Friday, May 31, 2013

Mimpi mainan tidor...



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, harini berkesempatan lagi nak mengupdatekan..

Biasalah, cuti-cuti ni pun banyak kerja menimbun..

Assignment lah, test lah, presentation lah..

Semua sekali lah... dah macam nasi kandar dah.. hahahaha..

Tiba-tiba harini tersa macam berdebar-debar and nak tersenyum je..

Bukan apa, semalam mimpi best..

Tak sangka boleh mimpi dengan orang  ain minat..  hahahaha..

Tu yang tersenyum je kalau buat assignment..

Hahahaha.. mimpi orang yang kita admire.. mesti lah serunuk...

Ain rasa, korang pon pernah lalui macam ain kan.. hahaha..

Mimpi sal apa dengan orang tu, secret.. hahahaha..

Tapi totally, watak utama dalam cerita mimpi tu, ain dengan dia lah kan..

Hehehe.. so, saja je ain nak chot chet kat belog nih..

Nak cerita kat member macam segan silu lah pulak.. hahahaha..

InsyaALLAH, kalau ada pape lagi.. ain setory mory..

Wassalam.

Thursday, May 30, 2013

Keserabutan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan nak mengepost kat belog ni..

Alhamdulillah, cuti kali ni, mindmap untuk Biotek dah settle..

Kali ni dapat yang senang sedikit berbanding yang lepas...

Ini adalah hasil selepas membuat mindmap..

Ini peneman sepanjang ain membuat mindmap..


Selepas kerja menyiapkan mindmap.. ni dah siap kemas.. yang belum kemas punyer.. tak sempat nak snap...lagi macam tongkang pecah..

Bestpren pulak mintak tolong update belog dia..



Ini hasil sepetang di surau kampus..

Sini je yang ada line wifi.. hehhe..

Oklah.. tu je yang nak kongsikan..

Wassalam

Wednesday, May 22, 2013

Dalam Ingatan - Almarhumah Nur Farhana Binti Rahmat


Assalamualaikum..

Harini 21hb Mei 2013, hari lahir Almarhumah Nur Farhana binti Rahmat. 

Dah nak hampir setahun pemergian arwah. 

Ya ALLAH, terasanya hati ini dengan pemergian Kak Farah. Batapa rindunya hati ini dengan arwah. 

Aku ibarat adik kepadanya. Kalau dah namanya adik, hati mana yang tak terasa akan kehilangan dia. 

21tahun aku hidup dengan dia walaupun bukan selalu bersama.

Kami ibarat kembar yang berbeza fizikal. Masih segar di ingatan aku ini, kami sering bercerita tentang waktu kecil kami. 

Duduk berdua di beranda rumah atok, bercerita sakan waktu kecil-kecil dulu. Keakraban kami terjalin sewaktu kecil. 

Kak Farah tak ada adik, jadi, akulah adik, akulah sepupu, akulah kawan dia.

Aku teringat lagi masa kecik-kecik dulu, aku selalu suka habiskan masa cuti sekolah duduk rumah dia, teman dia. 

Hampir saban tahun aku akan ke rumah dia. 

Sampai semua barang kami akan sama. 

Dari baju, makanan, barang sekolah, kasut.. semuanya sama. 

Kami pernah jalan-jalan kat Summit Batu Pahat, beli baju t shirt warna pink, aku pakai macam sarung nangka, sebab aku memang budak gendut dari kecik lagi. 

Tak macam arwah kak Farah, cantik, kurus, and suka buat lawak. 

Arwahlah paling mudah mesra dengan semua orang. 

Mak ada buatkan kami baju "gaun" warna merah. 

Masa tu mungkin aku dalam darjah 4 or 5. 

Cantik baju tu.

Tapi semua baju tu dah tak ada. 

Mungkin kena buang dengan mak rasanya. 

Kami selalu main pondok-pondok sesame. 

Hehehe, seronok time tu, kitaorang masak ubi bakar kat belakang rumah Wak Satiyah. 

Kalau gi beraya, aku jarang gi dengan family, semata-mata nak ikut kak Farah je. 

Hehe, macam aku ni dah jadik anak wak asiah. Hehehe. 

Kalau bergosip, kitaoranglah paling happening. 

Duduk rumah atok tu, suara kitaorang bergelak ketawa je. 

Rindu sangat waktu. 

Makan sesame dalam dulang time kenduri. 

Ketawa time nak solat.

Betapa rindunya saat itu. 

Sampai sekarang terasa. 

Pemergian dia adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh keluarga aku dan juga semua orang.

Nasib baik aku masih sempat mengucap perkataan maaf sewaktu raya tahun lepas. 

Raya yang terakhir buat aku dan dia.

Time tu, dia dah sakit. 

Betapa kurusnya dia. 

Selalu mengadu sakit dada. Sejuk, demam tiba-tiba.

Seakrab mana pun kita, ain tak pernah simpan dendam pada kak Farah. 

Benda lepas tak perlu dikenang-kenangkan. 

Masa raya tu, itulah kali terakhir aku peluk arwah, ketawa bersama buat kali terakhir, makan bersama buat kali terakhir dan duduk bersama buat kali terakhir bersama arwah.

Dalam kenangan bersama arwah.
AL_FATIHAH
Nur Farhana Binti Rahmat
1988-2012

Wassalam.. 

Monday, May 20, 2013

Doodle Housemate

Assalamualaikum..

Harini nak post doodle yang telah siap direka buat housemate sekalian..

Hasil ehsan tutorial INCIK HafizzyAziz @ Apit

Memang terbaik..







  

 Wassalam..
 

Sunday, May 12, 2013

Nasib MALANG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, harini ain  berkesempatan untuk jenguk-jenguk belog ain..

Dan bersyukur kepada ALLAH SWT yang masih memberi kesempatan pada ain untuk menyedut oksigen lagi.. hehehe..

Berkenaan dengan title post tu...

Sebenarnya, ain nak story yang mana ain and the gang means housemate ain sudah terkena beri-beri...

kitaorang termakan makanan basi semasa kursus kemahiran insaniah di kampus pada hari Sabtu kemarin..

Bagi insan yang berpuasa pada hari itu, bernasib baiklah..

Yang tak pose,, terkenalah beri-beri..

Housemate ain duk kuar masuk tandas je...

Huhuhu...

Kesian pon ada... sebab kerap sangat gi toilet..

Alhamdulillah, harini perut ain berbuat ain dengan ain... dia tak meragam...

Buat sahabat-sahabat yang lain.. banyakan bersabar ye...

Ain doakan korang semua cepat sihat.. esok ada kelas... hehehe..

Wassalam..
 

Monday, May 6, 2013

Meeting with SOMEONE.. ^_^

Assalamualaikum,

Harini teringin nak mengepost something..

Sebenarnya takda yang gimik pon.. hehehe..

So, nak dijadikan cerita..

Ain ada kenal seseorang..hehehe..

Mula-mula kenal, biasa je..

Dah lelame tu, ain rasa selesa..

Kitaorang pernah bertemu dalam beberapa pertemuan..

Jumpa pun bukan yang formal..

First jumpa just dari jauh je...

Sebab time tu ain kesuntukkan masa dan ain belum nampak dia face to face..

Mungkin dia dah Nampak ain time tu cuma ain je yang tak..

So, jumpa lagi untuk yang second time tu, ain nak berangkat pulang ke 
kluang..

Sesempat mana, dia cakap nak jumpa jugak..

Ain pun tak kisah lah sebab time tu tengah tunggu bas je kan..

Masa tu, baru lah Nampak muka dia...

Kalau orang nampak dia, orang akan assume dia orang tua..

Sebenarnya tak tua mana pun..

So, time tu borak-borak biasa je...hehehe

Dia belanja ain kan Dunkin Donat...

Rezeki jangan di tolakkan..
 
Masa tu pun jumpa sekejap..

Borak-borak biasa je..

Sebab dah banyak borak dalam tepon..Hehehe..

So, kali ni jumpa lagi...

Spent masa lama sikit lah..

Kitaorang gi makan kat Restoran Nasi Arab Damsyik..

Sedap tak terkata tapi ain lupa nak upload gambar sebab masa keluar makan tak bawak phone..

Makan plus bebual..

Tapi dia ni asyik busy je..

Call sana lah..

Call sini lah..

Memang style dia macam tu..

Dia ambil ain dari stesen bas sampai hantar ke depan rumah..

So, ain nak cakap kata awak..

Terima kasih ye awak..

Sebab hantar saya sampai rumah... ^_^

Mesti awak stress lepas hantar saya sebab jalan jammed menghala ke Bandar..hehehe..

Gambar..???? Hehehe.. tak sempat snap pun...

So, nanti kalau ada story baru, ain cerita ye...

Masa untuk rehat sebentar.. hehehe

Wassalam..

Sunday, May 5, 2013

Sekitar Pilihanraya Umum 13

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini berkesempatan nak mengupdate belog.

Bukak belog je, semua post sal PRU-13, macam-macam cerita yang mereka post..

And now, ain pon nak post jugak..

Dalam kesibukan PRU-13 ni, ada berita yang menyedihkan telah berlaku di tempat ain..

Malam semalamkan kehangatan PRU-13 kat tempat ain..

Abang ain nak berkonvoi lah malam semalam..

Tapi semua itu bertukar kepada tragedi...

Salah seorang sahabat baik emak telah pergi ke rahmatullah malam semalam di tempat kejadian..

Dengar khabar berita, sebuah motosikal yang dipercayai penunggangnya adalah budak sekolah telah merempuh motosikal makcik tersebut disebuah simpang...

Arwah makcik tu parah dan orang ramai yang menemui mangsa telah mengatakan mangsa telah meninggal dunia di tempata kejadian..

Itulah padahnya bila budak-budak sekarang..

Bila dah melibatkan nyawa orang lain ni yang parah..

Al-fatihah buat arwah yang telah selamat dikebumikan pagi tadi lebih kurang jam 10.30 pagi(05-05-2013) ini..

Dan ain juga, alhamdulillah telah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi..

InsyaALLAH, nantikan keputusan malam ini dan mungkin seawal pukul 8.30malam...

Wassalam

Wednesday, May 1, 2013

PART I : Berita Gumbira


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini berkesempatan mengepost lagi.

Semalam ain telah dikhabarkan dengan berita yang sangat menggemparkan..

Akhirnya, salah seorang sahabat ain akan mendirikan rumahtangga.

Alhamdulillah, akhirnya sampai seru juga..

Dan yang paling best sekali, dia dah cipta rekod, couple satu kelas and mungkin couple yang pertama dalam fakulti ain yang berkahwin..

Hehehe.. ^_^, walaupun masih ada kakak-kakak di kalangan kami satu kelas, tapi adik juga yang akan menamatkan zaman bujang dia..

Ain pun turut gembira atas perkhabaran tersebut..

Lepas ni bertukar title lah dia.. hehehe..

Apa-apa pun, kak ain doakan kebahagian yang berpanjangan buat korang ye..

Tak sabar pulak nak tengok korang sanding.. hehehe

Dah masa makan malam kitaorang rancak borak sal kahwin..

Memang happening time tu.. Gelak je.. hehehe..

InsyaALLAH, akan berita gumbira part II plak..

Wassalam

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND