Sunday, May 5, 2013

Sekitar Pilihanraya Umum 13

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini berkesempatan nak mengupdate belog.

Bukak belog je, semua post sal PRU-13, macam-macam cerita yang mereka post..

And now, ain pon nak post jugak..

Dalam kesibukan PRU-13 ni, ada berita yang menyedihkan telah berlaku di tempat ain..

Malam semalamkan kehangatan PRU-13 kat tempat ain..

Abang ain nak berkonvoi lah malam semalam..

Tapi semua itu bertukar kepada tragedi...

Salah seorang sahabat baik emak telah pergi ke rahmatullah malam semalam di tempat kejadian..

Dengar khabar berita, sebuah motosikal yang dipercayai penunggangnya adalah budak sekolah telah merempuh motosikal makcik tersebut disebuah simpang...

Arwah makcik tu parah dan orang ramai yang menemui mangsa telah mengatakan mangsa telah meninggal dunia di tempata kejadian..

Itulah padahnya bila budak-budak sekarang..

Bila dah melibatkan nyawa orang lain ni yang parah..

Al-fatihah buat arwah yang telah selamat dikebumikan pagi tadi lebih kurang jam 10.30 pagi(05-05-2013) ini..

Dan ain juga, alhamdulillah telah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi..

InsyaALLAH, nantikan keputusan malam ini dan mungkin seawal pukul 8.30malam...

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

FIND