Wednesday, May 22, 2013

Dalam Ingatan - Almarhumah Nur Farhana Binti Rahmat


Assalamualaikum..

Harini 21hb Mei 2013, hari lahir Almarhumah Nur Farhana binti Rahmat. 

Dah nak hampir setahun pemergian arwah. 

Ya ALLAH, terasanya hati ini dengan pemergian Kak Farah. Batapa rindunya hati ini dengan arwah. 

Aku ibarat adik kepadanya. Kalau dah namanya adik, hati mana yang tak terasa akan kehilangan dia. 

21tahun aku hidup dengan dia walaupun bukan selalu bersama.

Kami ibarat kembar yang berbeza fizikal. Masih segar di ingatan aku ini, kami sering bercerita tentang waktu kecil kami. 

Duduk berdua di beranda rumah atok, bercerita sakan waktu kecil-kecil dulu. Keakraban kami terjalin sewaktu kecil. 

Kak Farah tak ada adik, jadi, akulah adik, akulah sepupu, akulah kawan dia.

Aku teringat lagi masa kecik-kecik dulu, aku selalu suka habiskan masa cuti sekolah duduk rumah dia, teman dia. 

Hampir saban tahun aku akan ke rumah dia. 

Sampai semua barang kami akan sama. 

Dari baju, makanan, barang sekolah, kasut.. semuanya sama. 

Kami pernah jalan-jalan kat Summit Batu Pahat, beli baju t shirt warna pink, aku pakai macam sarung nangka, sebab aku memang budak gendut dari kecik lagi. 

Tak macam arwah kak Farah, cantik, kurus, and suka buat lawak. 

Arwahlah paling mudah mesra dengan semua orang. 

Mak ada buatkan kami baju "gaun" warna merah. 

Masa tu mungkin aku dalam darjah 4 or 5. 

Cantik baju tu.

Tapi semua baju tu dah tak ada. 

Mungkin kena buang dengan mak rasanya. 

Kami selalu main pondok-pondok sesame. 

Hehehe, seronok time tu, kitaorang masak ubi bakar kat belakang rumah Wak Satiyah. 

Kalau gi beraya, aku jarang gi dengan family, semata-mata nak ikut kak Farah je. 

Hehe, macam aku ni dah jadik anak wak asiah. Hehehe. 

Kalau bergosip, kitaoranglah paling happening. 

Duduk rumah atok tu, suara kitaorang bergelak ketawa je. 

Rindu sangat waktu. 

Makan sesame dalam dulang time kenduri. 

Ketawa time nak solat.

Betapa rindunya saat itu. 

Sampai sekarang terasa. 

Pemergian dia adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh keluarga aku dan juga semua orang.

Nasib baik aku masih sempat mengucap perkataan maaf sewaktu raya tahun lepas. 

Raya yang terakhir buat aku dan dia.

Time tu, dia dah sakit. 

Betapa kurusnya dia. 

Selalu mengadu sakit dada. Sejuk, demam tiba-tiba.

Seakrab mana pun kita, ain tak pernah simpan dendam pada kak Farah. 

Benda lepas tak perlu dikenang-kenangkan. 

Masa raya tu, itulah kali terakhir aku peluk arwah, ketawa bersama buat kali terakhir, makan bersama buat kali terakhir dan duduk bersama buat kali terakhir bersama arwah.

Dalam kenangan bersama arwah.
AL_FATIHAH
Nur Farhana Binti Rahmat
1988-2012

Wassalam.. 

4 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND