Monday, April 15, 2013

RUMAH IDAMAN SI MOMO



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan nak update belog.

Tetiba keluar idea giler ain. Tengah stress-stress buat assignment, ain sempat mengGOOGLE gambar kan.

Ain pun tak tahu nak buat ape lagi.

Kepala pun dah noneng time tu.

So, hari ini ain nak buat post RUMAH IDAMAN SI MOMO..

InsyaALLAH, ain akan hidangkan gambar-gambar yang ain rasa, ain nak sangat deco rumah ain macam tu.

So, to my future Incik Suami, maaf ye, rumah kita, saya dah deco awal. (Hahaha.. ayat poyo!!)

Ok, First of all, kita tengok tapak rumah kita dulu, hehehe..(berangan je lebih..)

Ok.. inilah rumah ain, hahaha..(jangan percaya bulat-bulat, ni hasil google je)


Kecik je kan, cukuplah dengan ain and future family ain.

Sekarang kos sara hidup dah tinggi, kita kena beBAJET jugak.. hehehe

Nampak kecik, tapi dia ada ruang untuk menanam.

Ni rumah yang kat penjuru, jadik adalah tanah sikit, hehehehe..

Mari kita masuk ke dalam pulak..

Ok, kita ke ruang tamu pulak, hehehe.

Disebabkan aku ni minat gila dengan warna purple.


So, aku nak deco ruang bersantai bersama family di sini.

Hidup ber2 mampu lagi guna meja kopi kaca tu, nanti dah ada anak-anak, kena tukar tu.

Kalau tak berderai lah airmata aku tengok meja kaca tu pecah berderai.

And sangat bahaya buat bebudak ni... hehehe.

Now, we move on to dining room.


Hehehe, Nampak sangat ni deco dari luar negara sebab siap ada ruang tempat api tu.

Tapi itu bukan masalah, ruang api tu, boleh ganti dengan kabinet + cermin besar untuk ilusi ruang besar.

Kat sini banyak yang kena tukar.

Ain tak minta ada pasu besar atas meja tu, serabut lah.

Alas meja tu dah ok and lampu tu tak perlu kot.

Ni bukannya rumah orang kaya.

Just nak simple-simple je.. hehhehe.

Sekarang, kita masuk dapaur ain,.


Haa.. simple je kan.

Warna pun lembut je kan.

Ruang dia pun tak bape sempit sangat.

Kalau nak duduk kat dapur tu pun rasa selesa.

Kat dapur ni tak banyak yang ain nak story.

Biasa-biasa je.

Hahaha, inilah tempat bermalas-malasan.


Master bedroom lah, hehe.. Purple gak kan.

Nak buat acanner, dah ain ni obsess dengan purple.

Ruang yang sangat besar and sejuk je mata memandang.

And lampu jejurai tu, ain nak tukar je, buat nyemak je kat bilik.hehehehe

Ruang pun nampak besar.

Second bedroom, untuk tetamu lah..hehehehe..


Warna tak boleh terlalu terang or gelap sangat.

Amik yang pastel or lembut je.

Ain ingat nak letak hijau.

Sejuk mata memandang and sesuai untuk orang tua juga yang ingin kan keselesaan.

Now, kita gi bilik si cilik.. hehehehe..



Ingat nak guna satu je pic..

Tapi disebabkan rambang mata..

Ain pun upload lah dua..hehhehehe...

Ini saja yang ain dapat kongsikan..

Nampak gayanya, ain kena berusaha untuk mencapai misi sebegini.. insyaALLAH.

InsyaALLAH, mane tahu, akan ada impian yang lain pulak...

Hehehehee...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND