pujian yang ibu berikan kepadanya. Siapakah dia yang ibu maksudkan itu?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Barang hantaran untuk majlis pertunangan yang hujung minggu ini dalam proses untuk siap. Kak Aina yang merangkap kakak ipar aku, isteri kepada Muhammad Fathul Islam, angah aku. Dia yang banyak membantu dalam hal gubahan ini. Perasaan aku sekarang ini, entah lah. Susah aku nak gambarkan. Semalam, aku sudah membuat solat istikharah. Dalam mimpi itu, aku terlihat kelibat seorang lelaki berpakaian putih bersih sambil memegang sekuntum bunga ros putih. Tapi aku tak kenal siapa lelaki itu.
Kak Aisyah pula sibuk dengan gubahan telekungnya itu. Along tidak bagi Kak Aisyah buat kerja yang berat-berat sebab tengah mengandung anak pertama. Seminggu ini, kakak-kakak iparku yang tersayang terpaksa berkampung di rumah ibu bagi menyiapkan barang hantaran pertunanganku. Aku pula, sibuk dengan jahit manik dekat selendang yang aku akan pakai untuk tunang nanti.
            “ Cantik lah jahitan manik yang adik buat kat selendang tu.” Kata Kak Aina sambil dia sedang sibuk memasang bunga gubahan di atas baju bakal tunang aku itu.
            “ Alah akak, ni pun belajar kat dalam internet kak. Terasa nak jahit sendiri. Hehehe.” Gelakku sambil meneruskan jahitan manik.
            “ Lepas ni, boleh lah tempeh jahit manik kat adik.” Balas Kak Aisyah.
Kami ketawa dan meneruskan kerja kami. Bukan selalu dapat kumpul dengan kakak-kakakku ini. Bila dah jumpa, boleh bising rumah ibu ini.
Malam tu, aku saja nak online kat yahoo messenger. Aku terlihat ikon SUFI AIMAN menyala menandakan diapun sedang online juga. Aku terus memberi salam kepadanya.
NUR AIN          : Assalamualaikum..hye awk...^_^
SUFI AIMAN     : Wa’alaikumsalam..ceria semacam je..ada pape ke? Story mory ler...hahaha.
NUR AIN          : Tak da pape.. Ceria..?? tak lah...mood mlm ni ase tenang..hehehe..
SUFI AIMAN     : Oooo....bagus lah..
NUR AIN          : Awk..sy nk ckp something..hujung minggu ini sy akan bertunang..dan sy tak tau sape calon suami sy itu..
SUFI AIMAN     : Knape boleh tak tahu? Bukan ke dia pilihan awk?
NUR AIN          : Tak..pilihan family..
SUFI AIMAN     : Alhamdulillah..so skrg ni dlm dilema ke? Hehehe
NUR AIN          : Ya..=(.. sy xthu sma ada dia adalh jodoh yg terbaik yg ibu dan ayah sy carikan atau sebaliknya..
SUFI AIMAN     : InsyaALLAH..ia adlah jodoh yg trbaik utk awk..kn parents yg carikn..mstilah dia jodoh yg trbaik utk awk..utk anknya..terimalah dgn hati yg ikhlas..insyaALLAH..akn ada cinta yg berputik di hati awk yg ALLAH SWT sudah titipkan utk awk..k
Tersentuh juga hati aku dengan kata-kata SUFI AIMAN. Kenapa aku perlu meragui pilihan ibu dan ayah. Sedangkan mereka sudah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan jodoh yang terbaik untuk aku. Maafkan Ain ibu. Maafkan Ain ayah.
NUR AIN          : InsyaALLAH.. terima kasih awk.. atas nasihat yg awk berikn..xkn sy lupa..insyaALLAH, ada mse..kta akn brjumpa..
SUFI AIMAN     : Ok wk..bila awk brtunang?
NUR AIN          : Hujung minggu ini?
SUFI AIMAN     : Eh.. sme plak dgn sy brtunang..congrats k utk awk..cuba sygi dia..=)
NUR AIN          : Ok.. thanx.. congrat utk awk jugak.. bertuah wanita yg dapat awk..hhehehe... insyaALLAH.. akn sy cuba...=)
SUFI AIMAN     : Bagus sahabatku...=)
NUR AIN          : Hehehehe.. ok lah wk.. dh malam ni.. nk rehat.. esok nk kena gi keje.. hehehee.. ok... assalamualaikum..nite..=)
SUFI AIMAN     : Ok wk..wa’alaikumsalam..
Setelah log out, aku terus ke bilik air dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat isyak serta solat sunat hajat. Aku harap, dia adalah jodoh yang terbaik untuk aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, rumah aku sudah sibuk dengan persiapan majlis pertunangan. Ibu tak nak guna khidmat katering, sebaliknya sedara mara ayah dan ibu yang banyak membantu yang juga merangkap makcik serta pakcik aku. Riuh rendah rumah aku dengan suara makcik dan pakcik aku. Sepupu pula jangan cerita, ramai gila. Aku pula, sedang sibuk seterika baju tunang untuk petang ni. Barang-barang dah tersusun rapi di atas lantai. Bertemakan hitam serta gubahan bunga ros putih serta hijau lembut pula terhias indah di atas barang-barang hantaranku.
            “ Wah, cantiknya! Siapa yang tolong gubahkan?” tanya salah seorang sepupuku, Suhani.
            “ ibu and di bantu oleh kakak. Bila Kak Ani sampai? Abang Syuk dengan anak-anak akak ikut tak? Tanyaku serta menyalami tangannya sebagai tanda hormat.
            “ Semua ikut. Manalah akak boleh berenggang dengan family akak. Ain bersiaplah ya. Akak nak turun ke bawah. Nak tolong Mak Min sikit.” Jawab Kak Ani.
            “ Baiklah akak.” Jawabku.
Aku terus di andam oleh Kak Ina, selaku setiausaha ayah di pejabat. Selain bekerja sebagai setiausaha ayah, Kak Ina juga mempunyai kemahiran mengandam. Senang kerja aku. Tak payah nak upah mak andam. Aku meminta Kak Ina menyolekku dengan solekan ringkas sebab aku ni bertudung. Tak perlu untuk vogue sangat. Setelah selesai aktiviti solek-menyolek ni, aku terus mengenakan busana yang aku beli di Butik D’Qaseh kepunyaan housemate Anis, Hashimah atau Imah. Mudah dan senang bagiku. Baju yang agak simple bagi aku Cuma di perincikan dengan butiran manik bagi menaikkan seri busana itu. Tema aku warna hitam, so dari hujung rambut sampai hujung kaki, semuanya warna hitam. Busana yang aku pakai boleh dikatakan style kaftan dan aku mengenakan selendang siti yang aku letak manik selama sebulan aritu. Simple dan kemas.
Hati berdebar-debar tatkala Anis memberitahu bahawa rombongan pihak lelaki sudah sampai. Tangan dah mula menggigil.
            “ Weyh. Aku takut la.” Kataku sambil menggenggam tangan. First time bertunang. Rasa berdebar pula. Ini baru bertunang, belum nikah lagi.
            “ Relaks la. Bukannya kau jumpa muka tunang kau tu pun. Aku yakin mesti tunang kau tu hensem.” Kata Anis sambil membetulkan tudung yang di pakainya.
            “ Aku pun tak tau. Ni semua kerja ibu dengan ayah aku. Dia orang yang dah jumpa. Aku memang tak jumpa lagi.” Kataku. Hati dah berdebar sebab ibu suruh keluar untuk upacara sarung cincin.
Aku melangkah keluar bersama Anis disisiku. Saat inilah cahaya lampu kamera orang menerjah kearahku. Sakit jugak mata ni. Ada yang cuba menegurku. Aku hanya mampu melemparkan senyuman sampai aku duduk di hadapan pelamin indah dan simple yang direka oleh aku sendiri. Seminggu aku mencari idea nak hias pelamin ni dengan Kak Aina.
            “ Adik, hulurkan jari tu.” Kata Kak Aisyah.
Aku menghulurkan jari. Tersergam indah dua bentuk cincin yang aku terima. Satu untuk tunang satu lagi untuk merisik. Majlis berlangsung waktu petang. Ramai juga yang hadir. Aku sempat bergambar dengan bakal mertuaku. Pak cik Fariz dengan seluruh keluarganya. Ramai juga adik beradik tunang aku ni. Anak buah dia pun ramai juga. Setelah bergambar, aku mempelawa bakal parents mertua aku gi makan. Lebih kurang menjamu makan la. Ada juga suara-suara sumbing tanya sal tunang aku. Aku senyum je. Nak cakap, aku tak tau. Diamkan saja.
Kini genap enam bulan aku bertunang. Selama itu, aku tak pernah jumpa tunang aku. Pak Cik Fariz a.k.a bapak mertua aku cakap yang tunang aku ni gi outstation kat luar negara. Entah hal apa yang dia uruskan. Aku malas nak amik tahu. Yang penting, before akad nikah, dia ada. Si Anis pula sedang di lamun cinta asmaradana dengan Aizat. Aku malas nak kacau orang yang tengah hangat bercinta tu. So, untuk hilangkan kebosanan tahap gaban ni, aku gi la jenjalan shopping. Tengah syok memilih barang, aku rasa ada orang sentuh beg aku. Aku menoleh, aku lihat Rizal yang memegang beg aku.
            “ Rizal..? Ada apa awak cari saya ni..?” kataku dengan riak muka yang agak terkejut.
            “ Saya nak awak balik. Kita kembali macam dulu? Saya sanggup buat apa saja untuk awak. Asalkan awak jadi milik saya.” Kata Rizal dengan penuh pengharapan.
            “ Maafkan saya Rizal. Kita sudah tidak boleh macam dulu lagi. Saya sekarang tunang orang. Saya harap awak dapat jauhkan diri awak dari saya.” Kataku sambil berlalu pergi. Tapi tanganku direntap oleh Rizal sehingga aku mengadu kesakitan. “ Awak ni kenapa? Dah buang tebiat? Sakit tau tak!” aku mengherdik Rizal atas perbuatan yang telah dia lakukan keatasku sebentar tadi.
            “ Saya panggil bukan awak nak dengar.” Jawab Rizal yang cuba membela dirinya.
            “ Suka hati saya nak dengar atau tak. Itu hak saya. Untuk pengatahuan Encik Rizal bin Sulaiman, saya bukan lagi Nur Ain yang dahulu. Saya adalah tunangan orang dan awak, Encik Rizal tiada hak nak buat saya seperti itu. Ni pertemuan terakhir dan jangan cuba muncul di depan saya lagi. Assalamualaikum.” Jawabku serta berlalu pergi. Dari mana kekuatan yang aku ada untuk membidas kata-kata Rizal tadi. Yang aku tahu, aku tak ingin bertemunya lagi.
            Setibanya di rumah, aku melihat seperti ada tetamu. Aku masuk ke dalam dan ternyata, Pak cik Fariz bersama isterinya.
            “ Assalamualaikum pakcik, makcik. Dah lama sampai?” kataku sambil menyalami tangan kedua orang tua itu serta tangan ibubapaku.
            “ Pakcik dah lame sampai. Ain dari mana?” tanya Pakcik Fariz.
            “ Ain dari shopping mall. Adalah benda sikit yang dibeli tadi. Ni dah makan ke? Kalau belum, tunggu sekejap. Nanti Ain masakkan.” Jawabku sambil tersenyum.
            “ Tak pelah Ain. Pakcik dengan makcik kamu dah makan tadi. Tak payah susahkan diri. Ain kan baru je balik. Ni pakcik datang nak bagi barang yang tunang kamu kirimkan kat pakcik.” Kata Pak Cik Fariz kepadaku sambil menghulurkan beg kertas kepadaku. Nampak macam beg butik yang berjenama je.
            “ Tak pe lah kalau macam tu, Ain naik ke atas dulu ye, belum solat asar lagi ni.” kataku sambil menyalami bakal mak mertuaku dan berlalu ke atas.
Seusai menunaikan solat asar, aku cuba mengambil bungkusan yang di berikan oleh Pak Cik Fariz kepadaku. Aku melihat sepasang jubah yang sangat cantik sulamannya. Macam manalah tunang aku ni boleh tahu saiz badan aku. Mungkin juga dia ada tanya kat mak kan pasal aku. Apa-apa pun, terima kasih Incik Tunang.
Tangan ni tetiba rasa nak online pulak. Kelihatan icon SUFI AIMAN menyala. Ini tandanya dia pun tengah online. Dah lama jugak tak tanya khabar berita sahabat aku yang sorang ni.
NUR AIN          : Assalamualaikum. Apa khbr? Lme xdgr khbr berita.
SUFI AIMAN     : Waalaikumsalam. Alhamdulillah, shat je. Mmg lme pn xdgr khbr brite. How bout u?
NUR AIN          : Alhamdulillah, shat jugak. Maaf lah ye.sejak kebelakangan ni sibuk sikit.
SUFI AIMAN     : Ye ke. Tak mengapa. Macam mana dgn tunang? Shat?
NUR AIN          : Tunang??? Rasanya shat kot. Sejak dr tunang smpai sekarang xjumpa lagi. Mak ayah dia ckp dia tngh bz out-station. Sy xthu lah tunang sy tu keje ape wak. N yg kiteorg xpnh cntct. Sy xprnh teringt nk cntct pn.
SUFI AIMAN     : Lah. Ye ke? Knapa mcm tu plak? Awk xsuke ke dgn pertunangan awk ni?
NUR AIN          : Sy terima. Mungkin bercinta selepas khwin its better kn.
SUFI AIMAN     : Good girl. Mmg btol pon. InsyaALLAH, akn terbit rasa syg tu.
NUR AIN          : InsyaALLAH. So, mcm mna dgn awk? Tunang awk mcm mne? Cntik tk? Persis supermodel? Hahaha..
SUFI AIMAN     : Alhamdulillah, org nye ok je. Pilihan fmly kn. Mesti yg terbaik. =) Sy rasa bersyukur sgt bila dia terima pinangan sy.
NUR AIN          : Alhamdulillah. Ok lh awk. Nk offline ni. InsyaALLAH, nnti ada masa kte chat lg. mane thu time tu sy dh nk khwin ke. Hehe. Nnt sy hntr kad jmputan kt awk ye. Terima kasih tau mnjadi shbt sy.
SUFI AIMAN     : Baiklah. Hehe. InsyaALLAH.
NUR AIN          : Ok, Assalamualaikum.
SUFI AIMAN     : Waalaikumsalam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Izham mematikan icon yahoo messenger. Dia menyilangkan tangan kebelakang kepalanya sambil memandang ke siling. Dia memikirkan mengenai tunangnya. Masih terbayang lagi wajah tunangnya ketika itu di pejabat Pak Cik Hashim. Begitu cantik sekali wajahnya. Adakah Nur Ain di yahoo messenger adalah Nur Ain binti Hashim? Jika benar dia adalah orang yang sama. Itu yang dia cuba fikirkan. Tiba-tiba dia teringatkan baju jubbah yang dia kirimkan kepada ibunya haritu. Lantas, dia mengambil handphone dan mendail nombor ibunya.
            “ Assalamualaikum ibu. Ibu buat ape?” tanya Izham kepada ibunya.
            “ Waalaikumsalam. Ibu sihat je Iz. Iz macam mana kat sana? Sihat? Rindu ibu kat Iz. Bila nak balik sini? Tak nak jumpa tunang tercinta ke?” Ibunya cuba mengusik.
            “ Iz sihat je bu. Tinggal final stage je bu. Nanti Iz balik sana. Sebenarnya, Iz nak tanya kat ibu ni. Ibu dah bagi barang yang Iz suruh bagi kat Ain?” tanya dengan penuh berhati-hati.
            “ Alhamdulillah. Ibu dah bagi kat dia. Iz cepatlah balik sini. Tolong ibu siap-siapkan barang-barang untuk Iz kahwin nanti.” Jawab ibunya.
            “ InsyaALLAH, nanti Iz balik bu. Akhir bulan ni siaplah semuanya. Usahasama kita dengan syarikat sini pun masih berjalan dalam peringkat awal. Takkanlah Iz nak tinggalkan macam tu je bu. Marah ayah nanti. Bila semua dah selesai, iz balik lah bu. Tak lama pun. Akhir bulan ni je bu.”
            “ Ye lah Iz. Iz kalau kerja, dah tak ingat semua tu. Nanti dah kahwin jangan nak buat macam tu pulak. Kang lari bini kamu tu.” Ibunya berseloroh sambil ketawa.
            “ Apalah ibu ni. sekarang Iz bujang lagi. Nanti dah kahwin, Iz bawak sekali bini Iz. Ibu jangan risaulah ye. Iz takkan sia-siakan buah hati. Ibu, Iz off call lah ye. Nanti melambung pulak bil Iz. Ibu jaga diri baik-baik ye. Sampaikan salam pada ayah.” Jawabnya.
            “ Ye lah. Iz pun hati-hati kat sana. Nanti dah nak balik, bagitau ibu.”
            “ Baik bu. Assalamualaikum bu.”
            “ Waalaikumsalam.”
Hatinya menjadi tenang apabila menelefon ibunya. Dia bangkit dari katil untuk membersihkan dirinya. Dia menandakan pada kalender, tarikh dia akan berangkat pulang ke Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. macam cerita sebenar pun ada, penulisan yang bagus

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete
  2. Ada sambungannya ka??mw bha..aduhh..truja my..

    ReplyDelete

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND